FARAH memberikan sebaris senyuman pada pemandu teksi itu sebelum teksi itu berlalu meninggalkan kawasan perumahannya. rumah teres taman setinggal itulah tempatnya.ini. tak tunggu lama, farah bangun ke bilik kemudian membersihkan diri sebelum mendirikan solat zohor.
selesai solat, farah sudah berniat mahu keluar. blouse kuning dan skirt putih menjadi pilihannya dilengkapi dengan tudung bawal putih. wajahnya pula. dihiasi dengan sedikit bedak dan pemerah bibir sahaja. selesai menempah grab, farah membelek belek dirinya sambil tersenyum kunci pagar dibawa keluar dari beg sebelum membuka mangga itu. kemudian pintu pagar itu di buka sedikit dan menutupnya semula. pintu rumah dibuka dan farah meloloskan diri ke atas sofa bewarna biru laut itu. beberapa buah file yang diberikan oleh puan sri tadi diselak. berkali kali rasa syukur di ucapkan. tak sangka akhirnya allah makbulkan doanya selama puas. gembira tak terkata.
'PONN!'
farah mencapai beg silangnya sebelum mengunci pagar rumah dan meloloskan dirinya dalam grab.
seorang wanita riang berjalan di ruangan tiga city mall itu. beberapa buah barangan yang dibeli dibelek seketika sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam cafe. telefon bimbitnya diangkat untuk menghubungi seseorang.
tut... tut... "
"hello? you! bila you nak datang ni?" ujar amirah manja.
"sabar tak sayang.... kejap je. i dekat parking ni. lima minit i sampai" janji nya agar si kekasih tak lari.
"cepat sikit!" dengus amirah geram. Farhan mematikan telefonnya dan menyambung mencari parking. dia tersenyum lega apabila ada sebuah buah kereta yang mahu keluar. tak tunggu lama terus farhan menempah dahulu parking. selesai parking, farhan mengambil telefon dan dompetnya. tergesa gesa dia berjalan hingga tak sedar terlanggar seseorang.
"auch!"
"ya allah! cik, cik tak apa apa? er boleh bangun sendirikan? saya urgent. sorry... " tak bentah berlamaan terus farhan menyambung langkah tanpa menunggu sebarang respond dari si mangsa.
Farah yang mengaduh sakit itu cuba bangun. beg silang yang tadi jatuh juga diambil dan terus menghayun langkah ke dalam mall.
Selesai membeli barang apa yang patut farah berniat mahu ke cafe berdekatan untuk minum petang. cafe disebelah kedai kasut itu menjadi pilihannya. hot coffie late menjadi pilihannya.
"eh jap jap. tu bukan yang langgar aku tadi ke? haa yes yes!" wajah seorang lelaki bersama seorang wanita di lihat sedang bermesra. tak dapar di cam wajah si lelaki kerana dia memakai topi tapi dapat di cam kerana lelaki itu memakai baju kuning. eh sama pulak dengan aku?!
"eleh! beria jalan sampai langgar aku sebab nak jumpa girlfriend? huh! spoilkan mood aku tau tadi" bebel farah sendiri. tak sedar si dia memerhati juga farah.
farhan yang asyik mendengar cerita amirah tadi mula fokus pada seseorang di belakang amirah. rasanya itu lah wanita yang dia langgar sebentar tadi. ahh mungkin dia tak apa apa. sekadar langgar sikit je. tak ada patah riuk pun... kan?
alahai farhan. kau tahu mana tak ada patah riuk?
"u! dengar tak apa i nak cerita ni....?" dengus amirah manja mematikan lamunan farhan. farhan kembali fokus pada si kekasih dan cuba menghiraukan si gadis itu.
******
HARI ini lah harinya, hari dimana ia satu satunya jalan untuk dia teruskan hidup. dan hari dia mula bekerja sekali lagi sebagai jururawat...beg bagasi pink itu ditarik hingga ke depan pagar rumah itu sebelum menekan butang loceng itu.
"assalamualaikum..." panggilnya sekali. tak sampai beberapa minit, pagar itu bergerak memberi laluan untuk dia masuk.
"Waalaikumussalam..farah. jom?"ajak cik senah mesra. Farah di bawa ke bilik pembantu dahulu sebelum membawanya ke tingkat atas.
"farah...ni cik senah kenalkan ya? inilah anak puan sri yang kamu kena jaga, namanya adlina fatimah. kamu kena panggil dia puan adlina ya? dia ni tua dari kamu. dia tak boleh berjalan dengan baik akibat kemalangan jalan raya enam bulan lepas. puan sri arahkan kamu untuk jaga dia sampai dia sihat. oh ya tentang gaji kamu pula sebanyak rm10k kalau kamu kekal di sini sampai puan adlina sihat" terang cik senah. terangguk angguk farah dibuatnya.
"oh... faham faham. er.. puan adlina ni dah kahwin ea? "
"sudah... dia dah ada dua orang cahaya mata. suami dia bekerja sebagai tentera. tuan ghazli namanya. kalau farah nak tahu, adlina ni bekerja sebagai pereka fesyen terkenal. adlina's boutiqe? pernah dengar? " tambah cik senah lagi. berderau darah farah. adlina's boutiqe?! OMG! farah! kau bekerja dibawah dato' weii!
"farah..? okay tak?" soal cik senah mematikan lamunan farah. farah tersenyum janggal.
"er... okay okay. bila saya boleh start kerja?"
"sekarang? waktu kerja kamu bermula jam 6.00 pagi sampai 9.00 malam. tapi kalau adlina muntah atau apa apa kamu tetap kena uruskan dia" kata cik senah dibalas anggukan.
farah mengeluh seketika melepaskan lelah. baru beberapa jam dia bekerja di sini, pelbagai benda yang dia perlu lakukan. itu belum masuk hantar makanan lagi. sudah lah bilik puan adlina ditingkat tiga!
TOK TOK! TOK!! pintu diketuk meminta izin.
setelah mendengar sahutan dari dalam, farah membuka pintu dan membawa talam yang berisi sepinggan nasi goreng dan air kosong.
"assalamualaikum puan adlina? lunch time... " ujar farah lembut. adlina yang masih baring itu perlahan lahan bangun dibantu farah. .
"kau siapa? " soal adlina hairan namun suapan dari farah tetap dia terima.
"saya farah. farah alisa, pembantu rawatan puan adlina yang baru" farah perkenalkan dirinya sambil tangan masih giat menyuap adlina.
"kau sanggup jaga aku? "
"ini kerja saya puan adlina...lagi pun, saya sendiri dah berjanji untuk tak sia sia kan peluang yang ada" kata farah lembut. adlina mencebik.
"er... puan adlina dah lama ke tak boleh berjalan?" soal farah cuba beramah.
"lama. eksiden" jawab adlina pendek.
"erm... tadi cik senah kata puan dah kahwin dan ada dua orang anak? mana anak anak puan?" soal farah hairan. sunyi sangat rumah ni.
"diorang taska" terangguk angguk farah dibuatnya. lima belas minit menyuap, masing masing sunyi.
"kau dari mana? " soal adlina cuba bermesra pula. farah tersenyum senang.
"saya dari kl ni juga. tapi tempat asal saya dekat pahang la." kata farah tersenyum segaris.
"dah kahwin? "
"belum lagi puan adlina.. belum ada jodoh lagi" adlina mengangguk faham.
"tak pe lah itu je nak tanya kau. nanti kalau ada apa apa aku panggil. ni meh sini mangkuk tu.. aku makan sendiri" tak tunggu balasan dari farah terus saja pinggan ditangan farah itu di ambil.
Farah mengangguk faham. mungkin mahukan sedikit privasi. farah bangun lalu turun ke bawah.
"eh farah? macam mana dengan puan adlina?" soal cik senah.
"okay je. senang lah nak jaga puan adlina. tak susah pun." ujar farah tersenyum.
"kan? senang sangat. beruntung puan sri." puan cik senah.
"erm.... ada apa apa lagi farah nak kena buat ke? " soal farah mulai bosan. ialah, kalau di rumah memang satu rumah dia selalu kemas.
"tak ada apa lah. ni cik senah nak masak tengah hari. kamu duduk je la dalam bilik tu ye? nanti dah siap masak cik senah panggil"
"eh tak nak la macam tu.. kan saya ni pembantu rumah jugak. kalau tak ada kerja nak buat, biar saya tolong cik senah masak. boleh ke tak?! "
"oi haa haa boleh tak tak.. eh kamu ni! " latah cik senah mengundang tawa farah. mereka ke dapur dan memulakan aktiviti memasak sama sama hingga selesai. selepas itu, farah ke bilik untuk berehat sebentar dan turun semula ke luar rumah. ketika dia sedang memberikan ikan di kolam itu makan, sebuah kereta mewah muncul dihadapan pagar itu.
"siapa tu? " soalnya sendiri. pagar dibuka bila seorang wanita berskirt panjang paras lutut itu menjerit jerit pinta dibuka.
"assalamualaikum. siapa ya? " soal farah polos.
"eh hello?! you tak kenal i kerr? huh! i ni model terkenal di turky tau! eiuuu! kampung lah u ni.... syuh sana! " tercengang farah dibuatnya. bukak bukak pagar terus kena hina eh?
"eh eh jap! cik tak boleh masuk dalam sebab puan sri tak ada... tuan sri pun sama. atau.....cik ni kawan puan adlina ye? " tebak farah.
"eiu! you nak kata i berkawan dengan betina cacat tu? werk! tak kuasa! i amirah johnson! " angkuh amirah perkenalkan dirinya membuatkan farah rasa...gedik.
"ooooh so who you wanna to meet? " haaa... tu.... ingat kau sorang je pandai cakap omputih? heh!
"auch! reti english rupanya.... i want to meet my future husband. amirul farhan. wheres him? "
BUMM! bagai berpuluh batuan hinggap di bahu. berat. amirul farhan?
“sayang! apa you buat dekat sini?" soal farhan yang baru sampai itu menarik perhatian farah dan amirah. tak bentah lama, laju amirah menyendeng di sebelah farhan plus berpeluk lagi.
"i nak jumpa you la...mama cakap you nak ke sini. tapi bila i sampai, ada betina mana tah halang i masuk.... pity me tau. lama i tunggu. i dah cakap i bakal isteri you but she said i tak layak masuk rumah ni baby" rengek amirah menokok tambah menaikkan bahang diwajah farah. tak kisah lagi tentang lelaki dihadapanya, laju kaki melangkah masuk semula kedalam rumah meninggal kan mereka berdua di situ.
"baby! tengok tu! eii i nak you pecat dia! " arah amirah geram.
farhan terdiam sebaik saja melihat wajah gadis tadi. bukan kah itu gadis yang pernah dia langgar hari tu?
.
FARAH laju menutup pintu bilik yang dia duduki disebelah bilik puan adlina itu. keliru bagaimana farhan boleh berada dihadapan matanya sekarang.
"bukan farhan dah tak ada ke? kan.... dia mati dalam kebakaran? " tekanya sendiri. ya! sepatutnya farhan mati akibat kebakaran tiga tahun lalu di kampung halaman mereka.
"siapa puan sri dengan tuan sri? " tudung dikepala diramas. cuba memerah otak yang cetek.
"farah!!! " jerit puan sri mematikan lamunannya. laju dia turun ke bawah menghadap puan sri dan....farhan?
."kenapa puan sri? " air mata yang tumpah tadi dilap
.
"are you crying? " soal puan sri. farah menggelengkan kepala.
"good. duduk dulu" arah puan sri. farah hanya menurut. wajah farhan sama sekali tak dipandang.
"ni saya perkenalkan. anak bongsu saya. amirul farhan dan juga bakal menantu saya nurin amirah johnson. modeling terkenal di turky" gembira wajah puan sri perkenalkan farhan dan amirah padanya. perlahan farah mengangguk dan memandang farhan.
"nice to meet you tuan farhan" perit. itu saja yang mampu dia ucapkan. menelan seribu rasa. farhan masih beriak biasa.
"hmm..." dingin saja farhan membalasnya.
"nice to meet you cik amirah"
"nice to meet you too" ucap amirah berpura.
"okay lah. saya naik dulu ya? nak check puan adlina. apa apa panggil saya" laju dia cuba mengundur diri. anggukan puan sri seolah memberinya ruang.
laju sahaja kakinya melangkah naik ke atas bilik puan adlina. dia menangis semahu mahunya tapi dalam keadaan senyap. bimbang puan adlina sedar. setelah hampir lima minit berendam air mata, farah memulas tombol pintu untuk keluar. namun tiba tiba muncul farhan di hadapannya.
"eh er... cik farhan nak apa apa ke? " soal farah cuba berlagak biasa walau jelas sembab di bawah matanya.
"farah.... saya nak minta maaf" ujar farhan jelas kesal. ia...
"kenapa cik farhan nak kesal? kesal apa? oh yang cik pernah langgar saya tu ya? tak apa lah. saya okay je" ucapnya lagi menutup sejuta rasa.
"tak... saya nak minta maaf pasal... "
"farah.. air.... " panggil adlina.
"ye puan adlina. kejap kejap" kalut farah ke adlina. pandangan mata farhan tika ini dia hiraukan. tak guna dia menyalahlan farhan. air masak dituang dan perlahan lahan dia membantu adlina untuk bangun.
haii! happy reading guys.. tq support. love you guys..
Share this novel