Semenjak kedatangan Suria dalam hidupnya, Talha mula hidup berselimutkan watak orang kebanyakan. Bahkan semakin hari, semakin kurang kegiatan dan aktiviti hitamnya. Semuanya dilakukan demi anak kesayangannya, Suria .
“Banyak tetamu hari ni, Pak Talha ,” sapa Safar , anak jiran sebelah yang baru pulang dari memancing. Safar melihat wajah bengis seorang demi seorang anak buah Talha . Lapan orang kesemuanya termasuk Zamir . Pemuda itu tersenyum risau sebelum mengundur diri.
“Hello!? Hello!? Hello…” berkali-kali Suria memastikan talian telefon masih bersambung.
“Ya, hello. Papa ni,” jawab Talha menyedari Suria memanggilnya dalam talian, “tu bunyi tukang tengah repair tandas rumah papa.”
“Aik, bukan semalam Suria kol, papa kata tandas dah okey,”
“Yeke!?” Talha ligat memikirkan alasan untuk diberikan kepada anak perempuannya itu, “itu semalam, hari ni rosak balik.”
Suria hanya tertawa kecil mendengar alasan Talha . Dia tahu tentang aktiviti bapa angkatnya. Sudah banyak kali dia mencuba untuk membantu Talha meninggalkan sikapnya itu, namun tidak berjaya. Barangkali sudah sebati dengan diri. Perubahan yang sedikit demi sedikit yang ditunjukkan Talha sudah cukup buat Suria .
“Suria nak mintak tolong sikit boleh tak?” pinta Suria .
“Boleh,” balas Talha ringkas.
“Suria nak papa baca satu artikel, boleh tak papa tolong buat research sikit?”
“Boleh. Untuk anak papa, apa pun sanggup papa buat,” jawab Talha . “Kalau tak ada apa-apa lagi, papa gerak dulu la yer.”
“Eh, kejap. Papa nak gerak ke mana?”
“Tadi Suria suruh papa baca satu artikel, papa nak gerak pergi baca artikel tu lah,”
“Kat mana papa nak baca artikel tu?” persoalan Suria menyentap pergerakan Talha . Talha hanya mampu menepuk dahi tanda agak kecewa denagn kebodohan dirinya sendiri. Terlalu bersemangat sehingga tidak tahu di mana sumbernya.
“Ye tak ye jugak,” itu sahaja ungkapan yang mampu diucapkan Talha .
“Ish, papa ni. Suria sent by emel jelah. Suria dah hantar kat emel Safar . Check yer.”
Usai panggilan telefon tersebut, Talha segera ke luar urmah dan memanggil Safar yang menghendap dari tingkap rumahnya. Berkali-kali Talha memanggil nama Safar , namun pemuda itu masih tak menjelma keluar. Mungkin takut dengan kehadiran anak buah Talha yang memiliki raut wajah bengis.
“Hei, budak!” jerkah Zamir yang berdiri di sebelah Talha . Segera tapak tangan Talha hinggap di ubun kepala Zamir . “Adoi, sakit bos.”
“Bodoh. Berapa kali aku dah cakap, nak berkomunikasi dengan jiran kena cakap elok-elok,” marah Talha kepada Zamir .
“Tapi dulu bos kata…” Zamir cuba mengungkit tindakan silam Talha yang dahulunya tak pernah sekalipun bercakap baik dengan sesiapa.
“Tu dulu, sebelum kita jumpa Suria . Suria sendiri ajar aku macam mana nak berkomunikasi dengan jiran,”
“Macam mana bos?”
“Macam ni,” Talha cuba mempraktikkan apa yang di ajarkan oleh Suria kepada lapan anak buahnya, “panggil nama budak tu dengan lemah lembut.”
“Aizaaat,” Zamir cuba mengolahnya. Talha menunjukkan isyarat ibu jari menandakan ia betul. Anak buahnya yang lain juga berlatih cara pengucapan yang sama seperti Zamir . Selang beberapa ketika, Talha memberikan isyarat satu, dua dan tiga,
Share this novel