Bab 16

Romance Series 3382

Aku tersedar daripada tidur ku apabila kepala ku terhantuk di kepala katil. Aku membuka mataku lalu tersenyum manis. Aku bermimpikan Ameer. Aku menghempas hempas bantal busuk ku berkali-kali dek kerana aku merasa sangat gembira dan malu. Tidak berapa lama kemudian , kepala ku merasa pedih, aku segera menggosok-gosok kepalaku yang terhantuk. Aku segera bangun dan mandi.

Aku memakai baju lengan panjang pink separas pusat dan memakai jeans ketat berwarna hitam. Aku mengikat ponytail rambut lebatku. Aku tidak berhenti-henti tersenyum nakal. Ameer im in love with you!!!! Aku mencapai sling bag , telefon bimbit dan kunci keretaku. Jam menunjukkan pukul 9 pagi.

Aku memandu laju Mercedez-Benz GLM ku. Aku bercadang untuk singgah ke tamu Putatan sebelum menziarahi keluarga Ameer. Setiba di tamu, aku membeli sebanyak mungkin kuih muih dan nasi lemak untuk dibawa ke sana. Aku juga membelikan mak cik Saleha ayam kuning dan beberapa jenis sayur-sayuran.

Usai membeli , aku segera memandu menuju ke rumah Ameer. Setiba di sana aku terlihat kelibat Ameer yang sedang menyiram pokok bunga kertas di halaman rumah banglo itu. Dia memakai tshirt hitam dan berkain pelikat. Hatiku tiba-tiba berdegup kencang. Aku menekan break dan menikmati pemandangan itu. Aku jatuh hati kepada pemuda ini , yaaa no doubt!

Dia melambai ke arahku sebaik sedar aku masih tercegat di dalam keretaku. Aku membalas lambaiannya dan memberi isyarat untuk ke mari. Dia menutup air dan segera menekan alat kawalan jauh pagar automatik itu. Dia berjalan perlahan menuju ke keretaku.

"Assalamualaikum Bella , jemput lah masuk." Dia tersenyum.
"Waalaikum salam. Terima kasih. Tapi boleh tolong Bella bawak barang-barang tu tak?" Aku menunjuk barang-barang yang ak susun kemas di tempat duduk bahagian belakang.
"Bella nak buat kenduri kat rumah Ameer ya?" Dia menyakat aku lalu membuka pintu belakang keretaku.
"Ya nak kenduri." Aku membalas sakatnya lalu tertawa.

Dari jauh kelihatan Pak cik Abdullah berdiri di muka pintu sambil bercekak pinggang. Mak cik Saleha yang sedang membaja bunga segera menyuci tangan apabila terlihat kedatanganku.

"Nak , panjang umur kamu. Mak cik baru sahaja terkenangkan kamu." Dia menghampiriku lalu menepuk nepuk bahuku.
"Apa khabar mak cik?" Aku tersengih lalu bersalam dengannya.
"Baik sahaja . Mari jemput masuk." Dia memegang tanganku.
"Nak , lama tak nampak kamu." Pak cik abdullah menyapaku gembira.
"Ya pak cik , terlampau busy dengan klinik , patient .. pak cik sihat?" Aku segera menyalam tangan tuanya.
"Alhamdulillah sihat."Dia mengangguk lalu tersenyum.
"Jemputlah masuk." perlawanya.

Belum beberapa langkah memasuki rumah mereka , aku terdengar pak cik Abdullah memarahi Ameer yang berhenti menyiram pokok bunga. Bibik segera menyambut barang-barang daripada Ameer lalu segera menuju ke dapur.

"Bella bawa apa nak?" Tegur mak cik Saleha ketika sedar aku terdengar Ameer dimarahi.
"Ohh , yaa .. Bella bawa kuih muih , nasi lemak dan macam-macam lagi. Bella juga ada belikan mak cik sayur-sayuran dan ayam kuning."Aku explain satu persatu lalu tersenyum.
"Lahhhh , banyaknya . Terima kasih yaa Bella." Mak cik Saleha tertawa melihat gelagatku.

Kami leka bercerita sehingga bibik memberitahu sarapan sudah terhidang. Pak cik Abdullah menjemput aku ke meja makan mereka. Aku hanya membontoti pasangan tua itu. Mataku liar mencari Ameer . Selesai menyiram pokok bunga dia segera naik ke atas. Maybe membersihkan diri kot?

"Makan Bella , makan banyak sikt. Dah cekung sangat muka tu."Pak cik Abdullah menyedok nasi lemak itu lalu menyerahkan sepinggan nasi kepadaku.
"Ya pak cik. Hehe." Aku merasa lucu ditegur seperti itu .
"Bella , pak cik dan mak cik sebenarnya nak minta tolong sikit. Alang-alang Bella ada kat sini."Mak cik Saleha meneguk secawan kopi .
"Minta tolong apa mak cik , pak cik?" Aku berhenti mengunyah lalu memandang mereka.
"Kami nak ke KL selama seminggu. Boleh tak Bella tolong tengok-tengokkan anak teruna mak cik tu? Mak cik tak nak dia jadi kutu rayau jika kami takda." Mak cik Saleha tersenyum . Pak cik Abdullah hanya mengangguk dan mengiyakan kata-kata isterinya.
"Boleh mak cik ,pak cik , no problemmmmm."Aku menunjukkan thums up kepada mereka. Mereka tertawa melihat gelagatku.

Ameer yang baru sahaja tiba di meja makan segera duduk di sebelah ayahnya. Dia membawa ubat-ubatan ayahnya lalu menyerahkan kepada ayahnya. Dia hanya memandang kosong lauk di atas meja. Aku mencapai pinggan lalu mengisi nasi lemak ke atas pinggan itu.

"Nah." Kataku lalu menghulurkan pinggan itu kepadanya.
"Terima kasih." Dia menyambut pinggan itu lalu tersenyum.
"Bagus Bella ni. Sangat prihatin." Pak cik Abdullah yang sedang mengunyah kuih bingka ubi tersenyum melihat gelahatku.

Kalau sahaja mereka tahu bahawa aku menaruh hati kepada anak lelaki mereka.. Aku hanya mampu tersenyum manis lalu menyambung makan. Aku mula merasa rendah diri ..Aku memerhatikan Ameer yang makan dengan penuh sopan , haih... sehari tak handsome tak sah! Biar pun dia hanya mengenakan tshirt biru tua dan berseluar track suit namun aku cukup tertawan dengannya.

Tepat pukul 2 petang , kami berangkat ke Airport KK untuk menghantar Pak cik dan mak cik..Aku hanya menunggu di dalam kereta ku kerana tidak ada parking manakala Ameer menghantar kedua orang tuanya ke dalam airport. Semoga perjalanan mereka dirahmati. Sedang asyik leka mendengar lagu yang terpasang , aku mula memikirkan satu rancangan nakal.

'tok tok'

Lamunan ku termati apabila Ameer mengetuk cermin keretaku. Aku segera membuka kunci kereta lalu membetulkan duduk ku. Aku mula memandu meninggalkan airport itu. Sepanjang perjalanan,Ameer hanya mendiamkan diri.

"You." Aku menekan break apabila lampu isyarat bertukar merah.
"Ya." Jawab Ameer lalu memerhatikan ku.
"You nak tak kalau i ajak jalan-jalan?" Aku tersenyum nakal.
"Ke mana ?" Dia berdeham perlahan lalu menarik tali kaledar yang sedikit sendat di dada sasanya.
"I cuti 3 minggu. So , esok i plan nak bercuti ke Kundasang. You sudi tak temankan i?" Aku melepaskan break apabila lampu isyarat kembali hijau.
"Tak boleh lah Bella."Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Ala , please you . I janji tak lama , 4 hari sahaja. I tak ada kawan lah nak bercuti."Aku merayu kepadanya.
"Nanti ayah dapat tahu macam mana?"Dia menggaru kepalanya.
"Dia tak akan tahu . Trust me . I'll talk to bibik about this. All you need to do is trust me. Kalau mak ayah you dapat tahu pun , I"ll talk to them."Aku bersungguh-sungguh meyakinkannya.
"Ameer tak berani." Dia mengeluh.
"Come on . I will show you what is freedom . Bella janji lepas ni Ameer tak akan rasa terkongkong . Ini masa untuk relax. Come on ..."Aku tersenyum kepadanya.
"Okay."Dia akhirnya mengalah setelah beberapa ketika mendiamkan diri memikirkan keputusan yang rasional.

Sesampainya di rumahnya , aku segera mendapatkan bibik. Aku akan memberitahu bibik hal sebenar , tak baik menipu.Aku berlegar-legar di sekeliling rumah mencari bibik. Ameer yang baru sahaja turun dari biliknya , tersenyum melihat gelagatku.

"Dia ada kat taman bunga mama , kat belakang dapur."Ameer segera merebahkan dirinya yang panjang lampai di sofa empuk yang terletak di ruang tamu itu.
"Ouh okay" Aku menjadi kalut apabila melihat dia berbaring sebegitu. Aku terpandang bahagian yang tak sepatutnya aku pandang. Aku segera mengalihkan pandangan lalu segera mendapatkan bibik.

"Bibik .. kat sini rupanya. Puas Bella cari tahu." Aku memicit lembut bahu bibik yang gemuk itu.
"Ya , ada apa doktor? " Bibik tersenyum manis memandangku, loghat Indonesianya sedikit sebanyak sudah bercampur dengan bahasa Malaysia .
Tangannya yang ligat menyabut anak-anak rumput liar yang tumbuh di pasu bunga itu membuatku tertarik . Aku segera memandang bibik.
"Macam ni bik. Bella nak minta kebenaran bibik untuk bawa Ameer berjalan-jalan . 4 hari sahaja dan Bella janji tak akan ada apa-apa yang terjadi. Bella akan book bilik untuk Ameer sendiri. Kami tak akan stay satu bilik. Boleh tak?"Aku menbuat muka meminta kasihan.
"Haha , bibik okay saja dong doktor. Bibik hanya tukang gaji bukan mama Ameer. Bibik benarkan dong.. Kasihan Ameer asyik terperap aja di rumah." Bibik menggelengkan kepalanya.
"Betul ni bik? Tapi bibik kena janji satu perkara dengan Bella."Aku memeluk bahunya.
"Apa dia doktor?"Dia berkerut.
"First .. Dont call me Doctor . Panggil Bella sahaja. Then , bibik boleh tak rahsiakan perkara ni?" Aku membuat muka polos.
"Haha boleh non! Lagi pula , abangnya Ameer semua di Kl non , tiada yang akan datang melawat dong . Jadi bagi bibik okay saja dong."Bibik menabik ke arahku tanda faham.
"Okay set bik. Nanti Bella belikan ole-ole yaa. Thanks bik , i love you!"Aku melompat keriangan. Bibik hanya tertawa melihat gelagatku.

Aku segera berlari mendapatkan Ameer . Tanpa menyedari bahawa Ameer sedang memerhatikan aku di pintu dapur , aku segera meluru ke arahnya. Setibanya di pintu dapur aku merasakan badanku bertembung dengan seseorang sebelum badanku melambung ke belakang. Aku secara automatik menutup mataku. Kemudian ,aku merasakan aku ditarik pantas , dan aku berada di dalam dakapan seseorang. Dadanya yang sasa membuatkan jantungku berdegup kencang. Aku tahu aku berada dalam dakapan siapa.

"Ya Allah , Bella ... hati-hati. Perangai macam budak-budak tadika lah."Dia meleraikan pelukan dan memegang ke dua belah bahuku.
"Sorry."Aku tertunduk malu , namun dalam masa yang sama bahagia. HAHA.
"Nasib baik Ameer sempat tahu. Kalau tak dah tergolek kat dapur ni." Dia membebel lalu menggelengkan kepalanya.
"Ala sorry lah , orang happy nak bagi tahu you bibik kasih greenlight kat Bella."Aku memegang kedua pipiku yang ku rasakan semakin memanas. Tentu sahaja muka ku akan berubah menjadi merah. Arghhh ! Aku sukakan kau Ameer!
"Dah , pergi balik . Dah nak maghrib. See you tomorrow." Katanya lalu melambaiku.

Aku segera mendapatkan beg sling ku dan kunci keretaku. Aku melambainya yang kini tercegat di muka pintu rumah banglo itu. Aku segera memecut laju keretaku. Haih lah Bella, malu sungguh aku tadi. Tapi tak apa , dapat juga merasa pelukannya. HAHA!

Aku tidak terus balik ke rumah sebaliknya aku segera menuju ke stesen minyak berdekatan untuk mengisi minyak keretaku. Aku mengeluarkan cash rm150 untuk memenuhkan tangki minyakku. Aku meminta tolong pekerja Petronas yang sedang tercegat memerhatikan ku untuk mengisikan minyakku. Usai mengisi minyak , aku juga meminta tolong pekerja di sana untuk memeriksa tayar keretaku dan enjin. Semuanya masih okay. Kemudian, aku menuju ke bank berdekatan untuk mengeluarkan wang tunai .

***

Sebaik selesai mandi , aku segera mengambil luggage pink ku yang berbalut plastik. Aku membuka plastik itu lalu mula memilih baju yang akan ku bawa bercuti. Aku membawa 3 helai pakaian tidur , 5 helai pakaian berjalan dan sehelai pakaian extra . Kemudian, aku memasukkan alat keperluan ku , make up dan selipar dan sandal extra. Aku juga membawa baju sejuk dan beberapa helai stokin.

Usai mengemas barang dan pakaian , aku segera membuka laptop macbook air ku. Aku melayari laman sesawang dan membuka agoda. Aku mencari beberapa buah homestay yang mencapai cita rasaku. H.Benjamin Residence hotel berjaya menarik minatku. Sebuah bilik Queen size bed menjadi pilihanku , terdapat balkoni pada bilik ini yang menghadap ke kawasan pergunungan.Sangat cantik . Kemudian , aku memilih sebuah bilik yang sama untuk Ameer. Kemudian aku menekan confirm booking dan aku dikenakan cas sebanyak Rm660 untuk kedua buah bilik.

Aku sangat terpikat dengan keindahan yang terdapat di H.Benjamin Residence ini. Kawasan yang strategik di atas perbukitan membolehkan kami melihat kawasan kundasang dari atas bukit. Serta , kemudahan yang disediakan juga menarik minatku. Aku tidak sabar menanti hari esok. Aku menutup laptopku lalu segera tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience