Wajah kacak si suami ditenung lama. Fikirannya berputar kembali mengingati cerita farhan siang tadi. kedengaran agak pelik tapi benar?
Benarkah ada yang merancang kebakaran itu? dan....mayat Adila juga?' desis Farah sendiri.
"apa maksud awak? saya sendiri ada waktu kebakaran tu. saya nampak awak"
"tapi sebelum awak ditolak kan? dan... orang tu konco konco dalang disebalik semua tu"
mendengar itu, Farah laju meloroti rahangnya dek rasa terkejut. rasanya, Farhan tak pernah ada musuh. baik orangnya malah budi bahasa pun baik. siapalah yang hendak memusuhi Farhan?
"tapi, kenapa awak tak lari?"
"sebab, waktu tu saya hilang ingatan. maksud saya ingat ingat lupa. waktu saya sedar, mama dah ada dekat sebelah saya tengah menangis kerisauan. Bila saya tanya siapa dia, mama jawab mama tu mama saya" terang Farhan jelas. mendengar itu, Farah terdiam seketika.
"Saya... minta maaf sebab tak pernah berusaha"
"maksud awak?" tanya Farhan kurang mengerti.
"tak berusaha untuk pertahankan hubungan ni. kalau lah saya cari awak betul betul tiga tahun lalu....-"
"syhhh.... tak ada apa yang perlu disalahkan. semuanya bersebab. yang pasti dan yang saya sedar, saya cinta dan sayang Farah sama macam dulu. tak ada apa yang dapat pisahkan kita selain mati, janji tu tau?" kata Farhan bersama senyuman keyakinan.
mungkin dulu, mereka mentah dalam hubungan cinta. tapi, kerana kementahan itu yang mengajar mereka bagaimana hendak bertahan disetiap ujian yang hadir.
lambat lambat Farah mengangguk setuju
"Eiiii! tak guna punya perempuan! tak bersyukur aku bagi kau kerja!" jerit puan Sri Nafizah diruangan bilik itu. dia menghenyakkan badannya ke atas katil mewah itu dan berdengus geram.
ketika majlis tadi.... dia sempat menjeling dan memberi peringatan mata pada Farah agar menolak lamaran itu. namun ianya tak menjadi apabila Farah terus menerimanya. telefon bimbit yang tak lekang dari tangannya juga beribu ribu kali cuba menghubungi nombor Amirah. namun hampa apabila panggilannya tak dijawab. dalam marah, hatinya juga dipangut rasa risau. bakal menantu tak jadinya itu langsung tak dapat dihubungi sejak semalam. keluarganya juga tak mengangkat panggilan. itu pasti kerana keluarga mereka kecewa dengan tindakan Farhan yang melulu itu .
"saya dah cakap, jangan buat hal. sekarang?" celah Dato' Sri Borhan yang baru saja lepas membersihkan diri.
"ei awak kenapa?!" herdik puan Sri Nazifah tak berpuas hati.
"haih.... ifah, awak kena terima hakikat fah.. anak kita dah tak ada!"
"tak!" jerit puan Sri Nazifah menidakkan.
"fah, kalau anak kita ada sekarang mesti dia kecewa dengan awak . cubalah awak bawa mengucap sama.. bawa bawa istighfar" nasihatnya lagi. wajahnya redup mengenang perangai si isteri yang tidak menerima hakikat itu
"tapi siapa punca nya?"
"itu semua takdir! awak selalu tanya saya kenapa dan kenapa saya terima Farhan. awak tahu tak, apa yang awak buat pada Farhan tu melibatkan nyawa keluarga dia? awak tak takut ke Fah?"
"eiii!!! abang pun sama! tak pernah faham apa yang saya rasa. budak tu punca Aiman kemalangan! awak nak saya buat apa dengan budak tu? sayang dia?"
"ya! dia dah terima kita ni pun dah cukup bagus! awak ingat sampai bila ubat awak berikan tu kekal berkesan?"
puan Sri Nafizah terdiam. tiada jawapan, dengan rasa sebal, renungan suami di balas jelingan tajam.
***********
angin malam itu menampar lembut kulit pipinya. Tenang dia memandang langit yang cerah disimbahi cahaya bulan yang cantik menyinari bumi. dia menarik nafas dalam bersama renungan memandang bulan itu.
"jauhnya termenung...." tegur Farhan yang membawa segelas air coffee itu.
"eh awak nak air ke? kenapa tak cakap?" soal Farah yang mulai kalut bangun dari duduknya. namun, dihalang Farhan. laju tangan Kaseh dipegang dan ditarik agar Farah duduk diribanya. dengan rasa kurang selesa, Farah turuti jua.
"kenapa ni?" soal Farah apabila Farhan terdiam memeluk pinggangnya erat.
"saya minta maaf... saya minta maaf sebab mungkir janji" perlahan suara garau itu berbicara. dengar tak dengar saja suaranya.
"haih.... Farah sayang, kan saya dah cakap? saya tak mahu dengar lagi kisah dulu. sekarang, kita fokus dekat hubungan yang baru terbina ni. ok?" pujuk Farhan lembut sahaja.
"so! dekat mana nak bulan madu ni?" soal Farhan bersemangat mengubah topik.
"awak! saya tak ready lagi"
"eh eh, saya tak cakap pun pasal tu...." meleret suara Farhan. merah padam terus kulit pipi Farah. sedar dia terlepas cakap.
"..ke awak memang nak? kalau nak sekarang pun saya boleh je bagi" ujar suara garau itu bersuara menimbulkan rasa gerun.
"tak.. s saya tak nak" laju Farah berlari dari Farhan yang meletuskan tawa itu. eii!!! bengong kau ni Farah!
jom la follow IG MN- MRSNOVEL2 jumpa disana!!!
Share this novel