Bab 11

Romance Series 3382

Sebulan berlalu..

Aku memerhatikan kalender di meja kerjaku. Sebulan lagi Faeze bakal berkahwin. Ohh ya , lama tak bercerita mengenai Farouq. Bulan lalu aku sudah memutuskan segala perhubungan dengannya secara aman.

Bakal isterinya yang sarat mengandungkan anak haramnya datang berjumpa aku menceritakan hal sebenarnya kepadaku. Aku rela dan aku mendoakan kebahagiaan mereka . Aku juga redha dan bersedia untuk mendapat gelaran andartu.

Tuk tuk tuk....
Ketukan lembut di pintu membuatkan lamunanku mati.. Stephanie menjenguk ku lalu tersenyum.

"Doktor , mau assist next patient kah? Jam 1 sudah ni , kau tidak mau lunch?" Loghat Sabahnya agak pekat.
"Ya , assist. You guys pergilah makan dahulu." Stephanie merupakan jururawat di klinikku.

Aku bangga dengan pencapaian klinikku. Sekarang aku ditemani rakan kongsiku untuk membangunkan klinik sugeri ini. Aku mempunyai 4 orang rakan kongsi yang berkhidmat di klinik ku. Kami mempunyai makmal sendiri dan juga farmasi sendiri. Dari sebuah bilik rawatan kini menjadi 4 buah , sebuah bilik bedah mini dan sebuah makmal dan sebuah farmasi. Klinik ku berjaya mencapai 8 angka setiap 3 bulan.

Jika aku berjaya mengekalkan prestasi baik ini. Kami sebulat suara akan membuka sebuah hospital. Aku cukup bangga dengan pencapaian ku. Aku cepat naik.

Sekali lagi lamunan ku termati apabila pintu diketuk.

"Masuk."kataku lalu duduk menegak.
"Ayah jom." Pintu di tutup.
Aku membaca fail rekod kesihatan pesakit ku itu. Serangan jantung dua kali dan tiada sakit lain. Menarik , dia masih survive biarpun sudah dua kali diserang serangan jantung.

"Silakan duduk." Aku mengangkat wajah dan tersenyum.
"Ohh , kamu. Saya Doktor Qismina Arabella." Aku mengenali mereka . Pak cik yang membuatkan ku viral . Anak lelakinya hanya tersenyum dan tertunduk malu.
"Saya dengar kamu yang menyelamatkan saya. Terima kasih sangat Doktor." Pak cik itu menyatakan rasa bersyukurnya dengan beesungguh-sungguh.
"Sudah menjadi tanggungjawab saya pak cik." Jawabku lalu mencuri pandang anaknya.
"Pak cik nama Abdullah. Ini anak tiri pak cik , Ameer Rafeeq. Pak cik ke sini hanya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kamu." Aku terharu apabila dia berulang kali berterima kasih kepadaku.
"Ala , alang-alang pak cik datang ni , apa kata buat check up? Harini saya kasih pak cik rawatan percuma ." Aku tersenyum manis.
"Wah, doktor sungguh baik hati." Dia tertawa.
"Ayah mahu?" Anaknya yang sedari tadi membatu kini membuka mulut.
"Boleh lah." jawabnya .

Aku segera mencapai binokular ku lalu bangun dan mendekati Pak cik Abdullah. Aku mendengar dengan penuh teliti bunyi degupan jantungnya. Aku tersenyum . Semuanya okay. Aku bercadang untuk membuat ECG ..

Setelah hampir setengah jam melakukan rawatan yang betul akhirnya aku selesai . Aku kembali duduk di kerusi ku dan merekod perolehan ku hasil pemeriksaan itu. Aku tidak memberinya ubat kerana dia menyatakan yang dia sedang mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan daripada hospital kerajaan. Jadi ada baiknya aku tidak mencamampur adukkan ubatnya.

"Baiklah pak cik. Setakat ni saya rasa pak cik okay cuma hasil ECG pak cik ada abnormal sedikit yaa . Degupan jantung pak cik ada tidak normal sedikit. Tapi jangan risau , tu semua masih dalam keadaan yang terkawal." Aku bercakap panjang lebar.
"Terima kasih doktor." Dia tersenyum lalu bangun.
"Ameer , catat nombor Doktor Qis . Jika ada emergency kita akan merujuk di sini sahaja." Dia keluar dari bilikku. Aku terkejut apabila dia bersuara mendatar seperti tidak berperasaan apabila bercakap dengan anaknya.
"Ermm.." Ameer kelihatan kebingungan.
"Nah , boleh hubungi saya pada bila-bila masa sahaja." Aku menyerahkan kad ku kepadanya.
"Terima kasih." Dia segera bangun. Belum sempat dia melangkah aku menahannya.
"Wait! What is your name ?" Aku tersenyum manis.
"Ameer Rafeeq . " Dia membalas senyumku namun segera mengalihkan pandangan.

Ameer Rafeeq ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience