bab 6 BAKC- CERITA

Romance Series 6622

KAKINYA dihayun hayun di tanah perkebunan itu. wajahnya juga ditunduk.

"so macam tulah ceritanya.... " ujar kimi mematikan ayat diakhir ceritanya.

"best, lagi seronok kalau aku ikut" canda farah. kimi mencebikkan bibir.

"dik... kalau aku nak tanya sikit boleh? " pinta farah.

"eleh! sebelum ni pakai bedal je kau tanya. nak tanya apa? "

"mak memang dah benci akak ke? sepanjang akak tak balik lah kan, ada tak mak mengadu dekat kau yang dia rindukan aku ke?" soalnya.

kimi mengangkat bahu seolah tak mahu masuk campur. jujur hatinya sebak bila melihat kakaknya menangis kerana patah perkataan yang keluar dari mulut ibunya. rindu? ah! tak pernah ibu menyebut tentang kakaknya malah dia tak dibenarkan untuk membangkitkan hal kak farah.

Tak mahu kak farah terluka... ya! itulah sebabnya. kalau dia ceritakan yang ibu sering menghinanya pasti kak farah akan lari lebih jauh lagi.

"tak tahulah kak.... kadang kan, aku pelik dengan perangai mak. sumpah aku pun rindu dengan mak yang penyayang dan selalu ceriakan kita" adu kimi.

"hmm... apa jadi lepas aku pergi?" farah memulakan soal siasat.

"mak... dia.... "

TIGA TAHUN LEPAS~

"ma... angah... nak cari farhan" adu farah. matanya sembab dek seminggu menangis selepas kejadian.

puan ana menggeleng lalu memeluk anaknya.

"tak.... mak tak benarkan. angah... dekat luar tu macam macam orang ada. mak takut kalau apa apa jadi dekat angah" larang puan ana.

"tapi farah nak cari farhan... mesti dia tunggu farahkan mak? sepatutnya.... hari ni kitaorang kahwin... " rintih farah. air matanya jatuh buat kali ke entah berapa.....

"farah kena terima hakikat! mungkin paan dah tak ada! mungkin dia mati dengan adila dalam kebakaran!" puan ana cuba menyedarkan anaknya.

"mana mak tahu? lagipun... polis kata tak ada jumpa tulang atau serpihan manusiakan?" farah memandang wajah ibunya.

"tolonglah.... angah tak kesian ke dekat mak? " pujuk puan ana. dia melutut sebelum mencium telapak kaki anaknya namun pantas farah mengelak.

"apa mak buat ni?! tolong lah mak! mak tak percayakan farah? mak tak nak tengok farah happy? " soal farah seperti orang hilang akal. beg yang berisi pakaian itu diangkat sebelum menuju ke pintu.

"mak... farah mintak maaf sebab berkasar dengan mak. tapi tolong.... bagi restu dekat farah untuk farah cari farhan? " pohon farah.

"kalau angah langkah setapak lagi, kamu bukan anak mak! " ugut puan ana tak sedar sudah terlanjur kata. farah terkedu. tak sangka ibunya begitu.. namun apa pilihan yang dia ada?

"selamat tinggal mak..." ujar farah sebelum melangkah ke luar rumah. puan ana terduduk kecewa kerana anaknya lebih memilih orang lain.

"mak tak anggap kamu anak mak! kau bukan anak aku lagi!! " raung puan ana seperti hilang akal. hakimi yang ada disitu laju menghampiri puan ana dan meredakan tangisannya...

"so betulah apa yang mak sumpah dekat aku tu?" soal farah dihujung cerita.

"kak.... dia ibu kita... doa dan sumpah seorang ibu tu tiada hijabnya.... aku tahu kau kuat, cubalah pujuk mak.. walau macam mana marahnya dia, kau tetap anak dia jugak. dan itu memang tak boleh dinafikan" nasihat hakimi serta memberikan kata kata semangat.

"ni aku nak tanya sikit" soal kimi, suaranya juga berubah ceria.

"apa? "

"kau...dah jumpa ke abang paan?"

"act, dia yang hantar aku ke sini.. "

"whatt??!-umphh!! " baru kimi mahu menjerit, laju farah menekup mulut adiknya. bimbang ada yang mendengar. ni

"shhh!! kau ni! " farah melepaskan tangannya bila adiknya seakan sudah mahu lemas.

"hah!! oksigen! oksigen!! " kalut hakimi menarik nafas. farah menyiku tangan adiknya sambil tergelak kecil.

"over! "

"dia tak mati dalam kebakaran tu? "

"entah... yang tu aku tak boleh nak jawab"
"kau pulak macam mana sekarang ni? " soal farah. cukuplah dia bersedih sekarang.

"kau tak payah nak lari topik erkkk.... aku baru nak mula sesi ni" ujar kimi bersama muka penuh motif.

"sesi apa pulakk?? " keluh farah.

"sesi soal jawab!. now kau bagitau aku, kau dah berapa tahun jumpa dia? dia ingat kau lagi? " soal kimi bertubi

"mana satu aku nak kena jawab ni?-"

"no satu" jawab kimi laju.

"pertama, tak adalah bertahun aku jumpa dia.... ada la dalam sebulan baru" jawab farah. hakimi mengangguk anggukkan wajahnya dengan muka polos. .

"kedua..... maybe? tapi dia dah ada orang lain dik. mungkin bulan depan diaorang kahwin?" okay okay.... part ni farah dah sebak balik. ni semua kimi punya pasal!

"hah?! tapi kan d- umphh!! " sekali lagi, mulutnya ditekup dengan tangan farah.

"shh! kau ni! nanti kalau ada orang dengar macam mana?" marah farah risau. kimi menggaru garu kepalanya sambil menyengih menayangkan giginya. .

"corry... kak... macam yang kau kata... dia dah ada orang lain so kau macam mana? " farah mengangkat bahunya. dia termenung seketika mengenang nasib.

"alah kak.... kalau dia taknak dekat kau.. terima jela. apa tu omputih kata? on..? alah yang orang dok cakap tu.... alah dalam bahasa kita terima hakikat.. ha susah bebenor! "

"move on! "

"haaa tu la aku nak cakap..." farah menjeling meluat.

"betullah tu apa kau kata.. move on, dik! " farah memusingkan badannya ke hakimi.

"apa? "

"kau ada calon tak? member member kau ke? yang singlet lagi" kias farah.

"amboi kau kak, nyedap kutuk ye? tak sedar diri pun sama?" bidas kimi.

"alah! lantaklah. ada tak? "

" ada tu memang la ada... tapi aku takut dorang tak nak dekat kau....yelah! perantauan kan, hahahahahahaha! "

"ish! "

***

"KAU ni! jalan depan lah! " marah hakimi bila farah asyik memegang ekor bajunya semasa naik tangga rumah.

" aku takut kalau.... "

" eh adik? lambat balik? " celah puan ana yang datang dari dapur.

"haah mak. banyak kerja tadi" bohong kimi. padahal sejam dia duduk dengan farah dipondok tadi.

"ehmm patut lah... er dah makan? kalau belum mak nak hidang ni"

"tak apa mak.... ni kak farah belum makan kan? mesti laparkan? " ujar kimi sambil membuka baju kemeja lusuhnya.

"haa kalau macam tu tak palah. mak masuk bilik dulu. kalau nak makan ambil lah sendiri! dah besar panjang" sindir puan ana dan terus berlalu dari situ.

"kak.... jom? kimi teman makan ya? mesti akak lapar kan?" kimi cuba memujuk farah. jelas riak kecewa diwajah farah.

"tak apalah. akak.... check in hotel je la ye? risau mak tak selesa kalau ada akak." ujar farah. baru dia ingin mengambil langkah, kimi laju menghalang.

"tsk, kak... jangan macam ni.... okay jom ikut kimi" kata kimi dan melangkah menuju di ruangam tengah rumah itu. rumah itu masih sama. sikit pun tak berubah. cuma ada penambahan bilik sahaja. dia mengikuti langkah hakimi hingga ke sebuah bilik. pintu bilik itu dibuka.

"ni bilik akak. rehatlah dulu... nanti kalau nak makan keluar. eh! apo..! rumah kau jugak kan? dah lah aku nak lepak member ni. ada apa apa lagi? "soal kimi.

"tak ada apa dah. thanks dik tolong aku" balas farah perlahan dan lembut. hakimi mengangguk sebelum keluar dari bilik itu.

"tak ada yang berubah kecuali mak" ujar farah mengeluh.

'dia dah check in ke? ' desis farah sendiri teringat tentang farhan. telefon bimbitnya diambil lalu terus mendail nombor farhan.

TUAN FARHAN....

"ASSALAMUALAIKUM.. HELLO? TUAN EH ERR.... AWAK KAT MANA? " soal farah melulu.

"WAALAIKUMUSSALAM....SAYA DAH DUA JAM CHECK IN SINI.... AWAK DAH OKAY? " soal farhan didalam talian. farah tersenyum terharu.. sekurangnya farhan masih mengambil berat tentang dia.

"ERM OKAY LAH SIKIT.... AWAK PERGI LAH MAKAN ERK? SAYA BARU NAK REHAT NI"

"OH... OKAY MACAM TU AWAK REHAT LAH. SAYA TAKNAK GANGGU " farhan cuba memahami farah. farah mengangguk dan terus mematikan panggilan. tudung bawal nya ditanggalkan sebelum tidur dikatil bersaiz queen itu.

...

meriahkan komen jomm! hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience