Bab 12

Romance Series 3382

Siang dan malam silih berganti, berpusing di orbitnya tanpa paksi..bulan dan matahari bergerak seiring dengan waktu yang berganti. Aku merenung laut Kota Kinabalu yang luas terbentang di hadapan mataku. Lampu-lampu jalan dan kereta yang menerangi kota itu sungguh indah. Aku segera menutup langsir apabila aku mendengar handphone ku berbunyi.

"Hello.." aku menngkat panggilan tanpa melihat siapa yang menghubungiku.
"Bella , kenapa tak datang majlis abang tadi" Aku mengecam suara itu.
"Bella busy abang. Sorry. Nanti Bella datang lawat korang kat rumah yaa. Tak janji bila." Aku mengeluh lembut.
"Bella , maafkan abang ." Faeze mengeluh kasar.
"Abang , sekarang abang sudah sah menjadi seorang suami. Take care of her , love her and forget me." Aku tersenyum tawar.
"Nope , you will always in my heart." Dia mengeluh lagi.
"Abang jangan mengadalah , karang habis Bella dimusuhi isteri abang ." aku sengaja tertawa .
"Abang sayangkan Bella." Aku hanya berdiam diri.
"Abang Bella pergi dulu yaa , ada kerja ni." Aku mencari alasan.
"Jaga diri sayang , assalamualaikum." Tanpa menjawab salamnya aku mematikan panggilan.

Aku melirik jam di dinding itu. Jam 10 malam . Aku segera masuk ke bilik untuk bersiap sedia . Malam ini , aku dan kawan-kawan ku akan berpesta di sebuah kelab malam yang cukup terkenal di KK. Doktor Sarah , Doktor Alif, Doktor Ramesh dan Doktor Amy .. mereka merupakan rakan kongsi ku dan juga kawan baik ku .

Aku memakai jumpsuit jeans separas peha tanpa melapis baju tshirt atau singlet di dalam . Aku mengeritingkan rambutku dan memakai light makeup. Aku mencapai rantai emas yang berukir nama ku . Faeze menghadiahiku rantai itu sebelum dia menikah tempoh hari. Aku tersenyum tawar lalu segera bersiap.

Tepat pukul 12 tengahmalam , aku dan rakan yang lain mula hilang pertimbangan apabila masing-masing membiarkan diri hanyut dalam gelombang maksiat. Kami menari sesuka hati , meneguk bebas minuman keras dan bernyanyi riang. Aku berasa senang hati setelah sekian lama tidak melakukan aktiviti sebegitu.

Setelah puas berfoya-foya , aku meminta diri untuk balik ke rumah . Aku sedikit mabuk namun aku bermati-matian menidakkannya lebih-lebih lagi apabila Ramesh ingin meniduri ku dengan alasan aku tidak mampu memandu pulang ke rumah. Aku sudah cukup trauma untuk melakukan hubungan kelamin dengan jantan yang hanya ingin meratah tubuhku.

Aku hampir kemalangan apabila aku terlelap seketika. Aku menampar-nampar wajah ku berkali-kali dan meneruskan pemanduanku. Aku selamat sampai ke rumahku. Aku bernyanyi-nyanyi riang .

Sesampainya di rumah aku terus melabuhkan badan di tilam empukku. Tanpa sedar aku terus terlena.


***
Telefon ku berdering tanpa henti. Aku mencapainya lalu menjawab panggilan itu.

"Yesss?" Aku masih mamai
"Doktor , ayah saya sakit lagi . Badan dia panas. Boleh datang ke rumah? " jelas sekali itu suara Ameer.
"Ini nombor you kah?" Idea nakal mula membanjiri otakku.
"Yaa. Saya hantar alamat rumah ke whatsapp Doktor yaa." Dia bernada separa serius .
"Alright bosss." setelah dia mematikan talian aku bangun dan membuka mata seluasnya. Apa yang sudah aku katakan tadi? Boss? Ini nombor you ? Aku menampar muka ku , sakit. Aku masih mabuk kot?

Aku segera bangun dan mandi . Aku bersiap secepat mungkin . Aku memakai dress satin berwarna pink separas peha dan separas lengan untuk menutupi tattoo ku. Aku membiarkan rambut ku terurai. Aku segera meninggalkan rumah dan memandu berdasarkan panduan daripada google maps.

Rumah Ameer agak jauh dari kawasan pusat bandar. Rumahnya terletak di Putatan. Agak jauh dari tempat tinggalku. Aku menekan sepenuh hati pedal minyak ku kerana aku takut Pak cik Abdullah akan diserang sakit jantung lagi.
Mujur sahaja kesesakan lalu lintas tidak menyerang.

Setibanya di rumah Ameer aku dijemput oleh bibiknya seorang warganegara Indonesia. Dia tersenyum manis melihat kedataganku . Dari kejauahan aku terlihat sosok tubuh seorang wanita yang berumur setengah abad sedang duduk termenung di taman mini rumah agam itu. Banglo tiga tingkat , besar yang amat , sungguh indah.

Apabila sedar akan kedataganku dia segera mendapatkan aku . Bibik yang sedari tadi tersenyum segera mematikan senyumannya lalu meminta izin untuk membawa beg bagasi rawatan ku memasuki rumah. Dia berjalan agak pantas tanpa menoleh ke belakang.

"Assalamualaikum." nada suara wanita itu agak lembut dan sopan. Tudung bawal yang tersarung kemas di kepalanya itu menarik minatku. Design yang simple dan berwarna-warni.
"Waalaikumsalam mak cik." Aku mnguhulurkan tangan ingin berjabat tangan tanda hormat.
"Anak ni Doktor Qis ya? Mak cik Saleha" setelah menyambut tanganku dia tersenyum manis.
"Ya saya . Saya datang sebab Ameer kata Pak cik tak sihat."Aku merasa panas apabila bahang matahari mula menampar-nampar lembut wajah ku yang halus.
"Ya , jemput masuk." Dia memimpin tanganku. Sungguh aku terpukau melihat keindahan hiasan dalaman rumah mereka. Lawa.
"Hari kedua Pak cik demam dia ada mengadu sakit dada , ambil ubat dan kemudian dia okay." aku hanya mengekori mak cik itu dari belakang.

Mataku liar melirik segenap sisi rumah itu. Aku mencari seseorang yang berjaya menarik minatku. Setelah menaiki anak tangga yang diperbuat daripada kaca itu , akhirnya mak cik membuka pintu bilik , mesti itu bilik pak cik bisik hatiku.Aku agak terkejut apabila Ameer ada di situ. Dia mengelap badan ayahnya mengunakan tuala basah. Hatiku bagaikan di panah cinta .. aku kagum melihatnya sabar melayani ayahnya.

"Abang , bangun bang.. doktor dah sampai." Makcik Saleha mengejutkan suaminya yang menutup rapat matanya. Ameer segera beredar membawa besin yang berisi air itu.
"Hmmm" pakcik Abdullah mengerang lemah.
"Pak cik , Qis ni. Kita periksa yaaa." Aku meminta bibik menyerahkan beg bagasi rawatan itu.

Aku mengeluarkan binokular ku lalu mendekatkannya di dada pak cik Abdullah. Dia cukup tua dan uzur .. aku hairan bagaimana dia dapat bertahan melawan keuzurannya itu. Aku mengambil bacaan tekanan darahnya dan suhu badannya. Badannya panas dan kering.

"Mak cik , dah lama pak cik demam?" Aku menutup semula termometer itu lalu segera mengambil fail rekod kesihatan pak cik Abdullah.
"Hari ni sudah masuk hari ke 3 ." Tangan tua mak cik Saleha ligat membetulkan rambut suaminya yang kelihatan tidak terurus itu.
"Ohh . . kalau macm ni, Qis terpaksa mengambil sample darah pakcik yaa."Aku mengambil sebiji tiub red top dan sebiji tiub EDTA , jarum dan syringe , dalam masa yang sama tanganku ligat membuka plaster dan cotton ball.
"Boleh.Tapi pak cik kamu ne takutkan jarum."Mak cik Saleha kelihatan risau.
"Laa , ya kah ? Tidak apa .. Ameer boleh tolong pegang tangan pak cik lagi satu?" Ameer yang dari tadi hanya memerhatikan tingkah laku ku segera mendapatkan ayahnya.

Aku mengikat tourniquet getah itu kemas di tangan yang tua itu. Tujuan mengikat tourniquet di tangan patient adalah untuk mencari uratnya. (vein) . Senang untuk mencari vein pak cik Abdullah memandangkan dia berbadan kurus dan berurat superficial. Aku mengelap puncture site menggunakan alkohol swab lalu segera menyucuk jarum masuk ke kulitnya. Dia kelihatan tenang.

"Sample darah ni Qis janji dalam esok ada jawapan ya mak cik . Jika ada apa-apa kita terpaksa menahan pak cik di ward yaa. Tapi hospital lain , sebab klinik Qis tiada ward lagi."Aku membebel panjang lebar. Tanganku laju memindahkan darahh dalam syringe itu ke dalam tube . Lalu aku menampal puncture site itu dengan cotton ball dan meletakkan plaster. Tiub itu segera aku simpan di dalam bekas khas.

"Sakit kah pak cik?" aku tersenyum melihatnya yang sudah membuka sedikit matanya. Dia hanya menggeleng dan membuat thumbs up.. lemah namum masih mampu berlawak. Mak cik Saleha tergelak kecil lalu bergeleng kepala.

"Buat masa ni , tolong beri pak cik ubat tahan sakit dan ubat demam ni , esok sebaik mendapat keputusan darah , Qis akan telefon , ya mak cik." Aku merekodkan benda-benda yang penting di dalam rekod kesihatan pakcik.

"Kalau pak cik kena admit , boleh tak Qis tolong tengok-tengokkan? Mak cik bimbang lah Qis." Mak cik Saleha kelihatan risau.

"Boleh tu boleh mak cik tapi itu pun kalau pak cik setuju ditahan di hospital swasta ..sebab Qis takut masuk campur pengurusan hospital kerajaan." Qis masih kurang selesa dengan pengurusan hospital kerajaan lebih-lebih lagi salah seorang pesakitnya pernah menceritakan kecuaian hospital kerajaan sewaktu merawat ayah kepada pesakitnya itu.

"Boleh , segalanya untuk pak cik kamu ni." Mak cik Saleha menganguk tanda setuju.

"Ameer , arahkan bibik untuk menyediakan sarapan untuk Doktor Qis dan kita sekali." Ameer mengangguk lalu mengiring ku.

"Eh takpa lah mak cik , susah-susah sahaja.Lain kali yaa, lagipun Qis nak hantar sample darah pakcik ke lab." Aku menolak lembut padahl perutku sudah berkeroncong minta diisi.

"Janji lain kali yaa." Aku mencapai tangan makcik saleha lalu menyalamnya.

Ameer yang tercegat segera melarikan pandangan apabila aku menangkap dia mencuri pandang aku. Aku hanya tersenyum melihat reaksinya yang kalut tatkala aku tersenyum melihatnya.

Aku meminta diri . Keretaku meluncur laju di atas jalan raya yang agak sesak pada pagi itu.. aku bercadang untuk mengisi perut setelah menghantar sample darah pak cik Abdullah ke klinik ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience