Bab 9

Romance Series 3382

Aku tersedar pada pukul 12 tengahari. Mujur rumahku fully furnished dan lengkap dengan peralatan rumah. Aku menarik selimut menutupi tubuhku. Aku cuba mengingati kejadian semalam , perit. Nasib baik aku sudah mengambil kunci rumahku daripada penjual rumah.

Aku melihat handphoneku. 56 panggilan tak berjawab daripada Faeze. Mujur mereka tidak tahu aku tinggal di sini. Seingatku aku menyatakan bahawa aku akan membeli rumah di bandar KK tetapi tidak memberitahunya di mana. Ohh , 20 panggilan lagi daripada Farouq . 105 messages whatsapp daripada Farouq. Aku membaling handphone ku lalu menutup mata.

Aku mula bergerak membersihkan diri pada pukul 2 petang. Aku bercadang untuk membersihkan apa yang patut di rumah baharu ku ini. Usai berpakaian mini dress separas peha aku mula menyibukkan diri. Aku memasang lagu di speaker mini ku. Moonlight by Alie Gatie. Merdu.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Aku memesan makanan menggunakan apps FoodPanda. Alat kawalan televisyen ku capai lalu menukar-nukar rancangan televisyen. Aku baring di sofa dan fikiran ku melayang.

Berkahwin dengan Faeze ? Tak masuk akal langsung. Aku mengangap dia seperti abang ku sendiri. Dia juga sudah berkali-kali menyatakan cintanya kepadaku. Bukannya aku tiada perasaan terhadapnya namun , kami bersaudara dan perkara itu sungguh mustahil terutamanya di Sabah. Kami ditegah untuk mengahwini sepupu sendiri.

Loceng rumah ku berdering. Aku segera bangun lalu membuka pintu. Makanan ku telahpun sampai. Aku segera menutup pintu apabila selesai melakukan pembayaran. Aku makan dengan penuh selera. Seingat aku semalaman aku tidak memakan apa-apa. Last aku menjamu selera adalah semalam ketika bersama Faeze.

Sewaktu makan , handphone ku berbunyi. Whatsapp message from Faeze.

Faeze: syg maafkn abang. Abang tak mahu orang lain menyentuh syg. Abg sygkn Bella sejak kita kecil lagi. Pulang lah syg.

Abang? Aku geli mendengarnya , aku hanya membacanya tanpa membalas mesage itu. Aku tahu dalam dua tiga hari lagi Ali bakal mengetahui keberadaanku. Abaikan , aku tetap akan berkeras dengan keputusanku.

Aku mengemas meja makan sebelum masuk ke bilik kerja ku. Aku membiarkan pintu bilik kerja ku terbuka supaya angin aircond di ruang tamu memasuki bilik kerjaku. Aku mencapai Macbook ku lalu menghidupkannya. Aku perlu menghantar kertas kerja ku kepada pihak bank dan pihak yang bakal menguruskan hal pembukaan klinik ku kelak.

Aku memukul-mukul lembut bahu ku yang kelenguhan. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Aku mematikan laptop lalu masuk ke bilik tidur. Dijangkakan , urusan klinik ku bakal selesai pada bulan depan . Cuti panjang lah aku nampaknya. Sudah 2 bulan aku berada di KK , menganggur.

Sudah 5 hari aku berkurung di rumah. Hari ini aku ingin meluangkan waktu di Tanjung Lipat. Aku ingin melihat sunset. Aku segera mengeringkan rambutku lalu berhias. Aku memakai pakaian simple. Jeans dan singlet bercorak bunga yang ketat dan menampakkan pusatku yang bertindik. Seperti biasa aku hanya memakai sling beg kesayanganku.

Aku mengunci pintu rumah dan segera ke kereta. Aku memanaskan enjin kereta sebelum berjalan. Kesesakan lalu lintas membuatkan ku sedikit stress. Jam sudah pun menunjukkan pukul 5.30 petang . Mujur sahaja Tanjung Lipat tidak jauh dari tempat tinggalku. Aku memakir kereta di sebelah pemuda-pemuda yang sedang mempamerkan speaker besar di belakang kereta mereka. Mereka masing-masing sibuk menayangkan kuasa speaker mereka. Cermin ku yang gelap melindungiku. Aku mematikan enjin lalu melangkah keluar dari kereta.

Mereka terdiam memandangku . Mulut mereka terlopong melihatku. Apabila meninggalkan kawasan parkir kereta, aku terdengar mereka memujiku dan keretaku. Mereka tidak sangka aku seorang perempuan yang berjaya memiliki kereta termahal di negara buat setakat ini. Aku hanya tersenyum lalu bergeleng.

Aku membeli sebatang jagung dan segelas air kelapa. Aku duduk di tepi-tepi tembok menghadap laut . Aku memakai sunglass ku lalu mengikat rambutku. Aku perasaan ada beberapa mata memerhatikanku. Aku hanya mengabaikan mereka. Aku menikmati sunset dengan perasaan sayu. Entah kenapa , aku tiba-tiba rindukan Faeze , karut! Aku segera bangun . Aku bercadang untuk balik ke rumah.

Sewaktu berjalan menuju ke parkir kereta., aku terdengar jeritan seorang pemuda yang kedengaran panik. Aku berpaling dan melihat orang ramai mengerumuni sesuatu. Aku tergerak hati untuk melihat apa yang berlaku.

"Tolong , abah saya ada sakit jantung." Pemuda itu panik teramat sekali.
"Ke tepi semua , jangan kerumuni patient." Aku menolak orang ramai dengan perasaan panik. Sakit jantung tak boleh bawa main-main.
"Saya perlukan doktor dan ambulans . Tolong hubungi ambulans." pemuda itu mula menangis.
"Saya doktor." kataku pantas lalu memeriksa pernafasan beliau.
"Panggilkan ambulans. Cepat!" aku menjerit serius.

Aku pantas mendongakkan kepala mangsa lalu mendengar pernafasannya. Nadinya terhenti. Aku membetulkan keadaan mangsa sebelum membuat Cpr dan bantuan pernafasan . Aku mula menekan dada mangsa .

" What time dia collapese?" aku menjerit ke arah anak beliau.
" Masuk 3 minit. "Dia megesat airmatanya.
"Come on uncle." Aku menutup mata sambil menekan dadanya. Orang ramai kelihatan panik dan segera menjauhi mangsa. Aku ternampak ada yang merekam dan mengambil gambar aksi ku. Itu tidak penting , aku harus menyelamatkan mangsa.
Aku menutup mata dan berdoa supaya aku berjaya menolong uncle yang sudah separuh nyawa itu. Ikutkan , dia memang sudah tiada.
Tekanan terakhir tanganku pada dadanya membuatkan dia terbatuk kuat. Dia tercungap-cungap menahan nafasnya. Aku segera mengusap dadanya lalu mengarahkan dia supaya terus baring. Tidak berapa lama kemudian ambulans dan pasukan penyelamat tiba. Orang ramai bersorak kagum dengan tindakan pantasku.

Aku mengeluh panjang. Sebab itu lah Prof berat hati melepaskanku. Aku digelar magic touch kerana kebolehanku menyelesaikan masalah yang berlaku ketika pembedahan atau rawatan dilakukan. Sudah lama aku tidak terkena perasaan kejutan sebegitu. Aku bersyukur aku berjaya membangunkan semula uncle itu.

Aku segera meninggalkan tempat kejadian itu lalu balik ke rumah. Aku membersihkan diri lalu berbaring malas . Aku teringat kejadian tadi. Anak kepada mangsa itu menarik perhatianku. Dia sangat sedih apabila ayahnya berkeadaan begitu. Dia cukup bersedia apabila dia berjaya memberitahuku berapa lama kah sudah ayahnya tidak menyedarkan diri. Mungkin bukan kali pertama. Aku tertarik dengan peribadinya. Mungkin sahaja dia yang menjaga orang tua itu. Handsome tak adalah handsome sangat. Rambut ikal pendek kemas , mata yang sedikit sepet dan besar , badan yang kurus namun berbadan sasa, dan tinggi lampai, hidung mancung dan kulit hitam manis .. sempurna.

Tanpa aku sedar aku terlelap.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience