BAB 9

Thriller Completed 3378

‘Biarlah,’ akur hati Suria .

Saat berganti minit dan setelah hampir setengah jam menunggu, seorang wanita masuk ke dalam khemah tersebut.

“Dr. Hasnah !” Suria terkejut melihat bekas pensyarahnya di khemah tersebut. Sulia dan Zamir hanya melihat tanpa sebarang perasaan kerana mereka tak mengenali wanita tersebut. Wanita itu adalah bekas pensayarah Suria di universiti dan sering berdiskusi tentang sejarah dunia termasuk sejarah Melayu Melaka.

“Dah lama saya tunggu kamu,” Dr. Hasnah bersuara ketar seperti sedikit keleltihan.

“Tak sangka dapat jumpa Dr. disini,” ujar Suria gembira bertemu dengan bekas pensyarahnya itu.

Haji Dahlan mempelawa Sulia dan Zamir untuk meninjau sekitar tapak ekskavasi di pulau ini. Mereka berdua bersetuju untuk ikut Haji Dahlan dan membiarkan Suria berbual panjang dengan Dr. Hasnah .

“Haji…” Zamir memanggil Haji Dahlan yang sibuk memberi penereangan tentang kawasan sekitar tapak ekskavasi. “Saya nak tanya… buat apa dia orang korek-korek tanah kat pulau ni, Haji? Nak buat rumah ke? Kalau nak buat rumah, setahu saya, masa saya kat kampung dulu, nak bina rumah tak ada lah sampai korek tanah macam nak korek perigi.”

‘Kenapa lah mamat ni pandai sangat,’ bisik hati Sulia yang hanya memandang sinis terhadap Zamir .

“Sebenarnya… inilah yang dinamakan sebagai tapak ekskavasi. Kat sinilah ahli arkeologi cuba mengkaji sejarah-sejarah bangsa kita,” jawab Haji Dahlan tenang.

Zamir ketawa besar mendengar penjelasan dari Haji Dahlan. Sulia dan Haji Dahlan berpandangan sesama sendiri kehairanan.

“Kau ketawa apesal?” soal Sulia .

“Siapa tadi yang korek tanah untuk kaji sejarah tadi, Haji?” soal Zamir yang masih tak lekang tawanya.

“Ahli arkeologi,” Haji Dahlan menjawab.

“Apa ahli yang tu tak baca buku sejarah ke?” ketawa Zamir makin menjadi-jadi, “Buat apa nak susah-susah datang pulau ni nak kaji sejarah, baca jelah buku teks sejarah kat sekolah.”

Haji Dahlan senyum kelat. Sulia pula menekup mukanya tanda malu dengan kata-kata Zamir . Bak kata orang lama, lebih baik berlagak bodoh dari berlagak pandai.

Manakala di khemah, Dr. Hasnah sedang berdiskusi dengan Suria tentang penemuannya di tapak ekskavasi tersebut.

“Ni peti khazanah Aryan yang disebut-sebut tu ke?” soal Suria kepada Dr. Hasnah . Bekas pensyarahnya itu mengangguk sambil tersenyum puas memiliki peti yang berbentuk segi empat dengan diameter bersaiz empat kali empat meter.

Suria cuba memegang peti tersebut, namun dihalang Dr. Hasnah yang risau akan menjejaskan bentuk fizikal peti tersebut. Banyak lagi prosedur yang perlu dijalankan sebelum peti itu boleh dibuka atau disentuh.

“Bila kita boleh buka peti ni?” soal Suria tak sabar.

“Jangan risau. InsyaAllah, miggu depan,” jawab Dr. Hasnah .

“Tapi esok lusa saya dah balik KL.”

“Kalau begitu, tunggu lepas saya balik KL, kita buka sama-sama peti ni.”

“Really?” soal Suria mendapatkan kepastian.

“Ya.”

Kedua-dua wanita yang merupakan peminat fanatik bidang sejarah peradaban manusia, memandang peti itu tanpa kerlip. Hanya senyuman lebar hingga ke telinga sebagai medium komunikasi antara mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience