Bab 3

Romance Series 3382

Sabtu , 8 am.

Aku melihat rumahku buat kali terakhir. Satu keluhan akhirnya terlepas dari mulutku. Adakah ini keputusan yang tepat? Bagaimana dengan Farouq? Setelah kejadian romantik pada malam itu , aku menerima kembali cintanya. Namun, aku masih merasa kosong dengan hubungan itu.

Bunyi hon kereta BMW milik Farouq itu membuatkan lamunan ku terhenti. Aku mengunci rumah itu dan menyerahkan semula kunci ku kepada Puan Jane , pemilik rumah itu. Aku berpelukan dengannya sebelum meninggalkan kawasan itu..

Sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Aku asyik berfikir tentang kehidupan yang bakal aku lalui di Sabah,Malaysia. Aku buntu , lebih-lebih lagi aku hidup sebatang kera di Malaysia. Ibu dan ayahku telah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya . Aku hidup membesar di Rumah Anak Yatim. Aku hanya didatangi pelawat iaitu Pak cik dan Mak cik ku , setahun sekali sahaja. Aku cuba untuk memahami kesukaran hidup mereka pada masa itu sehingga terpaksa menghantar aku dan anaknya sendiri ke Rumah Anak Yatim itu.

Kini , pak cik ku merupakan peladang yang berjaya. Dia cukup terkenal dengan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahannya yang segar dan terbaik di Sabah. Aku turut gembira dengan nasibnya . Namun, aku berniat untuk tidak menyusahkan mereka ,lagi pun aku sudah besar panjang. Aku bercadang untuk melawat mereka pada hujung minggu sahaja.

"Sayang?" Farouq menyentuh lembut jemariku.
"Kenapa ni? Jangan begini , I lemah tengok you bersedih. I janji I akan pulang Malaysia sebaik sahaja Prof luluskan surat letak jawatan I , i promise."katanya menggengam erat jemariku.
"Im okay." jawabku ringkas.
"Lepas i balik Malaysia , kita kahwin yaa." katanya selamba. Aku hanya berdiam diri . Aku langsung tak berminat degan perkahwinan.

Aku melambai Farouq yang mengelap matanya yang dibanjiri air mata. Aku langsung tidak menitiskan setitik air mata pun. Maafkan aku Farouq , aku dah tak ada perasaan cinta terhadap kau. Aku hanya menggunakan kau sebagai objek untuk aku melupakan Elbert.


***
Tepat pukul 12 tengah malam ,aku tiba di Kuala Lumpur setelah menempuhi perjalanan yang mengambil masa 9 jam lebih. Badan ku terasa amat lenguh. Penerbangan ku ke Kota Kinabalu Sabah adalah pada pukul 4 pagi ini. Aku berasa pening dengan kejutan perubahan masa yang aku alami sejak beberapa jam lalu.

Aku menuju ke Starbucks caffee untuk bertenang dan berehat-rehat. Aku memesan Espresso Macchiato lalu mengambil tempat duduk di kawasan yang agak tertutup. Usai menghirup seteguk Espresso , aku menghidupkan Iphone X max ku . Kebanyakkan whatsapp chat yang masuk adalah daripada Farouq. Aku hanya membaca chatnya yang menyatakan dia merindukan aku , lalu tidak membalasnya. Aku hanya memberitahunya bahawa aku sudah pun selamat sampai di KL.

Aku termenung jauh . Pusing memikirkan cara untuk menolak secara baik cinta Farouq . Aku akhirnya putus asa dan mengambil keputusan untuk mengikut sahaja rentak hubungan ini .Siapa tahu dia lah jodoh yang tertulis untukku. Sunyi sepi , tentu sahaja dia tengah bekerja sehingga lewat malam . Tentu sekali banyak kes yang perlu dikendalikan. Aku cukup faham dengan kehidupan yang menyeksakan lebih-lebih lagi sebagai seorang doktor.


***

Aku akhirnya berlepas meninggalkan KL . Aku agak teruja , tidak lama lagi aku bakal menjejakkan kaki semula ke tempat kelahiranku. Aku menjadi sayu apabila terkenangkan arwah kedua orang tuaku. Aku harus kuat.

Akhirnya , aku terlelap juga ....

Aku terjaga apabila dimaklumkan kami bakal mendarat di Sabah sebentar lagi . Aku segera membuka pemghadamg tingkap itu . Sungguh indahhhhh! Sabah. Tetapi, nampaknya Sabah juga suda semakin maju , kawasan hijau semakin berkurangan . Aku berasa aman melihat tanah kelahiran ku itu.

Selesai mengambil beg ku , aku segera menempah Grab. Aku akan tidur beberapa hari di rumah Pak cik ku sebelum aku mula mencari rumah sendiri. Aku menekan butang order setelah selesai meletakkan alamat rumah pak cik Azhar. Tidak berapa lama kemudian , pemandu Grab pun tiba dan kami mula berlepas.

Aku teruja melihat rumah pak cik Azhar yang tersergam indah di kawasan perbukitan Taman Sepanggar. Aku dimaklumkan oleh pemandu Grab itu ,bahawa ini adalah kawasan perumahan orang berada. Cantik dan menawan. Aku dapat mengagak daripada hiasan luar rumah itu merupakan idea mak cik Linda , dia cukup mahir menghias.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience