BAB 8

Thriller Completed 3378

“Pastu hilang, then pemuda Aryan disula selepas lancarkan perang bersama gemulah Sultan Melaka…” Sulia terdiam seketika, “Ah! Mengarutlah.”

“Pelik kan?” soal Suria sejurus mendapat reaksi dari Sulia .

“Memanglah! Aku dah cakap lama dah,” balas Sulia .

“Tapi persoalannya kenapa peti tu tak dapat dibuka walaupun Melaka pada waktu itu negara kota yang pesat membangun,” ujar Suria sedang ligat memikirkan jawapannya. Sulia juga mengerlip matanya tiga kali sesaat.

‘Dan kenapa Sultan Melaka masih mahu menyimpan peti itu? Siapa sebenarnya pemuda Aryan tu?’ pelbagai persoalan muncul dalam hati Suria . Sulia menggarukan kepalanya memikirkan jawapannya.

Keesokan harinya, Haji Dahlan sudah siap menuggu di bot. Suria bersama yang lain terus bergerak ke bot selepas mengambil sarapan.

“Awal hari ini, Haji. Kita nak ke mana?” soal Sulia .

“Pulau Lalang…” jawab Haji Dahlan ringkas.

“Tapi semalam Haji kata nak bawa ke kubur,” Zamir menyampuk. Spontan Talha memukul kepala Zamir menyembabkan Zamir menunduk memohon maaf.

“Jangan menyampuk bila orang tua bercakap,” tegas Talha .

Haji Dahlan menghidupkan enjin bot. Jika semalam kod pakaiannya hanya bersampin kain pelekat, hari ini kod pakaiannya ala-ala ahli arkeologi.

“Suria , papa rasa nak stay sini boleh. Papa tak puas lagi menikmati keindahan ciptaan Tuhan kat sini,” Talha cuba memberi alasan untuk tidak naik bot, sekurang-kurangnya bukan untuk tempoh yang terdekat ini. Mabuk laut semalam belum puas bergelumang di dadanya.

“Suria , abang Zam pun macam tu jugak,” celah Zamir disusuli pukulan di kepala oleh Talha . “Sorry bos. Saya akan ikut ke mana sahaja Suria pergi,bos,” ujar Zamir sambil kepalanya masih berbekas dengan pukulan dari Talha .

“Suria tak kisah kalau papa tak nak ikut pun. So jaga diri elok-elok,” kata Suria tenang dan masuk terus ke bot bersama Sulia dan Zamir .

Bot yang sedang dikemudi Haji Dahlan terus meluncur membelah alunan ombak. Menderu angin sewaktu bot tersebut membelah alunan ombak. Seakan Selat Melaka tiada penghujungnya. Warna laut biru gelap cukup menceritakan misteri yang tersimpan rapi di dasarnya. Mata Suria dan Sulia dikecilkan menahan deruan angin yang dibelah kelajuan bot tersebut. Manakala Zamir hanya memejamkan mata cuba menenteramkan gejolak di dadanya. Setiap kali bot melantun akibat membelah ombak, tangan Zamir menggenggam erat tebing bot tersebut.

“Okay tak?” soal Sulia kepada Zamir .

“Hah!?” respon Zamir yang kurang jelas terhadap soalan yang dibangkitkan oleh Sulia . Sulia hanya membalas dnegan isyarat ibu jari menandakan soalan sama ada Zamir dalam keadaan baik atau tak. Zamir hanya tersenyum untuk beberapa ketika, kemudian kembali ke posisi sebelumnya.

Setelah beberapa siri alunan ombak, akhirnya Haji Dahlan memperlahankan kemudi botnya sebelum sampai ke pinggir Pulau Lalang. Suria merasa pelik melihat apabila banyak bot dilabuhkan di sekitar pantai pulau tersebut. Bahkan terdapat lingkaran dilarang melintas kepunyaan Jabatan Muzium Negara.

“Sini ada event apa Haji?” soal Suria .

“Dia orang dah jumpa peti khazanah tu,” jawab Haji Dahlan dengan senyuman. Mereka semua pun turun dari bot tersebut dan dibawa Haji Dahlan ke satu khemah yang didirikan di tapak arkeologi di pulau tersebut. Suria , Sulia dan Zamir di pelawa duduk di khemah tersebut sambil menunggu seseorang untuk berjumpa mereka. Haji Dahlan menyatakan bahawa orang yang ingin bertemu dengan Suria adalah orang yang penting.

“Siapa Haji?” soal Suria tak sabar untuk mengetahui siapa yang ingin bertemu dengannya.

“Dia kata kamu kenal dengan dia, waktu zaman universiti dulu,” ujar Haji Dahlan yang masih berahsia identiti orang tersebut. Dalam fikiran Suria muncul banyak sekali memori zaman universitinya. Namun tiada seorang pun yang menepati seseorang yang suka berada di lapangan ekskavasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience