“Bila masa kau minum kopi?” soal Sulia tampak pelik melihat kelibat Suria . Setahunya, Suria sangat susah untuk minum kopi. Yang dia tahu, gadis tersebut suka minum air 100 plus, tak kira siang atau malam.
“Baru belajar,” jawab Suria ringkas sambil dihembus haba air kopi yang muncul keluar dari gelas.
“Baguslah kalau belajar, nanti baru boleh stay-up untuk research artikel baru. Kau tengok aku, dah dua tahun aku minum kopi tanpa henti,” kata Sulia .
“Biar betul. Tahan pulak kau dengan air pahit ni,”
“Tengok orang lah,” jawab Sulia bangga. “Tapi tu lah. Kalau bukan si Gopal tu yang jadi Ketua Editor, dah lama artikel aku meletup,” sempat lagi Sulia mengomel tentang nasibnya.
“Tahu tak pe,” balas Suria menyokong dan menyambung kata-katanya, “sebab tu aku ada satu rancangan yang boleh membuatkan artikel kita meletup.”
“Maksud kau?”
“Sebenarnya aku dan papa aku dah rancang nak pergi menyiasat pasal peti khazanah Aryan,” jelas Suria cuba meyakinkan Sulia .
“Oh, ni pasal kau punya artikel yang kena reject tu la ni,” kata Sulia seperti kurang berminat setelah mengetahui tentang artikel Suria yang dikategorikannya sebagai suatu yang mustahil.
“Cuba kau bayangkan, dalam peti tu ada banyak benda berharga dalamnya. Silap hari bulan bukan sahaja kita naik pangkat dan terkenal, mungkin setiap artikel yang kita buat tak perlu ditapis lagi. Setiap kali hantar, terus terima, esok siar,” kata Suria bersemangat.
Sulia hanya melontarkan pandangan sinis dan tak berminat, lalu berkata, “Ceh! Sebagai wartawan, kau kena tahu berpijak di bumi yang nyata. Mustahil benda-benda macam ni masih wujud,”
“Sebab mustahil itulah yang aku nak pastikan,” balas Suria .
“Sejujurnya, nasihat aku sebagai kawan, jangan percaya dengan ayat nothing is impossible,” Sulia sedaya upaya cuba menyedarkan Suria .
“Ala, babe. Lagipun kita dah kenal lama, teman lah aku pergi buat kajian. Kan dulu masa first time aku jadi trainee journalist bawah kau, kau selalu kata impossible is nothing,” Suria mengingatkan kembali ungkapan yang pernah disebut Sulia sehinggakan Sulia tersedak air kopi.
Suria membantu dnegan mengurut belakang Sulia yang sakan batuknya. Setelah batuknya beransur reda, Sulia membuang baki air kopinya di sinki dan membasuh gelasnya. Tampaknya Sulia seperti tak mahu menemani Suria dalam pengembaraannya mencari peti khazanah Aryan.
Selepas merenjiskan tangannya di sinki, Sulia memandang wajah kecewa Suria .
“Promise me this is the last,” kata Sulia menunjukkan jari kelingkingnya. Riak wajah Suria bertukar gembira apabila mengetahui Sulia bersetuju untuk menemaninya.
Sementara itu di rumah Talha , lelaki tua berusia 56 tahun itu berjaya membaca artikel dalam e-mel Safar yang dikirim oleh Suria . E-mel itu memuatkan permintaan Suria untuk menyuruh Talha bersama dua orang lain untuk mencari peti khazanah Aryan. Disebabkan tiada orang lain yang ada disitu kecuali anak buahnya dan Safar , maka Talha menyuruh Zamir dan seorang lagi anak buahnya mengikutinya.
“Hei budak, tunggu apa lagi. Blah la!” sergah Zamir kepada Safar . Gulungan kertas artikel dihempuk ke kepala Zamir oleh Talha .
“Sorry, bos. Silap saya,” ujar Zamir tunduk memohon maaf.
“Jangan minta maaf kat aku, minta maaf kat Safar ,” kata Talha . Tanpa berlengah, Zamir meminta maaf kepada Safar dengan wajah bengis. Safar menerima permohonan maaf dengan rasa gementar.
“Kau ni ada penyakit darah gemuruh ek,” Zamir bersuara tatakala sering melihat Safar bergetar atau tubuh badannya.
Share this novel