Farah mencuri pandang farhan. ada beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum mereka sampai dirumah ibunya.
"awak ada apa apa nak cakap ke? " soal farhan yang sedar farah memandangnya dari tadi.
"boleh tak kalau... tuan tidur hotel? i mean awak tak perlu jumpa dengan ibu saya? " fuh! lepas....
"kenapa? awak ada skandal dekat sana? " tebak farhan. laju farah menggeleng.
"tak tak....saya.... saya ada masalah dengan ibu saya. saya tak nak kalau saya balik dengan tuan nanti ibu saya fikir yang-"
"yang saya ni bakal suami awak? macam tu" sambung farhan mematikan kata farah.
"bukan....ma maksud saya, kan saya cakap yang saya ada masalah dengan ibu saya. so kalau boleh biar saya selesaikan dulu dengan ibu saya? kalau tuan tak nak tidur hotel, saya akan tempahkan homestay hujung kampung tu untuk tuan" cadang farah. wajah farhan dipandang minta jawapan..lagi pula farhan masih kurang sihat jadi dia tak mahu ibu membebankan farhan nanti.
farhan pula masih memikirkan cadangan farah.
'kalau aku tidur tempat lain, mesti aku takkan kenal dengan ibu farah'.
'tapi kalau aku ikut mesti aku jadi masalah dia. urgh!
"hmm baik. saya bagi masa dekat awak. saya hantar awak and then saya akan check in hotel yang terdekat. anything you need to call me" farhan mengalah.
"thank you tuan farhan" ujar farah, syukur farhan memahaminya.
"tsk! boleh tak kalau lepas ni awak jangan panggil saya tuan? jahat sangat ke saya ni sampai awak perlu bertuan kan saya? " soal farhan geram.
"tuankan anak majikan saya? takkan lah saya nak khianat majikan saya sendiri? "
"but sekarang awak tak bekerja kan? so panggil saya farhan je. tak pun paan"
farah terdiam. nama yang sering dia panggil dahulu. farhan masih ingat?
"b baik tuan eh er... farhan"
"kita berhenti makan kejap ya? lagi pun awak tak sarapan pun lagi kan?" kata farhan. keretanya masuk ke perkarangan rnr dan parking kereta disitu. pintu kereta dibuka dan dia berlari anak ke pintu farah.
"eh tak apa lah. saya boleh bukak sendiri.. " ujar farah segan.
"its okay. dah jom, awak nak makan apa?" soal farhan sambil matanya menilau kekedai makan disitu.
"awak selesa je makan dekat sini?"
"tsk. saya ni manusia jugak kan? boleh tak lepas ni awak tak tanya lagi soalan macam tu? saya makan je dengan mana mana. kalau saya nak makan awak pun boleh je"
'gluppp!!' haa setepek kau farah!.
"farah menundukkan wajahnya. malu! kesal asyik tanya soalan bodoh.
"kita makan dekat sini je ya? " cadang farhan. farah laju mengangguk. masih malu. farhan tersenyum menampakkan lesung pipit kirinya. ish! manis!
farhan melangkah masuk ke dalam restaurant makanan panas diikuti farah. tempat yang paling hujung dipilih farhan.
"waiter! " farhan mengangkat tangannya tak sampai lima saat seorang lelaki muncul dengan note ditangan.
"awak nak makan apa? " soal farah. farhan masih membelek belek buku hidangan yang disediakan sebelum memberikannya pada farah.
"just give me nasi goreng ayam and tea lemon"
"cik? "
"urm... bagi saya nasi goreng kampung je" lelaki itu mengangguk sebelum memberikan sebaris senyuman dan berlalu dari situ. lima minit, sepi menemani mereka.
"jauh lagi ke kampung awak?" soal farhan memecahkan kesunyian.
"tak ada la jauh sangat. dalam empat jam lagi sampai la... kita ke hotel awak dulu eh? nanti saya naik teksi je pergi rumah ibu saya"
"tak tak tak. mama arah saya supaya jaga awak so sekarang, awak tanggungjawab saya. kalau apa apa jadi dekat awak jenuh saya nak cari yang baru untuk jaga kak adlina" gurau farhan sebelum diikuti tawa halus farah.
"saya takkan lari lah. lagi pun... saya yang mohon kerjakan? awak tak percayakan saya? "
"percaya.... tapi entahlah. saya dah serik sebab asyik kena tipu" farah terdiam dan mengangguk perlahan.
tiga minit kemudian, makanan yang dioder sampai. mereka menikmati makanan itu sebelum menyambung ke destinasi.
"TERIMA KASIH... hantar saya. saya janji lepas settle semua saya akan call awak" janji farah sebelum membuka pintu kereta dan menutupnya kembali.
"sama sama.... tak ada masalah. pergilah" arah farhan. farah memberikan sebaris senyuman sebelum membenarkan farhan pergi.
'Fuhh! its the time farah alisa.... kau kena fix kan masalah ni kalau kau tak nak jadi anak derhaka' ujar farah pada dirinya sendiri. pintu kayu itu diketuk beberapa kali diselangi dengan salam.
"assalamualaikum..." panggilnya lagi. kurang seminit, pintu itu dibuka dari dalam.
"Waalaikumu-".kejung puan ana saat melihat 'tetamu'yang datang. dia.... hilang reaksi. tak tahu apa yang patut dia lakukan.
"assalamualaikum mak...." ujar farah menahan sebak. dia yakin pasti ibunya sangat kecewa denganya. jadi, dia nekad untuk menerima apa saja hukuman.
"salam....m masuklah" sambung puan ana. farah tersenyum lega. bagasinya dibawa bersama dan diletakkan ditepi pintu.
"kenapa kau balik sini? " soal puan ana tanpa senyuman. matanya juga melilau ke tempat lain.
"farah nak minta maaf dengan mak.. farah minta maaf sebab farah tak ada call mak langsung sejak farah ke KL. sumpah demi allah farah tak pernah lupa mak.." air mata yang tadi ditahan kini turun bersama esakan. bibir bawahnya di gigit menahan gelora jiwa.
"b betul apa yang mak pernah cakap, hidup dekat bandar bukan mudah. dan farah dah dapat balasannya..." adunya lagi. wajah yang sudah basah dengan air mata itu dibiarkan.
"kau yang nak sangat cari jantan tu kan?"
"nenek!! " jerit danish yang baru pulang dari kedai. puan ana dihampirinya sebelum diberikan ciuman di pipi.
"mak.... eh farah? " soal atia pula yang muncul bersama dengan barangan dapur. farah yang sedar kemunculan atia terus bangun dan menyalami tangan kakak sulungnya.
"bila sampai? " soal atia lembut.
"baru je..."jawab farah perlahan. masih sakit dengan kata si ibu.
"danish? mari sini sayang. salam makngah farah" arah atia. danish yang sedang bermain itu laju menghampiri farah dan menyalaminya.
"siapa ni ibu? " soal danish petah.
"akak....adik ibu danish" farah melutut menyamai paras danish.
"ooo..... banyaknyaaa adik ibu! mesti seronokkan? tapi... kenapa tak pernah pun nampak adik ibu ni? "
"makngah lah" tegur atia.
"takpe.... lepas ni, danish panggil akak makngah farah tau?" pesan farah. danish mengangguk sebelum kembali bermain.
"farah.... pergilah rehat dulu, mesti adik penatkan? " atia cuba mengambil alih situasi yang jelas tegang sedari tadi.
"takpelah.... urm.... mana kimi?" soal farah tentang adik bongsunya itu.
"kau tak perlu nak tahu apa apa lah. tak payah sebok dah. pergilah tu... kejar cinta hati kau tu. kami kat sini kau tak perlu masuk campur. tak mati la kalau tak ada kau"
'DUMM!' bagai dipanah petir ucapan puan ana membuatkan farah terkontang kanting seperti tetamu yang menerjah masuk saja. kini, dia jelas yang ibunya tak menerima kehadirannya.
"er... farah...farah keluar kejap ya.. " pamit farah menahan air mata yang menanti jatuh. berdesup dia lari meninggalkan ruang tamu itu.
"hahh! lari.... baguslah tu... pergi ikut jantan tu" jerkah puan ana menambah lagi rasa sebak farah yang masih mendengar ucapan ibunya.
"mak... sudah la tu" atia cuba menyampuk.
"kenapa? kau lupa apa yang dia pernah buat dekat kau? "
"mak, semua benda tu kakak dah lupakan. tak ada apa yang nak dikesali. malah akak rasa sekarang kalau farah tak buat semua tu dulu, akak takkan ada dekat sini la... mungkin akak lebih hancur dari sekarang dan mungkin danish tak wujud pun dekat dunia. mak.... tolonglah terima kenyataan, abang kamil meninggal bukan sebab farah. tapi sebab ajal dia. dan kalau farah tak buat mak macam ni... mungkin akak tak akan jaga dan sayang mak macam sekarang. Dia terlalu cintakan farhan. biarlah dia cari bahagia dia. mak tak teringin tengok farah bahagia? " panjang lebar atia menasihati ibunya. sungguh dia kesal bercampur bersalah dengan apa yang terjadi. Farah mungkin ada sebab tersendiri kenapa dia pilih farhan.
"bahagia? kau tengok adik kau tu tak cukup bahagia ke? tengok, pakai baju mewah kemain pun tak cukup bahagia? "
"mak.... bahagia seorang anak tu ialah bila seorang ibu mengiringi langkah dengan doa dan sokongan. bahagia dihati lebih sempurna mak" nasihat atia lagi...
Farhan membaringkan tubuhnya dikatil putih empuk itu. lega bila dapat merebahkan badan sejak tadi.
"HUARRGGHHH! " farhan menguap besar sambil mengeliat membetulkan segala urat saraf yang terbelit. telefon iphonenya diambil lalu nombor farah didail.
"aik? tak angkat? ehm.. tengah seronok dengan ibu dia la tu..." ujar farhan sendirian. dia memandang syiling putih itu sebelum matanya kian layu. akhir nya dia terlelap disitu.
"isk.. isk... " air mata yang meleleh itu dibiarkan membasahi pipinya. hingusnya juga disedut. dadanya sesak. sesak dengan satu masalah dan sejuta rasa.
suasana yang sepatutnya indah dengan beribu memori manis dulu sekarang langsung tak menarik minatnya. kalau dulu, ini tempatnya makan petang dan lepak bersama keluarga... kini, inilah tempat dia menangis dan menjerit semahunya meluahkan rasa yang terpemdam.
pondok kecil yang menanti roboh itulah tempatnya..
"kakngah rindu mak... " rintih farah sendiri. matanya dipejam rapat, cuba mengimbau segala memorinya bersama ibunya dulu.
perit. hanya itu yang mampu dia kata. hatinya sakit bagai dicincang halus. hancur hanya kerana satu peristiwa gelap.
"kak cik!" jerit seseorang dari arah kiri. farah memandang kabur dek air mata yang mengaburi. air matanya dilap kasar sebelum kembali melihat si gerangan.
bibir munggil itu serta merta mengukirkan senyuman.
"adikk!" tubuh tinggi dan tegap itu dipeluk rapat sebelum melepaskan tangisan yang kuat dibahu itu. pelukkannya juga dibalas.
farah memejamkan matanya, cuba memberhentikan tangisan namun gagal. rasa yang dulu dia abaikan malah tak pernah dia rasa kini inilah yang membelenggunya.
rasa.... rindu.
assalamualaikum hai guys! maap lama sis tak update. kelas online dah mula so..... sis busy gila! plus nak focus after a few 'year' tak study. nasib la np ni type, kalau tulis memang berterabur tulisan! Hahahah tiberr >.< happy reading!
Share this novel