BAB 4

Thriller Completed 3378

“Aizaat,” nama pemuda itu meleret panjang dilontarkan serentak oleh Talha dan anak buahnya. Safar yang berada dalam rumahnya pula menggigil ketakutan.

‘Apa salah aku, apa dosa aku kat dia orang?!’ hati pemuda itu berkecamuk. Walaupun dia tak dapat memastikan bahawa lelaki yang ada di rumah Talha itu adalah samseng, namun renungan mata mereka yang penuh dengan amarah benar-benar menakutkannya.

Sudah banyak kali Talha dan anak buahnya memanggil Safar dengan nada meleret. Masih juga Safar berkeras untuk tidak keluar. Disebabkan iman mereka senipis kulit bawang, Zamir mula rimas menunggu Safar .

“Bos, ini tak boleh jadi ni bos,” Zamir mula bengang, “dah panggil dengan cara elok pun, dia tak nak keluar lagi ni. Baik kita baling cat merah kat rumah ni dan rosakkan harta benda kat rumah dia, bos!”

Sekali lagi tapak tangan Talha hinggap di ubun kepala Zamir . Sambil menggosok sakit kepalanya, Zamir menunduk memohon maaf.

“Suria ada beritahu aku, kalau kita rosakkan harta orang lain, kita kena bayar balik. Masalahnya sekarang tengah bulan, duit perlindungan tak kutip lagi, jadi kau nak tanggung semua kerosakan yang kau buat, setan!” jelas Talha kepada Zamir dengan nada meninggi.

“Sorry, bos. Jadi kita nak panggil sekali lagi ke?”

Soalan Zamir disambut dengan anggukan kepala oleh Talha . Mereka sekali lagi memanggil Safar dengan nada meleret.

Safar pula semakin kelam kabut apabila mendengar kata-kata Zamir yang ingin merosakkan harta benda di rumahnya. Dengan hati yang terpaksa, Safar keluar dengan mengangkat tangan tanda menyerah diri.

“Ha! Kan aku dah kata,” Talha cuba menunjuk-nunjuk kepada anak buahnya bahawa strateginya untuk memanggil Safar dengan cara yang diajarkan Suria .

“Tak sia-sia bos hantar Suria masuk Universiti,” ujar Zamir kagum dan menepuk tangan bersama yang lain. Talha hanya tersenyum bongkak.

“Saya tak salah, saya tak salah!” jerit Safar terduduk ketakutan menyaksikan reaksi mereka semua. Talha dan anak buahnya berpandangan sesama sendiri kehairanan.

Zamir menyentuh bahu Safar yang sedang menggigil. Gigilan Safar menyebabkan Zamir menarik balik sentuhannya. Kemudian, sekali lagi dia menyentuh bahu Safar , kini gigilan pemuda itu makin bertambah radius getarannya. Berulang kali Zamir mengusik bahu Safar , sehingga menyebabkan pemuda itu menangis sambil memeluk tubuhnya sendiri.

Tiba-tiba Safar rebah di lantai meninggalkan sisa lelah melalui pundinya.

“Air apa ni bos?” soal Zamir menunjukkan air yang mengalir di lantai. Zamir menutup hidungnya setelah cuba menghidu bau air tersebut.

“Alahai, susah macam ni. Kalau mak bapak dia balik kerja, masak aku nak menjawab,” ujar Talha mati akal.

“Betul tu bos,” sampuk Zamir menyokong kata-kata Talha , “Kenapalah dia pengsan kat sini, cubalah pengsan kat tempat lain, kan senang.”

Tanpa disangka, Talha mendapat ilham berdasarkan kata-kata Zamir . “Zam, bawa budak ni masuk rumah aku,”

“Hah!?”

“Kau pekak atau nak dipekakkan?” ugut Talha berhubung reaksi terkejut Zamir .

“Tapi bos, budak ni dah basah kot,” Zamir cuba berdalih.

“Bila Dragon suruh buat..” Talha memberhentikan kata-katanya untuk disambut.

“…mesti kena buat!!!” anak buahnya yang lain serentak menjawab.

Suria mendekati Sulia yang sedang membancuh kopi di pantry pejabat. Apa sahaja rakan sekerjanya lakukan, dia cuba meniru. Satu sudu serbuk kopi dimasukkan ke dalam cawan bersama dua camca gula. Kemudian air panas dicurahkan dan dibancuh bersama campuran serbuk kopi dan gula dalam gelas. Kedua-duanya duduk di meja yang disediakan di pantry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience