BAB 10

Thriller Completed 3378

Hampir setengah jam Suria memandang peti itu. Setelah puas menjamu matanya dengan peti yang masih bersalut tanah itu, akhirnya dia meminta izin untuk bersama Haji Dahlan, Sulia dan Zamir untuk meninjau kawasan sekeliling. Sebelum Suria melangkah keluar dari khemah itu, Dr. Hasnah melontarkan satu kenyataan yang agak serius bunyinya.

“Sejujurnya saya seronok dengan penemuan peti ni, tapi…” Dr. Hasnah memberhentikan seketika kata-katanya. Wanita itu menghampiri Suria yang masih tercegat dalam khemah. “…tapi saya rasa ada something wrong dengan artikel awak tu.” Bisik Dr. Hasnah .

Suria terkedu mendengar bisikan dari Dr. Hasnah . Dia tahu bawa dia masih baru dalam bidang kewartawanan dan penuSuria n, namun tak sangka teguran tentang kelemahannnya terpancul keluar dari mulut bekas pensyarahnya.

“Saya faham. InsyaAllah, saya akan perbaiki kelemahan saya,” Suria cuba meyakinkan bekas pensyarahnya itu. Lagipun, bukankah ada perumpaan Inggeris yang gah disebut-sebut yakni ‘practice makes perfect’.

Dr. Hasnah tertawa kecil. “Bukan kamu yang saya maksudkan,” kata Dr. Hasnah .

“Hah?” respon Suria dengan nada mahukan penjelasan dari Dr. Hasnah .

“Begini…”

“Suria !!!”

Jeritan dari luar khemah mematikan penjelasan yang ingin disampaikan Dr. Hasnah . Tanpa melengahkan masa, mereka berdua keluar dari khemah tersebut dan bergegas menuju ke arah jeritan itu.

Kelihatannya Sulia terjelepuk jatuh ke tapak ekskavasi. Mujurlah tapak itu hanya sedalam satu meter. Impak dari insiden itu, Sulia pengsan kerana kepalanya terhantu tepat ke satu kepala tenkorak yang masih dalam proses ekskavasi.

Ketika itu polis marin sedang melakukan rondaan menggunakan bot mereka. Sulia dihantar ke hospital dengan bantuan polis marin, manakala Suria dan Zamir pula dihantar semula ke Pulau Besar.

Berbalik kepada keadaan di Pulau Besar sebelum kepulangan Suria n dan Zamir , Talha – atau Dragon , bapa angkat Suria – sedang asyik melayan kerenah serta bermain dengan seorang kanak-kanak tempatan. Atan, enam tahun, membina sebuah rumah pasir yang berbentuk separa hemisfera. Atan menggelarnya sebagai istana paling hebat di dunia.

Talha , 56 tahun, menentang. Menurutnya adalah binaan pasir tersebut tak layak digelar istana. Kerana istana sepatutnya berpetak-petak, bukan separa hemisfera binaannya tidak akan kukuh. Kemudian Talha mengajar Atan tentang cara-cara membina istana pasir yang betul dan kukuh.

“Macam ni, ambil air sikit…” kata Talha sambil menakung air di kedua telapak tangannya yang dicantumkan, “pastu curah sikit kat dinding istana ni, dan tekapkan pasir yang dicurah dengan air kat sini,” merujuk kepada istana tiga tingkat yang di bina Talha bersama Atan.

“Ooo…” jawab Atan seakan teruja, “Pak cik Taiyer…”

“Dragon -lah!”

“Ooo, Taiyer-lah,”

‘Ikut suka hati kau-lah budak. Taiyer pun boleh,’ desis hati Talha .

“… Atan nak bagitau abang Atan pasal ni!” ujar budak ekcil itu sambil berlari menuju ke rumahnya.

“Jangan lupa bawa air sejuk sikit untuk pak cik!” sahut Talha ke arah budak kecil tersebut, namun Atan tak mempedulikan permintaan Talha .

Talha memperkemaskan lagi binaan istana pasirnya. Istana itu kini dibina benteng pertahanan, dilengkapi tiang pemerhati dan disempurnakan dengan beberapa pintu di celahan istana pasir itu. Lagak gayanya riang sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience