Bab 14

Romance Series 3382

Pagi itu seperti hari-hari biasa ...

Aku segera bangkit untuk membersihkan diri apabila alarm ku berbunyi. Beberapa hari lagi genaplah setahun aku berada di Sabah. Masa berlalu dengan pantas sekali. Aku mematikan alat penghawa dingin lalu berjalan malas menuju ke bilik mandi.

Aku merasa kosong dan bosan hidup bersendirian. Ameer , sudah hampir sebulan aku tidak mendengar khabar tentang keluarganya dan dia. Aku terlalu sibuk dengan kerjayaku. Aku tiba-tiba merasa rindu kepada Faeze dan keluarga itu.

Aku segera mematikan shower apabila selesai mandi. Aku membalut kemas rambutku yang basah dengan tuala kecil bercorak bunga itu. Aku mencapai kalander lalu memeriksa cutiku yang berbaki 3 minggu lagi untuk tahun ini. Aku bercadang untuk pergi bercuti dan menenangkan diri. Aku mencapai telefon lalu menghubungi bahagian HR klinik ku. Aku memaklumkan mereka aku akan mula bercuti pada minggu hadapan selama 3 minggu.

Aku segera mencapai dress separas peha yang tidak berlengan itu , lalu ku sarungkan ke tubuh montokku. Tattoo ku yang tersemat kemas itu kelihatan menarik. Potongan depan dress itu menampakkan sedikit lurah dadaku yang menawan. Usai mengeringkan rambut , seperti biasa aku mengenakan sedikit makeup. Aku mencapai beg slingku dan fail-fail case study lalu segera meninggalkan rumah.

Pada pagi itu, Kota Kinabalu sangat pesat dengan manusia dan kesesakan lalu lintas. And yes , aku tersekat di dalam kesesakan lalu lintas . Jaket kulit hitam itu ku capai lalu ku pakai , hari ini agak sejuk lebih-lebih lagi pagi ini hujan. Aku memperlahankan alat penghawa dingin. Lagu Coz I Love You nyanyian Agnes Monica itu membuatkan aku mulai leka mengimbau kenangan lalu. Banyak perkara ligat berputar di kotak fikiranku.

Aku segera menukarkan stesen radio lalu menampar lembut kepalaku. Kebelakangan ini aku kerap kali termenung dan memikirkan banyak hal yang menimpa diriku. Sedang asyik mengomel memarahi diri sendiri , aku sedar ada mata yang memerhatikan ku. Kenapa mamat kat sebelah aku ne senyum-senyum erk?

Pemuda itu memandu kereta Honda city yang berwarna putih. Dia tersenyum apabila aku memerhatikannya kembali. Aku turut membalas senyumannya. Dia segak berpakaian kemeja berwarna pink. Aku menjadi kalut apabila lampu isyarat tiba-tiba bertukar hijau. Aku segera melepaskan handbreak lalu menekan pedal minyak. Menawan sungguh senyumannya. Siapa agaknya pemuda itu? Ahh , mungkin dia hanya suka tersenyum dan menyakat orang. Aku segera memadamkan wajah lelaki itu dari kotak akal ku.

Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi . Lewat 15 minit... Kesesakan lalu lintas sangat teruk di Sabah. Sabar Bella sabar . Aku menghembus nafas lemah. Aku memakir keretaku di hadapan klinik , seperti biasa pak cik guard sudah pun meletakkan tanda reserved di tempatku parkir. Tetapi, aku tidak nampak kelibat pakcik guard , mungkin dia pergi sarapan kot. Aku mencapai begku dan fail-fail tadi. Sebaik mengunci pintu kereta , tiba-tiba lenganku diragut kasar. Fail-fail dan beg ku jatuh bertaburan di sebelah kiri bahu jalan raya , mujur sahaja aku tidak berdiri di jalan raya.

Aku membelai pantas lenganku yang pedih dan berdenyut dek kerana tarikan yang kuat itu. Aku naik angin lalu segera mencari perbuatan siapakah itu. Ya , depan mata ku , seorang yang cukup aku kenal! Faeze. Aku terkejut apabila melihat wajahnya yang dipenuhi jambang dan rambutnya yang tidak terurus.

"Whats your problem!?" Aku menengking keras ke arahnya.
"Aku nak kau!" Dia menarik aku ke dalam dakapannya.
"Stop it! Go away!" Aku menjadi lemas dan geram , aku cuba untuk melepaskan diri.
"Shut up!" Dia enggan melepaskan ku.

Pak cik mamat , salah seorang guard di klinikku segera mendapatkan ku . Dia menolak keras badan Faeze yang pada ketika itu menggengam erat pergelangan tanganku. Pegangannya terlerai apaibila dia terjatuh akibat tolakan Pak cik Mamat.

"Hoi , kau kenapa ?" Pakcik mamat segera melindungiku di belakangnya.
"Ini bukan urusan kau!" Faeze bangkit lalu cuba mendapatkan aku.

Satu tumbukan hinggap tepat di tepi pipinya. Dia terbaring menahan sakit. Tindakan pantas pakcik mamat mematahkan niatnya untuk mendapatkan aku. Aku menjadi panik dan geram.

"Pak mat , stop. Its okay . Saya akan cakap dengan dia . Tolong bawakan barang-barang saya." Aku memegang erat pergelangan tanganku yang terasa kebas dan sakit.

Aku mendapatkan Faeze lalu membantunya bangun. Aku membawanya masuk ke keretaku . Dia hanya berdiam diri sambil mengelap darah yang menitis di bibirnya. Aku menjadi sayu melihat keadaannya. Apakah sebenarnya yang terjadi dengan kehidupannya sekarang?

"Apa semua ne Faeze ? Why?" Aku memengang lembut pehanya.
"I dah lost hope Bella , hidup I musnah." Dia mula menangis .
"I tak boleh hidup dengan dia , i cant even love her. I tried so hard to forget you but i cant! " Dia mula memelukku. Aku membalas pelukannya itu. Buat seketika aku merasa aman.
"But , why?" Aku mencapai tisu lalu mengelap darah yang mengalir di bibirnya itu.
"I tried to love her. Sampai satu masa , kami satu family dapat tahu yang anak yang dia kandungkan itu bukan anak i . " Dia berhenti bercakap.
"Oh , ok." Agak kecewa di situ. So wife dia dah preggy.
"I thought dengan adanya baby tu , i akan lupakan you. But nope, shes 6 months pregnant now but i can accept it. I ceraikan dia dengan talak 1. Setiap hari I hanya terfikirkan you. Yes you." Dia menggengam erat tanganku.
"Its over Faeze. Apa pun , you kena tanggungjawab juga . Dia dah kahwin dengan you , dia dah jadi bini you. You kena faham yang i and you will never be together." Tanganku secara automatik mengusap lembut pipinya. Dia tersenyum.
"I faham , tapi i akan tetap tunggu you , Bella."

Sebaik selesai lunch , aku kembali ke klinik. Aku duduk termenung menghadap skrin Macbook air ku yang sedari tadi terpasang. Wallpaper itu ku tatap sayu, gambar lama. Kedua ibu bapa ku dan aku sewaktu berumur 2 tahun. Aku mengeluh lembut. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Aku menguap dan membetulkan dudukku. Jaket kulit yang menutupi dadaku ku dakap erat. Aku segera memulakan kerjaku. Aku membuka satu persatu fail case study lalu mula mengamatinya.

'tok tok tok'

"Bos , ada orang nak jumpa you." Sara tersenyum kambing di muka pintuku.
"I busy Sara ." Aku menjawab malas.
"Ala bos , tentu bos happy tengok siapa yang datang." Sara mengekek nakal.
"Siapa? " Minatku mula tertumpu kepada orang yang dimaksudkan Sara itu.
"Jejaka rambut kerinting yang bos gila-gilakan." Sara mula tertawa.
"Ameer ?" Kataku lalu tergelak.
"Yesss!"Sara berjaya menghiburkan ku.
"Kenapa ? Dia bawa ayah dia kah?" Aku bingung.
"Tidak , katanya ada hal mahu cakap dengan bos."Sara mula serius.
"Okay let him in." Aku merasa berbunga-bunga.

Tidak lama kemudian, pintuku diketuk semula.

"Come in" aku berpura-pura busy memerhatikan laptop.
"Assalamualaikum." Dia segera mengalihkan pandangan.
"Waalaikumsalam. Eh Ameer , what brings you here?" Aku tersenyum manis.
"Have a seat."
"Mak suruh orang bagi kamu ini." Dia menghulurkan mangkuk tingkat.
"Wow , whts this ?" Aku teruja apabila ada yang prihatin terhadapku.
"Makanan. Orang nak kasih waktu lunch tapi Doktor tiada." Dia bernada datar.
"Ohh i see." Aku tersenyum manja.
"Ok , orang balik dulu." Dia segera bangkit.
"Waitttt! Jangan balik dulu." Aku segera mendapatkannya.
"Jom temankan Bella makan." Aku tersenyum memerhatikannya. Dia seger mengalihkan pandangan.
"Tak boleh , dah nak malam." Katanya serius.
"Awal lagi lah , baru nak masuk pukul 5." Aku mula mengada.
"Ayah tak bagi Ameer jalan-jalan." Dia menlangkah beberapa langkah ke belakang.
"Hmm , tak apa lah . Nah , ambil balik makanan ni , cakap kat mak you , thanks. " Aku menyerahkan semula mangkuk tingkat itu.
"Tapi.." Dia menyambut mangkuk tingkat itu.
"Balik lah , dah nak malam . " Aku sengaja menekan suara apabila berkata malam.
"Doktor mintalah kebenaran dekat mama orang." Dia menyerahkan semula mangkuk tingkat itu lalu mengambil telefon bimbitnya.
"Nah." Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepadaku.
"Betul ni?" Aku tersenyum lebar lalu mengambil telefon bimbitnya. Aku segera mendail 'mama' .
"Ya nak? Kamu di mana?" Suara ayu mama Ameer membuatku sedikit sayu.
"Hai aunty , assalamualaikum. Ini Bella. Boleh tak kalau Ameer temankan Bella makan malam hari ni? Bella belum makan. Makanan yang aunty bagi pun Bella belum sempat nak makan. Busy sangat." Aku membuat suara merayu.
"Laa , ya kah? Baiklah . Suruh Ameer temankan kamu yaa. Makan banyak sikit ya." Aku tersenyum apabila diberi greenlight. Ameer hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal..

Aku segera mencapai sling bag ku dan kunci keretaku. Memandangkan Ameer tidak memandu , aku bercadang untuk memandu keretaku. Aku ingin membawanya makan ke Pantai Tanjung Lipat.

Baru sahaja ingin melepaskan handbreak aku terus menjerit kesakitan. Lenganku yang berdenyut segeraku peluk erat untuk memberhentikan denyutan pedih itu. Aku membuka jaket kulit dan memerhatikan pergelangan tangan dan lenganku yang lebam. Ameer yang terkejut akan kelakuanku segera memandangku. Setelah sedar aku telah membuka jaket yang menutupi badanku dia segera berpaling.

"Turun. Orang drive." Dia membuka pintu lalu segera turun dari tempat duduk penumpang. Aku akur . Jaket itu ku sarungkan kembali ke badanku.

"Thanks you..." Aku masih mengusap lembut pergelangan tanganku dan lenganku. Aku sedikit mengerang apabila terkena kawasan lebam.

"Kenapa tu?" Ameer fokus memandu.

"Jatuh." Jawabku bersahaja.

"Jatuh tapi ada kesan jari?" Tajam pertanyaan itu.

"Hmm." Aku malas untuk mengingat kembali kejadian itu.

"Tanjung lipat yaa encik driver." Kataku lalu tertawa nakal.

"Ya." Jawabnya ringkas.

Sepanjang perjalanan aku banyak membuka cerita bagi memecahkan kesunyian antara aku dan Ameer. Dia seperti biasa , sepatah ditanya , sepatah dijawab. Mujur kesesakan lalu lintas pada petang itu tidak teruk.

Setibanya di Tanjung Lipat , kami segera memakir kenderaan di tempat letak kenderaan. Aku mendakap erat mangkuk tingkat itu. Aku berhati-hati turun dari kereta ku memandangkan aku memakai high heels. Lengan dan pergelangan tanganku masih berbisa. Aku hanya menahan sakit.

"Mari." Dia menjuihkan bibir ke arah mangkuk tingkat itu tanda ingin mengambilnya.

"Nah." Kataku segera lalu tersenyum.

Banyak mata yang memandang kami. Mungkin kerana kami kelihatan seperti pasangan kekasih yang comel. Aku hanya tersenyum nakal. Aku berjalan membontoti Ameer. Dia memilih Gerai makan Aspalella . Kemudian , dia memilih tempat duduk yang agak jauh dari kelompok jejaka yang sedang asyik melepak dan bergelak tawa.

Aku mulai kepanasan dek kerana jaket kulit yang menutupi badanku. Aku mulai melipat pergelangan tangan jaket itu lalu membuka sedikit zip hingga ke paras dadaku. Aku sedar jejaka-jejaka itu asyik melirik ke arahku . Ada yang mengenyit mata dan ada yang melambai-lambai. Namun aku hanya berbuat tidak tahu.

Ameer memesan sepinggan roti bakar dan secawan teh tarik. Aku hanya memesan teh tarik ping kerana aku bercadang untuk memakan makanan yang diberi tadi. Aku tersenyum melihat gelagatnya apabila dia mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang sedang menghidangkan pesanan kami.

Sopan santun perlakuannya. Senyuman manis itu membuatkan dia kelihatan sangat kacak walaupun tidak sekacak yang reader bayangkan. Bagiku senyumannya mampu membuat aku melayang hingga ke bulan.

"Makan." Ameer ligat membuka satu persatu mangkuk tingkat itu. Bau makanan yang nyaman itu membuatkan perutku mula berkeroncong.
"Wait." Aku segera membuka zip jaket kulit itu. Aku tak tahan dengan bahang matahari pada petang itu.
"No, jangan buka."Dia memandang ku.
"But, its hot." jawabku lalu perlahan-lahan menarik semula zip hingga ke paras dadaku.
"Biarkan panas , jangan biarkan kaum lelaki dan orang lain ternampak aurat Doktor." Dia bernada datar , kemudian dia mengalihkan pandangan.
"Okay then." Jawabku bersahaja. Aku sedikit terharu apabila dia memberi nasihat seperti itu. Dia sangat menghormati wanita.

Selesai makan , kami duduk di tepi pantai . Kawasan yang agak strategik. Di sini ada disediakan pondok-pondok kecil di tepi pantai. Pondok ini tersedia dengan tempat untuk BBQ dan tempat untuk campaign. Angin yang bertiup membuatkan rambutku berkali-kali menampar mukaku. Aku mengambil getah rambutku lalu menyanggul rambutku.

Ameer sungguh khusyuk memandang lautan yang luas itu. Sekejap sahaja lagi sunset bakal menjelma. Aku tiba-tiba tersipu malu apabila dapat melihat sunset bersama crush ku.

"Kenapa ?" Ameer mula memandangku.
"Ah , nothing." Aku tiba-tiba menjadi malu apabila dia memandangku.
"Doktor , study kat luar negara?" Ameer mula membuka cerita.
"Yaa , I suka merantau." Jawabku lalu mula mengelamun.
"You study kat mana?" Aku mula mengalihkan pandangan ke arahnya.
"Upm . Ameer ambik kos electrical engineering. "Dia menguis-nguis pasir putih itu dengan seliparnya.
"Wow , engineering. Level apa ?" Aku mula tertarik dengan kisahnya.
"Degree." Dia membalas ringkas.
"You baru habis study kah ? Kenapa belum bekerja?" Aku secara automatik menanya soalan sebodoh itu.
"Ayah tak kasih. Dia nak Ameer jaga dia." Ada sedikit keluhan keluar daripada bibirnya.

Aku hanya berdiam diri sambil memerhatikannya. Hidung yang mancung , bibir yang halus . Kulit yang gelap sungguh menawan. Aku merasa tenang berada di sisinya. Aku tersenyum nakal apabila membayangkan aku berada di dalam dakapannya.

Usai melihat sunset , Ameer meminta diri . Dia menolak permintaanku untuk menghantarnya pulang. Aku mula memandu pulang ke rumahku dengan penuh cermat lebih-lebih lagi tanganku sedang sakit. Pengalaman hari ini tidak akan pernah aku lupakan,Ameer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience