BAKC- SPEND TIME

Romance Series 6622

"dah la tu. saya dah penat" luah Farah. sudah tiga jam mereka berpusing dalam mall itu. rasanya semua kedai sudah dimasuk tapi barangan cuma tiga.

"mana boleh sayang. tak cukup lagi ni.. ok kita masuk ke satu lagi ni then kita makan ya? sian dia lapar ya" pujuk Farhan mengusap ngusap gadu si isteri.

"Ish tak nak lah. malu orang tengok" tepis Farah segan.

"alah biarlah. kita dah ada isteri"

"tak baik tau. mesti Dorang cemburu"

"arh biarlah. ha sayang tunggu sini kejap ya. nanti saya datang" arah Farhan meletakkan beberapa beg kertas di kerusi besi ditepi mall itu. Farah cuma mengangguk. terpaksa bersetuju dek kakinya yang mulai lenguh.

Farhan tersenyum gembira. beruntung rasa si isteri jenis yang pantas menurut.

"fon, simpan dalam beg. stay sini. jangan gerak ke mana mana"

"iya.... awak pergilah cepat" usir Farah. segan melihat perangai si suami itu.

*********

30 minit, akhirnya tubuh tegap Farhan kembali muncul. Dia tersenyum lebar menghampiri Farhan sambil menjinjit beg.

"so dah ada bajukan sekarang? saya nak, sayang pakai okay" ujar Farhan.

"baik, aaa jom pergi makan. saya lapar" rengeknya manja. Farhan tersenyum kecil. aih! tak berubah sifat manja gadis itu!

"mahal gila!" luahnya terkejut melihat harga makanan di list book itu.

"macam mana awak makan hah, harga ni boleh beli tomyam lima" soalnya aneh.

"itulah bezanya kampung dan bandar sayang. kena pandai handle kewangan. tak apa, sayang order je saya ada duit" Farah cuma mengangguk. terteguk liur tak tahu tak pilih yang mana. harga semua cecah rm20 ke atas. last last, cuma nasi goreng kampung berharga rm 10 itu yang dipilih. paling murah.

sesuai membeli dan makan, mereka mengambil angin pula di persisiran pantai. dapatlah juga Farah merasai angin pantai Langkawi itu. yang menjadi tumpuan serata dunia.
********

Malam
Suasana malam itu sepi. Dia yang duduk di koridor luar kondo itu sejuk. Angin sepoi sepoi meniup rambut paras bahu itu. Dari jauh, dia dapat melihat keindahan pulau Langkawi itu dari kondo hotel mereka. Cantik. Ada juga persembahan api di tepi pantai. Meriah belaka.

Matanya dipejam. Merasai angin menampar wajah yang cantik itu.

"Hey" dia menoleh. Farhan menghampirinya dan duduk pada kerusi yang disediakan. Farah juga turut melakukan perkara yang sama. Memandang bintang dan bulan terang.

"Tak sejuk?" Soalnya lembut. Farah menggeleng.

"Tak, awak sejuk awak masuklah dulu"

"No, saya nak teman awak" katanya tegas.

"Apa?" Soalnya tak mengerti melihat Farhan menepuk nepuk pehanya yang sudah di betulkan.

"Baring" arahnya perlahan lahan melentokkan kepala Farah. Farah mengulum senyum menahan malu. Rambutnya diusap lembut.

"Mama.. ada telefon awak?" Soal farah memecahkan hening.

"Saya tak nak lah kisah pasal dia. dia tu, bukan keluarga kita. Saya sendiri tak tahu apa motifnya" garau suara itu menjawab.

"Tak boleh macam tu. Sekarang, awak macam ni pun atas ehsan dia kan? Balas lah budi dia" pujuk farah lembut hingga mencairkan ego lelaki itu.

"Ok. Kita pergi. Tapi sekejap je, saya tak nak dia apa apakan sayang"

"Ish tak lah. Janji ya?" Jari kelingkingnya dihulur. Lambat lambat farhan mengikat janji itu meski hatinya sendiri kurang yakin.

***

"Awak!!" Jerit Farah memanggil si suami.jam sudah menginjak angka 7. Tapi bayang masih tak terlihat. Ah, tadi dia cuma ingin tidur 30 minit dek letih berjalan. Tapi terlajak 4 jam! Semua gara gara mual menaiki bot. Farhan pula idea lah! Beria ia mengajak dia untuk bersiar siar di laut dengan bot yang disewa. Sudahlah dia mabuk laut. Mujur tak muntah! .

dia yang masih berblouse dan tudung masih dikepala itu pergi pula ke dapur dan sticker note yang ditampal pada petiais itu dicabut.

Abang dah sangkut baju sayang dalam drowwer bilik. Kasut dan semua barang tu, sayang kena pakai malam ni. Pukul 8 sayang turun, naik grab yang abang tempah- i love you

Farah tersenyum membaca isi didalam itu. Barang? Barang apa? Soalnya tertanya. Pantas saja dia ke bilik Air dan membersihkan diri. Kemudian dia menunaikan solat magrib sebelum bersiap siap menyarungkan dress hitam berlabuci di hujung baju. Tudung selendang hitam dililit diatas kepala. cantik! mungkin farhan membeli sewaktu dia 'berehat' kot. tak menunggu lama, Wajahnya cuma dioles sedikit foundation, eyeshadow sedikit dan lipstik nude dioles ke bibir nipis itu.

Tepat pukul 8, dia sudah bersiap. Dia berdiri di depan lobi itu sambil meninggai grab yang dipesan. Kurang lima minit, sebuah kereta mewah alphad berhenti didepannya.

"Puan farah alisa?" Soal pemandu itu.

"Ya, tapi suami saya pesan grab je"ujarnya.

"Ouh, silakan masuk puan" arah si pemandu membuka pintu bahagian belakang. Mahu tak mahu, farah menurut.

Kereta mewah itu berhenti di satu restaurant. Tapi tidak ada satu orang pula disitu. Sunyi, sepi dan kedengaran ombak saja.

"Silakan masuk" ucap seorang gadis di pintu gerbang yang diperbuat dari buluh dihiasi lampu .

Dia blur, seakan dipukau menurut saja jalan yang diperbuat dari lilin itu berlapikkan kain merah.
Hinggalah dia sampai ke satu meja. Mulut ya terbungkam.

"Happy birthday sayang"

"Awak!!" Jeritnya terkejut. Farhan yang berdiri didepannya itu tersenyum. Gembira melihat reaksi farah begitu. Lantas saja dia menghampiri si isteri lalu dihulur sejambak bunga ros.

"This is for you"

"Awak.." entah kenapa, matanya berair. Sebak.

"Hey, kenapa nangis?" Soal farhan mengusap pipi gebu itu.

"This is too much. Saya tak layak untuk ni semua"

"No, awak terlalu layak. Kan kita dah janji? Tempuhi dan lalui bersama" suara romantik itu sedikit melegakan hati Farah. Senyuman kian mekar kembali.

"Penat tahu saya buat ni? Nanti saya minta tebusan" mata lelaki itu mengernit membuatkan pipi Farah merah.

Bibirnya dilap menggunakan tisu sesuai menghabiskan makan. Banyak, sudah pasti beratnya naik.

"Hey, you want to know something?" Kening lebat itu terjongket sebelah.

"I love you" ucapnya syahdu ditambah dengan viola yang bermain perlahan.

Farah mengukir senyum nipis.

"I love you more abang" .

"Ha?" Soal Farhan tak pasti apa yang didengar

"I love you too"

"Tak tak, yang last tadi tu.. sayang cakap apa?" Usik Farhan dengan gaya telinga ke Farah sekali.

"Too?"

"Bukan... Farhan dengar sayang sebut..abang?" Tebak Farhan teruja. Farah mengulum senyum. Sumpah lah dia tak tahu hendak menyorok di mana.

"Abang?"

"Ha abang! Yeah hoo!" Terkinja Farhan melompat melulu memeluk Farah. Terjegil mata dibuatnya. Sudahlah ada pemain violin depan mereka!

"Can you call me again?" Pintanya masih tak lepas memeluk belakang tubuh itu.

"Nope, malu lah Farhan" luahnya. Merah pipi sudah seperti tomato dek menahan malu.

"Ok ok, now jom balik" ajaknya masih tak lekang senyum di pipi.

"Awal nya. Farah tak habis makan lagi" katanya melindungi rasa gemuruh .

"Ah it's ok. Habiskan makan dulu"

Farah telan liur. Hilang ayunya kini apabila melihat wajah itu. Bukan bermaksud dia tidak merela, tapi untuk kali pertama, dia takut!

******************

tak tahu ada lagi ke tak orang baca novel kite. ni saja publish sebab dah berhabuk dalam draf. HAHAHA. maaf ya. mungkin ni chapter last atas sebab tertentu. enjoy your reading. bye!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience