Gadis itu memeluk lututnya di balik kain tebal itu. bagai baru mandi peluh nya lecun dibadan dek peluh yang merenek. sekekali, dia menyelak kain tebal itu mengintai sambil bibirnya tak henti menggigil hebat sedari tadi. sudah dua hari dia disini berselimutkan toto.
cemas, itu yang dia rasa kan. bimbang dirinya diketahui.
"betina!!" jeritan seseorang dari luar mengejutkannya. dari yang sedia ketakutan, bertambah rasa takutnya.
'BAM!! - tak henti henti pintu plastik itu diketuk kuat namun orangnya tidak muncul keluar. imran berdecit geram. perutnya yang masih punyai kesan luka itu menambahkan rasa geramnya.
ergh! sial kau Amirah!' decitnya geram.
"eh bodoh sial betina! kau tunggu, esok aku tahu aku nak kau keluar! sial nak buat tu pun tak boleh!" herdik imran kuat. beberapa orang yang lalu lalang disitu hanya memandangnya saja. tidak langsung berasa pelik dek sudah terbiasa
"hai..... imran" tegur seseorang dari sebelah rumah kecil itu.
"you buat apa lah panggil dia? i ada... nak i teman?" tawarnya lembut menyuara namun terasa.geli pada Imran.
"bodoh! eh maknyah, kau cakap sikit dengan kawan kau tu. aku nak dia! kalau dia menyorok macam tu esok, tunggu menyala api rumah ni esok" ugut imran bengang sementara si shasha atau nama sebenarnya shamdul mengangguk gedik.
"you nak ke? kalau you nak i boleh je kasi" tawarnya lagi. masih berusaha walau sedar dia tak akan dapat. ..
Imran menjeling jijik dan terus beredar dari situ dengan wajah bengisnya. bengis tak dapat mangsa.
Mendengar tengkingan dari luar itu, perlahan Lahan dia bangun dan keluar dari bilik itu. peluh dibadannya langsung tak dihirau. langsir lusuh yang menutupi tingkap itu diselak menampakkan bayangan Imran yang sudah pun berlalu pergi. apabila sudah yakin bayang lelaki itu tiada, barunya dia membuka sedikit tingkap kecil itu.
"dia dah pergi?" soal Amirah yang hanya menyoal dari tingkap kecil itu saja.
"dah..." jawab shamdul pendek. plastik barangan dapur basah yang dibeli tadi diambil dan dihulurkan pada Amirah. jelas sembab mata gadis itu. bibirnya pula pucat lesi saja.
"nah, aku belanja kau barang dapur. esok dia nak jumpa kau" pesannya senada.
"tak nak! a.. aku tak nak jumpa dia" tolaknya tegas.
"eh mirah, sampai bila kau nak macam ni hah? aku dah jemu nak tengok drama korang tahu tak? dia tu suami kau kot... teringin sangat tu rah. kau bagi jelah" kata shamdul selamba saja.
"tak apa, aku minta maaf sebab ganggu kau Sha.. aku janji aku akan keluar dari sini. tapi tolong please bagi aku masa? urm... tiga hari je. ok?" pujuk amirah terdesak. tak tahu mana lagi dia hendak lari pergi. keluarganya? ah dia tak mahu ke sana. nanti pasti akan lebih teruk dia menerima hukuman dek lari dari majlis hari tu.
bukan Kerna tak mahu hadir. tapi sumpah dia sudah siap! namun kerana sedar dia itu telah bersuami, jadi dia batalkan saja. tak mahu Imran menyeksanya lebih lagi
serabut!!! dia semak dengan keadaan nya sekarang. menyesal kerana terima lamaran Imran dahulu dan kahwin senyap senyap. punyalah dulu dia percaya yang Imran anak orang kaya.. sekarang, hanya rumah mak ayam mencari rezeki inilah rumahnya. itupun kerana belas kasihan shamdul.
"ok.. aku buat ni sebab kau kawan aku tau rah. aku kesian tengok kau. nak tolong pun, bukannya anak Dato' aku ni..." luah shamdul. amat kasihan dengan nasib rakannya itu.
Amirah mengangguk dan mengeluh berat. apalah nasibnya? sudah seminggu dia duduk disini. sewa rumah juga langsung tidak dibayar. api air? tak pernah diguna. makanan juga shamdul yang sediakan. malah kalau hendak membuang hajat juga dirumah shamdul.
Jauh disudut hati, dia cemburu. ya, dia mengakui dia telahpun menyukai Farhan. dalam diam, dia ikhlas menyayangi lelaki itu meski dia hanyalah penambah dalam lakonan puan Sri Nazifah.
Sejak pertama kali, dia berlakon sememangnya amat leceh dengan perangai blur Farhan. namun, bila lama kelamaan, dia dicuit rasa suka. suka dengan perangai lelaki itu. sedikit beku tapi kadang kadang banyak bercakap. fokus dan seorang yang menyayangi. kadang dia kasihan... mahu saja dia beritahu Farhan dari awal lagi dia ditipu hidup-hidup. Tapi, apa yang dia dapat?
lelaki itu....benar benar disukainya. tapi... dia telah terjerat dengan Imran! lelaki pembawa sial yang tak pernah membahagiakan nya.
Dan.... inilah nasib Nurin amirah. Tersepit diantara cinta yang mulai berputik dan penjara yang dia sendiri masuk secara rela!
***********
FARAH melorek senyum bahagia menikmati permandangan indah pantai itu. suasana segar indah pagi itu menambahkan rasa terujanya.
Masyaallah.... begitu cantik ciptaan Allah ini. haruman wangi semulajadi tanah itu sungguh nyaman dihirup.
"eh" dia sedikit tersentak apabila tiba tiba pinggangnya dipeluk erat namun namun kembali dia menguntum senyum dan membiarkan pinggangnya dipeluk .
"cantik tak?"
"cantik sangat! terlalu cantik. pandai Farhan pilihkan tempat." pujinya ikhlas.
"hehe... mestilah! awak lupa ke? kan awak pernah cakap ni tempat awak nak honeymoon?"
"yeke?" soal Farah tak yakin. 'aku pernah cakap?'
"yup! hm awak lupa eh?"
"tak... cuma tak berapa ingat" jawab Farah jujur. memang tak ingat pun kan?
Farhan melorek senyum manis sebelum ...
"Farhan! turunkan!!" jerit Farah lantang apabila si suami mendukungnya. laju pula Farhan menghempap Farah ke atas katil hingga sakit belakang dibuatnya.
"Farhan!!!"
"Hish! geram tau tak? kenapa sengaja menguji ni ha??" soal Farhan geram. mana tidaknya, Farah sengaja memakai kain batik dan singlet saja! pelik pula tu fesyennya. sampai ke sini boleh dibawa kain batik!
mendengar itu, Farah meletuskan tawa kecil .
adoi!!! ingat apalah tadi.
"sorry, saya tak ada baju nak pakai"
"haa???" serta merta senyuman Farhan mati.
"tak ada baju?" soalnya lagi.
"bukan.... maksud saya, baju yang cantik cantik je saya bawa. mana nak ada baju lusuh lusuh tu. pelik la nanti orang tengok. awak pun mesti tak suka saya pakai baju buruk buruk depan awak kan?" jelas Farah berharap Farhan faham.
mendengar itu, laju dia menuju ke almari dan sehelai t shirt disarungkan ke tubuh.
"awak nak ke mana?" tanya Farah pelik. tadi elok je berkain pelekat bagai.
"jom!" ajak Farhan bersemangat!
"er.. nak ke mana?" tanyanya lagi. ragu ragu.
"shopping!"
IG- mrsnovel2
Share this novel