Bab 15

Romance Series 3382

Hari pertama permulaan cutiku. Aku begitu bersemangat sekali. Pagi ini , aku bangun pada pukul 8 pagi dan bersiap sedia hendak keluar shopping. Aku mengenakan singlet Mango yang menonjolkan pusat ku dengan anting diamond. Seluar jeans ku separas peha agak seksi tapi aku tidak mengendahkaknnya. Rambut lurus ku yang kini mencecah pinggang , ku biarkan terurai . Aku memakai kasut fila dan segera meninggalkan rumah.

Aku bercadang untuk pergi ke Imago Shopping Mall . Memandangkan hari ini hari sabtu , berkemungkinan besar mall itu akan dipenuhi manusia. Aku melirik jam di dash board kereta ku . Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Aku menekal pedal minyak sekuat hatiku.

Setiba di Imago , aku bersyukur kerana masih terdapat parkir lagi. Aku memakir kereta ku betul-betul di hadapan pintu masuk ke mall. Aku menangggalkan sun glass ku lalu membetulkan rambutku. Sudah agak lama aku tidak bershopping dan bersiar-siar ke mana-mana.

Aku menghabiskan banyak masa ketika berada di Watson. Aku amat gemar sekali shopping di Watson. Imago dipenuhi dengan jutaan manusia. Ada yang kelihatan seperti pelancong , orang tempatan dan macam-macam jenis manusia.

Setelah hampir 2 jam berada di Watson akhirnya aku melakukan pembayaran di kaunter. Terdapat dua orang wanita bertudung litup yang sedari tadi asyik memerhatikan ku sambil berbisik-bisik sesama sendiri. Aku jadi benggang namun berpura-pura tidak mengendahkan perlakuan mereka.

Usai membuat pembayaran , aku segera meninggalkan Watson dan menuju ke Padini. Aku memerhatikan koleksi pakaian yang baru sahaja sampai. Aku mengambil beberapa helai pakaian yang menarik minatku. Kemudian, aku juga membeli beberapa helai pakaian , dress dan seluar di H&M .

Jam tanganku menunjukkan tepat pukul 3 petang. Perut ku mula meragam minta diisi. Aku memikir di manakah tempat yang sesuai dengan seleraku sekarang. Akhirnya , aku memutuskan untuk makan di KFC sahaja.

Sambil meneguk secawan besar ais milo , tanganku ligat bermain dengan handphone. Snack plate yang terhidang di hadapanku hanya terbiar begitu sahaja. Tiba-tiba bahuku di tepuk lembut. Aku menjerit kecil dek kerana terkejut. Aku berpaling untuk melihat siapakah yang berbuat demikian.

"Mimi?!" Aku terperanjat melihatnya.
"Aunty seorang saja kah?" Mimi mencapai tanganku lalu menjabat tanganku.
"Macam ni laa Mimi." Aku tersenyum pahit.
"I miss you so much aunty." Dia memegang megang tanganku.
"Have a seat , teman aunty makan." Dia segera duduk di hadapanku.
"Aunty tak rindukan Mimi kah?" Dia msih dengan cerita rindu dia.
"Mestilah rindu." Aku tersenyum manis.
"Abang Faeze pun rindukan aunty."Dia memandang tepat ke dalam mataku.
"Sudah . Aunty rindukan korang semua. Dah , pergi order apa Mimi nak makan . Join aunty sekali."Aku menyerahkan not rm100 kepadanya.
"Banyaknya aunty. Rm20 pun cukup lah."Dia tersenggih namum pantas menyambut duit pemberianku.
"Tak apa , Mimi ambil lah yang selebihnya , buat belanja."Aku tersenyum manis.

Aku dan Mimi berpisah apabila jam sudah pun menunjukkan pukul 9 malam. Kaki ku mula terasa lenguh kerana banyak berjalan. Mimi meminta diri sebaik sahaja driver tiba. Aku segera menghidupkan kereta ku lalu mengunci pintu kereta. Aku memasang radio dan mencapai telefon bimbitku.

Aku membuka Whatsapp status Mimi . Gambar kami bedua bermain permainan kereta . Gambar kami shopping dan gambar kami di Starbucks. Aku tersenyum melihat post Mimi. Aku hanya menggelengkan kepala. 'Mimi, sayang betul kau dengan aku yaa.'

Aku menekan contact Ameer. Dia online. Entah kenapa tanganku gatal untuk menghantar chat kepadanya. Aku tersenyum nakal lalu mula menaip.

Me: You.

Dia masih online namun belum membalas chat ku. Aku mengeluh lalu menekan delete message for everyone. 'Sms makwa dia kot' . Aku mencampak handphone ku ke tempat duduk penumpang depan lalu memulakan pemanduanku meninggalkan Imago.

Sebaik tiba di rumah , aku segera mandi. Sewaktu mandi, aku terdengar bunyi chat masuk. Aku hanya membiarkan sahaja chat itu. Mungkin group klinik kot. Aku mengambil masa 45 minit untuk mandi dan membersihkan mula dan membuat rutin harian penjagaan kulitku.

Aku melabuhkan badanku di katilku yang empuk itu. Selimut yang gebu itu aku tarik hingga menutupi dadaku. Aku mencapai telefon bimbit ku lalu meneriksa chat . Ameer ! Hatiku tiba-tiba berbunga.

Ameer : Assalamualaikum doktor. Hai.

Aku berfikir masak-masak apa yang hendak aku balas. Aku tersenyum kambing . Hatiku sangat gembira sekali.

Me : Wslm . hehe ... you buat apa ?

Ameer : Tengah berjaga tengok ayah.

Me : Pak cik okay x ?

Ameer : Ok je , terbiasa temankan ayah tidur baru saya tidur.

Me : So sweet. Btw , jgn pggil sy dktr la .. just call me Bella.

Ameer : Baiklah , Bella.

Aku mengekek ketawa gembira . Aku menutup muka ku di bantal busukku lalu menjerit gembira..

Me : Okay then . Selamat malam , Ameer . :3

Ameer : Selamat malam , mimpi indah :)

Sejak 'date' pertama kami , Ameer mula melayanku dengan baik. Dia mula membalas chat ku. Aku mengingati kembali perbualan kami di Tanjung Lipat .

"Ameer tak suka share cerita Ameer dengan orang lain , tapi Ameer rasa terbeban sangat." Ameer mengeluh panjang.
"Do you mind sharing? Maybe Bella can be a good listener."Aku mula memandangnya yang sedang asyik mengeluh.
"Ameer nak kerja . Ameer nak mulakan hidup baru . Ameer nak ada rumah sendiri dan Ameer dah tak sanggup menahan perasaan apabila sering kali diperlakukan seperti hamba." Dia mendongak memandang langit yang kemerahan kerana sunset.
"Kenapa cakap macam tu ? Tiada siapa yang nak Ameer jadi hamba." Aku mula tertarik mendengar keluhannya.
"Ayah Ameer. Kalau boleh dia nak Ameer 24 jam jadi hamba dia. Dia nak Ameer stay di rumah. Katanya, Ameer tak perlu kerja , cukup menjaga dia di rumah.Ameer pun nak hidup bebas." Ameer mengelengkan kepala berkali-kali.
"Its okay Ameer. Kira you beruntung lah ada orang tua . Bukan macam I , i tak sempat pun nak jaga mereka. Nanti you try lah slow talk dengan ayah you , manatau hati dia terbuka nak bagi you bebas." Aku tersenyum manis memandang wajahnya yang sayu.
"Bella , sudah tak ada parents ?" Dia berkerut memandangku.
"Ya , Bella berumur 2 tahun sewaktu mereka meninggalkan Bella . Car crash." Aku tersenyum pahit.
"Im sorry." Ameer bersimpati akan nasib hidupku.

Aku tersedar dari lamunanku. Aku menggosok mataku yang tiba-tiba sahaja mengalirkan air mata. Mummy , daddy.. agaknya apalah khabar mereka di alam sana ? Aku menyedekahkan surah Alfatihah kepada kedua orang tuaku , semoga mereka tenang di sana. Aku mula menutup rapat mataku. Esok aku bercadang untuk menziarahi Pak cik Abdullah dan mak cik Saleha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience