BAB 2 BAKC- kisah sekerat jalan

Romance Series 6622

BAKC- kisah sekerat jalan

"how office han? "

"don't worry about office kak. just focus on your problems okay? han handle semuanya" jawab farhan sambil mata tak lepas dari memandang farah yang menyiapkan adlina untuk ke hospital itu.

farah pula hanya diam menyiapkan farah untuk check up. tak berniat mahu campur urusan beradik. tambahan pula dia tak mahu bangkitkan hal semalam.

"dah siap kak" ucap farah lembut. adlina tersenyum lembut. farah hanya membiarkan farhan mengangkat adlina hingga ke kereta. farah hanya ikut dari belakang. pagi ini mereka perlu ke hospital untuk check up bulanan tentang kaki adlina.

"awak? tak ikut ke? " soal farhan pada farah mematikan lamunan pendeknya.

"er... kena ikut jugak ke? saya tak siap apa pun" jawabnya polos. farhan tersenyum nipis.

"kalau awak tak nak ikut pun tak apa. saya faham. tapi kalau boleh saya nak awak tahu serba serbi tentang kak adlina"

"erm.. baiklah tuan. kejap saya siap. tuan farhan tunggu lima minit tau" laju kaki melangkah menaiki tangga. tudung sarung hitam tadi ditukar pada tudung plated dan dililit ringkas kemudian sedikit pelembab bibir dioleskan untuk menaikan seri. beg silangnya juga diambil sebelum turun semula ke bawah. kasut selipar disarungkan sebelum meloloskan diri ke tempat duduk belakang.
.

"eh? puan adlina kenapa tak duduk depan? " soal farah pelik.

"kak adlina nak duduk belakang. awak duduk la depan..kesian saya tau" farhan cuba memujuk. baru saja farah ingin menurut, pintu itu dibuka oleh seseorang.

"mirah? kenapa ni? " soal farhan jelas terkejut. wajah farah dipandang sekilas.

"you... boleh you tanya kenapa? i nak ikut you la... takkan la i nak biarkan kekasih hati i ni keluar tanpa i. mesti you bosan kan? " manja amirah bersuara.

"oh... acc boleh je you nak ikut. i ingatkan apalah tadi. kalau macam tu jom lah" tak bentah berlamaan, enjen kereta dihidupkan dan terus kenderaan beroda empat itu melucut ke hospital.

Farah membuka pintu kereta kemudian pintu bonet dibuka dan membawa keluar kerusi roda sebelum membuka pintu belah adlina.

"kak.. "

"eh tak apalah. yang ni biar saya yang buat ya? " farhan cuba menawar.

"tak pe... saya dah biasa buat" tubuh adlina dipeluk sebelum mengangkat adlina untuk duduk dikerusi roda. farhan hanya memerhati kesian manakala amirah pula mencebik tak suka bila farhan berbuat sedemikian.

baru saja farhan mahu menolak farah terlebih dahulu mengambil tempat pemegang dan menolak adlina masuk ke dalam.

amirah pula cepat cepat memeluk erat tangan kanan farhan.

farah berdecit tak suka. aipp... bukan sebab suka erk! sebab haremmm

selesai meletakkan kad pesakit farah kembali duduk di sebelah adlina sementara menunggu giliran mereka.

"puan adlina sebelum ni datang dengan siapa?" soal farah memecahkan kesunyian.

"dengan han. tapi pahal entah betina tu menyebok pula" decit adlina tak suka. memang dari dulu dia tak suka dengan yang namanya amirah itu. tapu entah kejadang ubat sihir apa yang disapu sampai adiknya begitu sayangkan amirah.

"mungkin dia nak teman tuan farhan kot...." farah cuba tidak untuk tidak buruk sangka. adlina menjeling benci akan amirah.

farhan yang duduk di hadapan mereka itu hanya mendengar saja. Dia tahu kak adlina seorang yang baik.

"puan adlina sofea binti dato muhammad? sila masuk " arah doktor itu.

"takpe... biar aku pergi sendiri. kau duduk je sini" adlina menolak pelawaan farah. farah mengangguk faham. selepas memastikan adlina sudah masuk ke bilik rawatan, farah berniat mahu keluar hospital. farhan yang sedar akan itu hanya ikut dari belakang. ini lah peluang untuk dia jelaskan segalanya.

"farah alisa... " farah menoleh ke arah farhan dengan wajah polos.

"kenapa tuan?"

"tsk! farah. please saya mohon. sampai bila awak nak tipu saya? tipu perasaan sendiri haa? " farah yang mendengar itu sedar pasti farhan membangkitkan hal tiga tahun lepas.

"tipu apa tuan? "

"tolong.... jangan panggil saya tuan? just call me farhan. saya lebih selesa macam tu" arah farhan.

"okay, look. awak nak apa farhan? saya rasa kita tak ada apa apa sejak tiga tahun lepas" air mata yang mula datang mula bertakung.

"apa maksud awak? awak tu tunang saya! "

"tunang? apa hak awak nak cakap tentang status?!....awak lupa apa janji awak? takkan ada orang ketiga kalau kita tak buka ruang! "

TIGA TAHUN LEPAS....

majlis disekitar perumahan kayu itu meriah dengan beberapa sanak saudara yang turut hadir. Farah alisa tersipu malu diatas sebuah pelamin kecil itu sungguh ayu dengan pakaian berona putih susu itu. anggun.

puan halimah bangun selepas memberikan beberapa pantun kiasan. hari ini, dia akan menjadi tunangan orang. seseorang yang dia cinta separuh mati. seseorang yang berjaya menambat hati Farah alisa yang keras itu. cincin emas bebentuk berlian itu disarungkan ke jari manisnya. serentak dengan itu, beberapa ucapan syukur dan tahniah kedengaran.

"alhamdulillah.... anak ibu.. " puan ana memeluk anaknya. ada beberapa butir mutiara gugur. farah juga begitu, tak sangka diri ini sudah bergelar tunangan orang.

selesai berendam air mata, beberapa foto juga diambil sebagai kenangan. farhan yang hadir tika itu tak lepas dari memandang farah. cantik yang tiada batas!

"thank you farah sebab sudi terima abang. abang tak sure kalau kalau farah betul betul jodoh abang. ingat tau....orang ketiga tak akan muncul kalau kita sendiri yang tak buka ruang".ucap farhan lembut menyentuh sanubari farah. dia yakin kalau benar amirul farhan ialah jodohnya maka dia terima.

tinggal beberapa hari saja lagi, seorang farah alisa bakal menjadi isteri kepada amirul farhan. baju pengantin juga sudah ditempah. majlis juga akan berlangsung dua hari lagi. farah yang tika itu sedang duduk dipanking tersenyum bahagia. benar tak pernah walau bila pun dia bermimpi yang dia akan dicintai oleh seseorang. malah itu adalah cinta pertamanya sejak zaman sekolah lagi.

"amboi.... kak? lebar erk senyum kau tu. dah sampai mana dah? " soal faizul hakimi mengusik.

"jinjang pelamin"

"auch! adikk! " jerit farah bila jari ketam adiknya laju mengetip lengan nya.

"gatal kau eh? aku bagitau mak karang baru tahu. eh kak"

"apa dia?"

"andai kata tiba tiba abang paan kesayangan kau tu cancel last minit, apa kau rasa? " sudah macam pembaca berita pula gaya si hakimi.

"hmmmm.... entah la dik. tak boleh nak bayang sebab ye lah! abang paan tu kan selalu ada je dekat dengan akak. nak pergi mana pun dia selalu bagitahu. tapi andaikats benda tu betul betul jadi, mungkin akak lagi pergi siam kot. kahwin dengan pakman jambu je lah" mengekek farah ketawa bila terbayangkan apa yang dia cakap. hakimi mencebik meluat. kakaknya itu kuat berangan. jujur dia percayakan abang paan. sudah lama dia melihat mereka sering kemana mana bersama jadi tak salah kalau mereka sudah berniat untuk kahwin.

Malam itu, farhan baring dikatil kayunya sambil membayangkan bagaimana hidupnya selepas bernikah dengan farah alisa. seseorang yang amat dia cinta sepenuh hati dari lima tahun dulu. Farhan sendiri sudah bincang dengan puan ana untuk membawa farah tinggal bersamanya dikuala lumpur. puan ana sendiri telah memberi izin.

"adila! tolong ibu tutupkan lampu dapur sekejap! " arah puan halima pada anak bongsunya. adila menurut lalu terus kedapur untuk menutup lampu.

"makk!!!!! " jerit adila kuat beserta tangisan itu membuatkan puan halimah kalut ke dapur. hampir luruh jantungnya bila sebaris api menghalang laluan adila malah yang lebih menakutkan bila api yang tadi kecil bertukar semakin marak.

"ya allah alongg!! " cemas puan halimah memanggil anak sulongnya. farhan juga turut terkejut dengan apa yang terjadi. mungkin litar pintas menyebabkan kebakaran.

"mak, mak keluar dulu... biar along selamatkan adila. mak tolong panggil orang mak" arah farhan. puan halima kaget. tak tahu apa perlu dibuat. tak tunggu lama, puan halimah berlari keluar dari situ dan memanggil orang kampung yang baru pulang dari masjid. cik rizal yang baru pulang bersama farah itu menoleh ke puan halimah. laju farah mendapatkan puan halimah.

"ya allah! mak... kenapa ni? " soal farah risau bercampur panik bila tiads bayangan farhan dan bertambah pula bila dia ternampak asap besar dari dapur puan halimah. yang tadi mahu memujuk, dia pula yang mengalirkan air mata. orang orang kampung pula mula berkumpul membantu memadam api sementara menunggu bantuan. farah mengucap panjang. hanya satu yang dia pinta. farhan selamat. itu saja.

hampir setengah jam, api kian marak. kata orang kampung tiada jalan yang boleh di lalu lagi untuk masuk ke dalam sana. Farah tak fikir panjang, laju dia masuk ke dalam rumah yang separuh ranap itu.

"farhan!!!" jeritnya diikuti jujuran air mata.

"ya allah farhan...keluar lah....saya merayu dekat awak. awak janji nak nikahi saya... jangan mungkir please... " dada semakin sesak dek asap yang disedut. lama kelamaan dia pengsan disitu tetapi dia yakin dia ditolak seseorang sebelum dia menutup mata.

"farah.... jujur demi allah! farhan berani sumpah yang farhan tak pernah tinggal kan farah. farhan.... sebenarnya..."

"sayang.... ?" belum sempat dia berterus terang amirah datang memeluknya dari belakang. dan ya! bertambah lagi rasa sebal bila tiada penolakan dari farhan.

tak bentah berlamaan disitu, farah berlari ke tempat menunggu dan terlihat adlina menunggunya disitu. mata yang basah dilap dan adlina dihampirinya.

"dah siap check up?" soal farah. adlina mengangguk perlahan sebelum farah menolaknys ke parking lot.

"kau ni siapa sebenarnya?" Tiada angin tiada ribut adlina bertanya soalan yang mana jawapannya rahsia terbesar farah.

"kan saya pernah cakap dekat puan adlina? saya farah alisa." sengaja farah berbuat bodoh. tak lama kemudian, muncul farhan dan disisinya amirah yang berkeping memanjang.

"kau pergi mana?! lama aku tunggu sini! " marah adlina. amirah menjeling tak suka.

"sorry kak, tadi mirah nak beli buah jambu. er farah, sorry buat awak tunggu lama" wajah farah cuba dipandang namun laju farah menundukkan wajahnya.

"saya okay tuan" jawab farah lemah.

Suasana di dalam kereta itu sunyi ditemani corong radio. adlina tidur manakala amirah sibuk dengan telefon bimbitnya. hanya farah yang diam bagaikan batu. wajahnya dihalakan di luar tingkap. tiba tiba telefon bimbit farah menjerit pinta diangkat. wajah farhan dikerling sekilas sebelum menjawab panggilan itu.

"hello assalamualaikum? ni farah alisa ke? "

"Waalaikumussalam. iya ni saya. kenapa?" soal farah cemas. farhan yang tadi fokus memandu juga cuba untuk curi curi dengar.

"saya dari pihak pasaraya yang cik farah pernah mohon tu. boleh tak cik farah datang ke office kami esok untuk sedikit temu bual?"

"er.... saya minta maaf cik. tapi saya dah ada kerja. maaf ya" pinta farah lalu terus mematikan panggilan.

"siapa? " soal farhan tegas. matanya tajam mencucuk ke dalam mata farah melalui cermin.

"orang yang saya pernah minta kerja tuan farhan. tapi tuan jangan risau sebab saya dah tolak dah" terang farah. farhan menarik nafas lega.

"baby.... lepas kita hantar dorang ni balik, kita terus ke butik ya? "celah amirah.

farhan memandang farah sekilas sebelum memberikan jawapan.

"boleh je.... tapi nak buat apa? " soal farhan.

"for our weeding la... minggu depan kita nikah"

Pprangg!!!

ada yang pecah. tapi bukan kaca.. farah cuba tidak menghiraukan bualan mereka.

"i okay je sayang... tapi kan persediaan apa lagi tak buat.. nanti ya? i janji lepas habis je semua i sendiri akan lamar you" janji farhan. amirah sudah menyeriangi gembira. farah dipandang mengejek. sinis.

farah pula hanya tersenyum sendiri mendengar jawapan farhan. jujur, jauh dalam sudut hati, dia mahu farhan kekal menjadi miliknya namun tidak lagi sekarang esok dan selamanya lepas mendengar sendiri jawapan farhan.

jika ini yang terbaik, maka aku rela untuk lepaskan...

assalamualaikum. nite guysss!. korang geram dengan siapa? kalau sis sis geram dengan farhan n amirah. hehe! happy reading guys!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience