BAB 11

Thriller Completed 3378

“Bos!!!”

Zamir menjerit risau campur terkejut dengan apa yang sedang dilakukan Talha . Segala perbuatan Talha terhenti, hanya air liur sahaja yang mampu ditelan waktu itu.

“Papa buat apa tu?” soal Suria menahan ketawa.

“Aaa…” lidah Talha kelu seribu bahasa.

Zamir melutut di hadapan istana pasir Talha . Dengan nada sedih, dia berkata, “bos masih ingat saya?”

“Hah!?” nada amarah bercampur pelik dizahirkan Talha .

“Tempat ni dah tak selamat. Tenpat ni memang ada sumpahan. Tadi Sulia , sekarang Dragon ! Sabar bos, saya tahu bos nyanyok sekarang…” raung Zamir menunduk merelakan kepalanya dipukul sekali lagi.

Suria yang masih menahan ketawanya berkata, “Papa buat apa kat sini sorang-sorang?”

“Eh… Papa bukan sorang-lah. Papa dengan seorang budak kecil,” jawab Talha .

“Yelah tu,” jawab Suria tak percaya.

Zamir pula mencari-cari budak yang dimaksudkan. Tiada, memang tiada. Zamir mula menjarakkan dirinya dari Talha secar perlahan-lahan. Sekali lagi kepalanya diketuk Talha .

“Kau nak pergi mana? Aku tak habis lagi dengan kau,” tegas Talha .

Suria hanya menggelengkan kepala sambil tertawa kecil melihat tingkah laku Talha .

“Suria … Suria . Papa cakap betul…” Talha cuba meyakinkan Suria yang dia hanya membantu seorang budak kecil untuk bina istana pasir. Namun, Suria berlalu pergi dengan ketawa kecil.

Zamir pula ketakutan. Matanya meliar mencari sosok tubuh budak kecil yang dikatakan membina istana pasir dengan Talha .

“Bos…” panggil Zamir sedikit geSuria h, “budak tu sekarang ada kat sini ke?” sambil anak matanya mundar-mandir ke kiri ke kanan ketakutan.

Akibat rimas dengan soalan itu, kepala Zamir sekali lagi diketuk Talha berkali-kali.

Sudah hampir dua bulan Suria menanti panggilan telefon dari Dr. Hasnah . Hatinya berdebar dan tidak sabar untuk menunggu saat peti khazanah Aryan itu dibuka. Bukan kerana taksub dengan mistiknya, tetapi teruja untuk menyingkap misteri di sebaliknya. Jika mengikut perjanjian Suria n, sudah hampir satu bulan dua minggu lewat dari apa yang dijanjikan oleh bekas pensyarahnya ketika melawat tapak ekskavasi di Pulau Lalang.

“Suria … masuk pejabat saya sekejap,” panggil Mr. Gopal tampak bimbang. Raut wajah majikannya tak seperti biasa, seakan ada sesuatu yang membuatkan riak wajahnya risau.

Suria tak menjawab sebaliknya terus sahaja mengikut Mr. Gopal masuk ke pejabatnya. Di luar pejabat jelas kelihatan dua lelaki yang agak berisi. Salah seorangnya buncit dan seorang lagi beruban rambutnya.

“Perkenalkan, inilah Suria ,” Mr. Gopal memperkenalkan Suria kepada dua orang lelaki tersebut.

“Assalamualaikum, cik Suria . Kami dari Dang Wangi,” salah seorang lelaki itu memperkenalkan diri secara ringkas, “kami nak cik Suria ikut kami ke balai.”

“What!?” Suria terkejut sejurus mengetahui kedua-dua lelaki itu adalah polis. Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar perkataan ‘ikut kami ke balai’. Hatinya kuat menjerit menyatakan yang dia tidak pernah buat apa-apa salah kecuali tak bayar saman AES.

“Ah… Jangan salah faham. Kami cuma mahu cik Suria beri kerjasama kepada kami tentang satu kes,” jelas salah seorang anggota polis berpakaian preman itu.

“Oh…” penjelasan itu menenangkan hati Suria yang sedang bergejolak. “Tapi… boleh saya tahu kes apa?”

“Kes bunuh,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience