BAB 1

Thriller Completed 3378

Arakian tersebutlah sebuah kisah berlaku dahulu purba, tinggal seorang pemuda berbangsa Aryan berasal dari Tenggara a India melabuhkan nakhodanya di persisir Melaka. Jauh ia berlayar melewati Selat Melaka membawa satu khazanah yang tiada tandingan nilainya. Perkara itu sampai ke pengetahuan Bendahara lalu ia disampaikan pula kepada Sultan Melaka.

Maka bertitahlah Sultan Melaka nekad mahu merampas khazanah tanpa mengira belas dan kasihan pemuda Aryan itu. Natijah dari cubaannya mempertahankan haknya bersama dengan waris gemulah Sultan, pemuda itu disulahmanakala waris gemulah dibuang negeri. Sungguh tiada siapa yang tahu mengapa darah waris gemulah itu membuat onar mengamuk di tanah kelahiran sendiri. Hanya empunya badan sahaja yang tahu. Kasihan pemuda Aryan itu, menjadi gila tanpa mampu untuk melabuhkan layarnya pulang ke negara asalnya.

“Bendahara! Beta arahkan agar peti itu dibuka sekarang!!” titah Sultan jangan dimungkiri. Paduka Bendahara pantas memanggil sekalian pemuda Melaka yang mahir dalam pertukangan dan gagah perkasa untuk membuka peti tersebut.

Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk membuka peti itu namun gagal, peti khazanah itu tetap terkatup rapat.

Melihat adengan itu, Sultan Melaka menjadi murka dengan keadaan itu. Lantas Sultan Melaka menghunus keris yang tersisip rapi di pinggangnya dan bersumpah,

“Beta titahkan bahawasannya barangsiapa yang berjaya membuka peti ini, maka beta akan hadiahkan sepersalinan diraja bersama sebidang tanah di mana-mana tanah taklukan beta kepadanya.’’

Namun saat itu juga detik hati Kareem, pawang diraja menyatakan Sultan Melaka telah dirasuk dengan semangat peti khazanah bangsa Aryan itu. Yang menurutnya jika dituruti pasti akan membawa bencana lebih daripada kebaikan. Lantas pawang diraja meminta ampun untuk menghadap ke bawah duli Tuanku Sultan Melaka. Walu penuh debar, dia harus mengusulkannya takut akan mengakibatkan bencana lebih besar seperti pertumpahan darah.

“Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap di ampun,” Sultan Melaka hanya melihat dengan padangan bengis dan berapi-api perlakuan pawing diraja itu.

“Berhenti! Jika niat pawang hanya mahu menegur beta, usah!” sungguh tepat Sultan Melaka meneka hasrat tersirat di hati pawang diraja. Meskipun ditolak mentah-mentah, pawang diraja tetap bersuara dan menyatakan adalah lebih baik Tuanku Sultan Melaka memberi perhatian kepada rakyat jelata berbanding mengejar pada sesuatu yang tidak pasti asal-usulnya.

“Apakah ini caranya pawang memberitahu bahawa selama ini beta cemerkap dan melupakan kebajikan rakyat beta sendiri!?” Mata serta merta dengan berang merajai dirinya, Sultan Melaka membulat seperti melemparkan tulah kepada pawang diraja. Tirkah Sultan Melaka segera dikeluarkan, sesiapa yang tidak mahu menyokong Sultan Melaka, maka azab seksa menantinya dan tulah bakal menghantuinya. Semua yang ada di situ diam membisu dan terus menuruti kata Sultan, berusaha membuka peti itu.

Berdekad lamanya berlalu usaha membuka peti itu menemui jalan buntu dan hanya tersimpan kemas di Istana Sultan Melaka.

Namun sebuah kejadian yang aneh berlaku. Sebelum Sultan Melaka mangkat, peti khazanah Aryan itu hilang. Hingga kini tahu siapa yang mencuri. Ada cakap-cakap yang menuduh pemuda Aryan yang mengambil peti itu semula, pemuda itu ditemui lalu dibunuh namun peti itu tidak juga dijumpai.

Ada versi lain yang mengandaikan bahawa pawing dirajalah punya angkara lalu dipancung kepalanya, tetap juga peti misteri itutak dijumpai. Teori terakhir sekali, ada yang menuduh Paduka Bendahara, saat itulah Melaka digempur oleh Portugis. Bersama sisa perjuangan Sultan Melaka untuk mendapatkan kembali kota Melaka, peti khazanah Aryan tidak lagi menjadi perhatian Tuanku Sultan Melaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience