Farah menghayun hayunkan tangannya dan tangan danish. mereka saling berpegangan tangan sambil melewati sawah padi yang mula tumbuh menghijau.
"leha..... kau pernah tengok ke budak perempuan tu? " soal seorang wanita tua kepada rakannya.
"entah. aku tengok.... macam anak si ana tu, apa nama dia? farah? "ujar puan leha sambil mata tuanya dikecilkan memandang farah yang lalu dihadapannya bersama seorang budak lelaki.
"eh! takkan lah.... kan ana kata si farah tu mati dalam kebakaran" bidas puan kinah sambil menepuk bahu puan leha.
"ish! takpe biar aku cuba ya? angah!" jerit puan leha bergema dikawasan sekitar itu. kuat hingga menarik perhatian farah. farah yang ceria menikmati permandangan sawah padi itu menoleh pada sang suara hingga dia ternampak kelibat seorang wanita sebaya ibunya yang sedang melambai tangan.
"danish, kita pergi dekat makcik tu kejap boleh? " ujar farah. danish mengangguk faham sebelum mengikuti farah.
"ye makcik? " soal farah polos. puan leha dan kinah jelas terkejut.
"kau hidup lagi? bukan kau dah.... "
"ish... ni makcik nak tanya angah apa khabar? " sampuk puan kinah meski perasaan curiga mendatang.
"okay alhamdulillah sihat je makcik...oh ya lupa pula, danish.... greetings to this aunt, dear" arah farah. danish tersenyum sebelum menyalami tangan puan leha dan puan kinah.
"anak kamu ke ni? " terjah puan kinah.
"eh takde lah makcik.... ni anak kak atira. danish namanya" terang farah. kedua mereka menganggukkan kepala.
"tapi kenapa dia cakap omputih tu? memang tak diajar melayu ke? haa itulah orang melayu, lupa asal usul! " celah puan leha pula.
"erm.. danish ni hampir setahun tinggal dekat sweden sebab laki kak atria kan kerja dekat sana... jadi mungkin sebab dah terbiasa kot" ujar farah membidas kenyataan puan leha.
"ish itulah kamu haa leha. main cakap je... "
"er kalau tak ada apa apa lagi saya pergi dulu ya?" pamit farah. mereka mengangguk sebelum membenarkan farah dan danish pergi.
"makngah? who's the aunt? " soal danish polos.
"itu kawan nenek danish. yang pakai tudung hitam tu makcik leha.-"
"and that chubby aunt is makcik kinah!. am right?"
Erk! adoii.... danish, siapa ajar ni?
"aip! no no no... you can not say like that. why you say like that hmm? "
"because.... mum say chubby is gemok. its mean that aunt is gemok right? " soal danish sekali lagi. berdekah farah ketawa sambil mencubit manja pipi danish.
"hey, danish tak boleh cakap macam tu....its body shaming. what if i call you chubby too? do you angry? " lembut farah menegur. danish laju menggeleng.
"so macam tu juga lah aunt tadi. kalau danish cakap dekat dia depan depan mahu dia marah dekat danish tau!"
"sorry..... danish janji tak buat lagi... " kepalanya ditundukkan. malu mungkin.
"thats my nephew" ujar farah semangat.
"eh? alisa! " jerit seseorang yang berada diatas motor itu. motorsikalnya dihentikan dan dia turun.
"hang alisa kan? betoi dak? " soal lelaki lingkungan 30-an itu.
"er... zaidi? ohhh.... zaidi! hang pa qabaq?! " soal farah teruja sekali mengikuti loghat kedah zaidi yang sememangnya orang kedah itu.
"baik ja.... ni anak hang ka? comei nak mampuih weii" ujar zaidi. danish yang menyorok dibalakng farah itu dipandang.
"dak aih... ni anak kak atia... danish nama dia"
"ooooo.... danish, keluaq mai ni... nak takut pa dengan pakcik" ujar zaidi cuba memancing, namun hampa bila tiada satu balasan dari danish.
"danish.... came here, this uncle want to know you" ujar farah. tak sampai lima saat danish kedepan lalu menyalami tangan zaidi.
"comei gila bak ang!" pipi gebu danish sekali lagi dicubit geram hingga danish mula lemas, wajahnya juga bertukar sedih.
"wei wei! hang ingat anak buah aku ni patung cendana ka? kesian kat dia... " tangan zaidi ditepis.
"la.... bukan ka? hahahaah!" usik zaidi.
"malaih layan hang! lets go danish... " tangan danish ditariknya. zaidi lari anak mengejar farah. motornya ditinggalkan ditengah sawah padi itu. village is safe right?
"tunggu la sat... amboi lepaih balik kolumpoq tu tequih sombong naa.." ujar zaidi seakan berjauh hati.
"laa nak sombong buat apa? hang ni, buat kelepiaq dia lagu tu laaa..aku kute satgi jenuh laqi kot" usik farah pula.
"makngah, what are you just saying? i cannt understand la" keluh danish disamping farah. puas dia memikir tapi satu pun tidak difahaminya.
"makngah hang ni cakap utaqa... hang tau dak utaqa tu padia? " danish hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal tanda langsung tidak memahaminya.
"danish.... i am just talking with this uncle. uncle ni speak kedah. you know bahasa kedah? " soal farah mengajar. danish menggeleng perlahan.
"erm.....dia macam ni, kita kan satu malaysia? so ada banyak bahasa yang kita ada. setiap orang, lain cara bahasa dia. macam danish, you speak english right? this uncle is rude about english" terang farah sekali memerli zaidi.
"woi! hang cakap aku bodoh ka? " celah zaidi.
"erk! taklah! eh jom danish. kang mama marah" laju dia dan danish pergi dari situ meninggalkan zaidi yang terpinga pinga.
**/
"lama betul ye adik kau tu berjalan. entah entah merayap jumpa jantan" kata puan ana yang mengemas dapur itu.
"mak... kan angah bawa danish? lagi pun adik takkan buat macam tu lah. mak pun kenal angah kan? " tegur atia, tak suka bila ibunya asyik mencari salah farah.
"hm! ikut kau la... ni bila nak balik sana? "
"mungkin dua tiga hari lagi"
"hmm... tu adik kau tu pula? berapa lama dia menumpang sini?" sindir puan ana.
"mak.... dia anak mak juga.. boleh. tak jangan panggil dia macam tu?" tegur atia. letih dengan perangai ibunya itu.
"apa? betul apa aku cakap? dia tu menumpang je. dah! kau pun sama, menumpang juga" herdik puan ana dan terus keluar rumah. atia berselawat panjang. kenapa sampai begitu sekali?
"nenek!" ujar danish yang baru pulang bersama farah.
"eih? cucu nenek..... sakan berjalan? beli apa? "
"tak beli apa pun.... tadikan, danish teman makngah jumpa uncle zaidi... dia cakap bahasa kedah" cerita danish teruja.
"oh...... ya? lagi? dia buat apa lagi?" puan ana giat mengorek rahsia. farah di situ hanya melintasi puan ana dan masuk ke dalam.
"kak? ni barang yang akak nak" beg plastik berisi sayur itu beralih tangan.
"thank you... ni adik berapa lama lagi dekat sini?"atia memulakan kerja, barangan mentah dibawa ke singki untuk mencuci.
"erm.... adik minta cuti seminggu je... lagi pun adik baru je kerja haa, taknakla majikan adik tu fikir adik ambil kesempatan" ujar farah.
"eloklah macam tu... eh! dik, dekat rumah agam besar tukan... tak ada ke hero jejaka tampan? hm?" tebak atia. farah mengangkat wajahnya.
"hero? maksud kak atia? " soal farah kurang faham.
"alaa.... macam dalam drama? anak majikan jatuh cintan? tak ada? " terang atia sambil tangannya giat mencuci sayur. farah tertawa kecil mendengar itu.
"kenapa gelak? "
"tak ada la.... kak atia ingat ni novel ke? lambert lagi rasanya la adik nak rasa and alami situasi macam tu... kalau ada pun, adik tolak mentah mentah"
"lah! kenapa pulak? kaya kot! " soal atria lagi. farah menggelengkan kepalanya. sikap gila wang kak atia tak pernah hilang. mujurlah sudah berkurang...
"ntah, mungkin takut mak dia tak rela?" jawab farah.
"too much novel's! benda boleh bincang kot. kalau akak kan, memang akak sendiri yang mengorat tau! samalah macam abang taufiq kau. nasib lah dia pun suka dan sayang akak" cerita atia lagi.
"untungnya akak kan?"
"hmm.... untung macam tu la... rezekikan? kalau peristiwa dulu tak jadi, mesti adik dah kahwin dengan farhankan?"
farah terkesima mendengar itu.
"hmm.... tak ada jodoh. silap adik sebab terlalu kejarkan cinta yang tak pasti. tak pasal pasal makan diri sendiri kan? " ujar farah. kesal kerana dia pernah bertindak diluar fikiran.
"haih, adik.. setiap apa yang terjadi tu mesti ada hikmah dia. Kalau pun la benda tu tak jadi, adik rancanglah majlis secepat mana pun, dia tetap bukan milik adik. tapi, kalau benar dia jodoh yang tepat, dia hilang seribu tahun pun, nanti tetap dia akan muncul dan lamar adik" nasihat atia ikhlas. farah tersenyum. dia terharu.
"thanks kak atia. you're the best sister ever! "kata farah dan terus memeluk kakaknya itu.
.
pa qabaq guys? hahahaahha! nasib la erk yang tak faham bahasa utaqa tu! mrs malas nak terjemahkan dia. btw kute tu cubit tau! jangan pikir mende lain pulak! AND YOU GUYS PUN! THE BEST READERS EVER! ;P
Share this novel