PUAN Ana duduk termenung diatas tangga di waktu hening senja yang bakal melabuhkan tirai, dia termenung memikirkan cara untuk membayar hutang Leha,rakannya. andai dia tidak membayarnya pasti dia tidak dibenarkan untuk menjual nasi lemak lagi. ah! serabut!
syarat yang diperkatakan Leha juga terngiang ngiang di benak telinganya.
'apa patut aku biarkan? lagi pula, keluarga Leha orang yang baik baik belaka. malah amat dikenali hingga ke kampung sebelah' fikirnya sendiri.
'mak....kenapa duduk lagi dekat luar tu? sejuk nanti, jom masuk" ujar Farah dari muka pintu.
"kau tak payah nak menyibuk hal aku lah! ni aku nak kau solat dekat rumah je. tak payah sibuk sibuk mengikut aku ke masjid" pesan puan Ana kemudian terus masuk ke dalam rumah. Farah tersenyum sendirian. sampai beginikah nasibnya?
"angah tak kisah mak....lagi pun angah cuti, nanti malam angah masakkan ya? kak atia pun mungkin lepas isya' baru balik" ujar Farah seraya menutup pintu dan tingkap.
"lantak kau lah....nanti lepas kakak kau dah balik dari pekan jangan pergi mengadu aku halang kau ke masjid pula, kalau tak...tau la nasib kau!" ugut puan Ana langsung menunjal dahi Farah.
"o okay"
"Kringgg!!" telefon rumah itu menjerit pinta diangkat. Farah yang tika itu sedang menggaul gulai terkocoh kocoh mendapatkan panggilan.
"Assalamualaikum....?"
"waalaikumussalam, adik, kau ada benda yang kau tak jujur dengan akal kan?" soal atia. jelas kedengaran takut dan gelisah.
"hah? apa maksud kak atia?" soal Farah bingung.
"pasal Amirul Farhan.,..." ujar atia seraya memandang sosok tubuh seseorang yang amat dia kenalinya.
Glupp! liurnya ditelan kasar. perit sebaik dengar sebaris nama itu. bagaimana kak atia boleh tahu?
******
Atia membelek belek beberapa beg kertas yang dibelinya barusan. Danish pula dipegangnya menggunakan sebelah lagi tangan.
memandangkan esok dia bakal ke Sweden semula, jadi segala kerja di sini harus dia lunas kan secepat mungkin. oleh itu dia harus ke Kuala Lumpur untuk menggantikan suami nya mengenai beberapa mesyuarat yang wajib dihadiri oleh pihaknya. tak sia sia dia pulang ke Malaysia.
selesai membeli barangan, mereka menuju pula ke restaurant berdekatan untuk mengisi perut. jam menunjukkan pukul 6.45 petang. jadi dia masih ada masa sebelum ke surau untuk solat magrib.
"Danish nak makan apa?" soal atia sambil membelek belek menu card yang mempunyai berpuluh menu hidangan. dari nasi lemak hinggalah ke western Europe.
"nak spaghetti aglio!" ujar kanak kanak itu riang. teruja kerana dapat menjamah makanan setelah hampir seharian mengikuti ibunya.
"boleh..kejap ya?" tangannya diangkat tinggi sebelum memanggil pelayan. kurang lima saat, muncul seorang pelayan.
sesuai meng-oder, atia membuka beg silangnya untuk mengambil telefon bimbitnya hingga tak sedar kunci keretanya juga turut terjatuh.
"cik? your key" ujar seorang jejaka yang segak mengenakan vest biru kehitaman beserta kemeja biru laut.
"oh! thanks.,..i tak perasan terjatuh pula" pohon atia. wajah si jejaka diamati dalam.
"most welcome...btw my name is Farhan, Amirul Farhan" Farhan memperkenalkan dirinya.
"hah?!" terkejut bukan kepalang hingga tak sedar tangannya mengetuk meja.
"Er...sorry?" ujar Farhan bingung dengan kelakuan wanita di depannya.
atia yang sedar tindakannya itu terus bangun mengambil beg tangannya. Danish juga ditariknya. dia takut,cuak Plus terkejut! bukankah Farhan atau yang dia sapakan Paan itu mati dalam kebakaran. ya! itu lah yang terjadi sampai Farah bertindak mencari orang yang baginya sudah mati itu.
telefon bimbitnya diambil lalu nombor Farah didail.
---------
sorry pendek :) oh ya, tentang acc yg Mrs ada bagitau tu....Mrs minta maaf tau sebab mengelirukan korang. it's okay now korang x pyh follow sebab acc ni dh boleh bkk semula.password dah ingat <3
Share this novel