BAB 4 BAKC-BALIK KAMPUNG HALAMAN

Romance Series 6622

Farah menundukkan wajahnya. Takut bercampur dengan malu. sedar pangkatnya hanya dibawah telapak kaki.

"cuba kau jelaskan dekat aku hubungan kau dengan farhan? farhan? "

"sa saya..... saya..."

"i don't know kak adlina, farah said i bekas kekasih dia" bohong farhan menambah rasa kesal dihati farah.

"betul? " soal adlina inginkan kepastian. dia sudah dengar segalanya tadi.

"betul puan... " jawab farah perlahan..

"kalau betul farhan bekas kekasih kau.... kenapa kau nak raih cinta dia balik? kau tak sedar dengan pangkat kau?" ucap adlina sinis. farah hanya mampu menundukkan wajah.

"tak.... saya ikhlas bekerja disini. tak ada niat pun untuk membolak balikkan apa apa hubungan puan dan tuan"

farhan yang duduk diatas katil itu hanya merenung farah.

"kau tahukan yang farhan ni anak kepada puan sri nafizah? apa motif kau? nak kikis harta yang dia ada? farah alisa, aku beri kau peluang kedua untuk bekerja disini. kalau kau buat lagi perangai tak semegah kau tu... aku potong gaji kau" ugut adlina. farah mengangguk faham. air matanya disembunyikan. hatinya sakit bila farhan langsung tak membantu apa apa. amirah yang ada juga tersenyum sinis. tak sangka segalanya berjalan lancar.

laju farah keluar dari bilik farhan. pintu biliknya ditutup dan dikunci. perlahan lahan dia jatuh terduduk. air mata yang tadi ditahan, kini gugur semua.

"kenapa awak kejam sangat farhan?... mana janji awak? kenapa awak berubah...? " hatinya luruh. cinta yang dulu dijanji kini hilang dibawa waktu. rasa selamat dan tenang kini berubah kepada rasa takut. takut akan sebuah perjanjian.

"awak tipu saya.." tangisnya lagi.

"farahh?? " pintu diketuk risau. cik senah membuka pintu menggunakan kunci pendua. terjonggol wajah sembab farah.

"ya allah.... kenapa ni nak? cik senah dengar semuanya tadi. kenapa boleh jadi macam tu? cuba cerita" pujuk cik senah cuba meredakan tangisan farah. apabila terasa lega, air matanya dilap.

"cik senah... saya nak berhenti kerja" kata farah tekad.

"kenapa ni sayang? " soal cik senah lagi. farah sudah dianggap seperti anaknya.

"saya nak jumpa mak saya dikampung. saya rindukan dia" kata farah lemah. tika ini hanya itu yang mampu dia fikir.

"kenapa sampai nak berhenti kerja? kamu ambil saja cuti. nanti cik senah cakap dengan puan sri ya? "

"tak apa ke? sayakan baru kerja? " soal farah.

"in sya allah puan sri benarkan ya? dah, jom? kita turun. tolong cik senah siapkan makanan tengah hari. ya? " pujuk cik senah. farah tersenyum dan mengangguk perlahan.

"terima kasih cik senah" tubuh tua itu dipeluk kuat melepaskan rindu.

Farah mengacau kuah kari ikan yang hampir masak itu sementara cik senah mengangkat ikan yang dibakar ke atas meja makan. setelah yakin kuah sudah masak, farah mematikan api dan menuangnya ke mangkuk sebelum menghidang diatas meja. kemudian, makanan untuk adlina juga disediakan diatas talam beserta secawan jus oren.

"puan... " farah menunduk hormat kepada puan sri. puan sri menarik kerusinya dan duduk disitu.

"saya hantar makanan dulu ya puan sri" pamit farah.

"ehh awak tak perlu hantar makanan untuk puan adlina hari ni, suami dia bawa keluar makan diluar hari ni. awak pergi hantar ke bilik farhan ya" jelas puan sri. farah hanya menurut diam.

"baik puan sri" jawab farah dan terus berlalu pergi.

seusai sampai di depan pintu bilik, farah mengetuk beberapa kali sebelum dia dibenarkan masuk. bayangan amirah dicari namun tiada.

"tuan farhan.... lunch time" ucap farah bersama segaris senyuman. talam yang berisi makanan dan air itu diletak dimeja.

"tuan makan dulu, nanti tuan makan ubat ni ya... saya dah beli tadi" kata bersahaja. perkara beberapa jam lepas cuba dilupakan walau perit.

"suap"

"maaf saya bukan cik amirah tuan... " kata amirah berfikir mungkin farhan sedang mamai.

"saya tak suruh mirah. saya suruh awak" arah farhan. farah menggaru kepala yang tak gatal.

'aku nak kena suap dia ke ni?'

"boleh ke tak?"

"bo boleh tuan.. " jawab farah perlahan. pinggan berisi nasi tadi diambil. nasi dikacau sebelum disuapkan ke mulut farhan.

"tolong kunci pintu jap" arah farhan. farah sudah kalut bercampur takut.

"jangan risau. saya tak buat apa apa" kata farhan meredakan farah. farah menurut dan mengunci pintu kemudian kembali duduk.

"tadi awak tanya saya kenapa saya macam ni kan? biar saya jawab" ujar farhan tenang.

"ia, saya masih kenal awak. saya masih ingat farah alisa saya. cuma.... its take time for one years. one thing that i really don't know is makcik halimah and adila. who's them?" terang farhan berserta soalan.

farah terharu. "ibu dan adik awak"

farhan terdiam seketika. cuba merangka soalan.

"farah. mesti awak tertanya apa jadi lepas kebakaran tu kan? jujur saya tak tahu apa jadi sebelumnya. lepas kebakaran tu... saya sedar saya dekat hospital. time tu saya loss everything. and then, mama.... she told me that she's my mum. saya percayakan itu. after a few week saya dekat hospital. baru saya tahu yang saya ni terlibat kebakaran. itu pun sebab ada dalam news tentang kejadian tu. cuma..... memang ada nama beberapa orang jugak. tapu saya fikir nama tu orang orang yang nak selamatkan saya. termasuk nama awak, farah alisa" sampai disitu, farah mengerutkan dahi.

'nama aku? '

"start dari situ.. saya mula fikir balik apa yang berlaku. sampailah saya ingat semula tentang awak. tapi saya diamkan sebab..... "

"sebab apa? " laju farah menyoal.

"sebab time tu saya dah ada nurin amirah" rapat farah memejamkan matanya. pedih.

"hati saya kuat nak keluar dan cari awak tapi keadaan waktu tu tak mengizinkan. mama suruh saya rehat. kalau awak kata saya tamak sebab tetap rapat dengan amirah, itu silap. kalau awak nak tahu ia memang saya sayangkan amirah. dua tahun dia cuba berikan semangat. mana mungkin saya akan hampakan ihsan yang tolong saya" sambung farhan. farah tunduk menyembunyikan air mata. terkejut. marah. kasihan. semua bercampur baur.

"okay. kiranya, hal kita dah selesai. saya terima dengan hati terbuka yang awak bukan jodoh yang ditakdirkan untuk saya. mungkin betul jodoh awak dengan cik amirah. cuma... kalau boleh, awak carilah semula makcik halimah dan adila. mesti dia orang tunggu awak. masih tak terlambat farhan" farah..... kau perlu kuat! terima yang farhan bukan milik kau!

"awak tak marah?"

"i don't know farhan. saya tak tahu nak berreaksi macam mana lepas apa yang jadi. cuma yang saya tahu dan awak sendiri tahu, kita dah tak ada apa apa. oh ya, tentang cincin pertunangan nanti saya akan bagi balik dekat awak. satu je permintaan saya, tolong jangan bagitahu siapa siapa? termasuk your mum. boleh" pinta farah. farhan mengangguk setuju.

"but can we be a friend after this? "

"boleh tak ada masalah selagi saya masih bekerja di sini" jawab farah. cuba memulakan nafas baru. farhan tersenyum tanda mengiyakan. kini, barulah dia boleh menarik nafas tenang tanpa masalah.

"awak makanlah. saya keluar dulu" pamit farah dan berlalu keluar dari situ.

"farah? dah selesai bagi farhan makan? " soal puan sri yang muncul disitu.

"sudah puan sri..."

"erm.. bagus" kata puan sri nafizah dan terus berlalu tapi dihalang farah.

"puan sri kejap, boleh saya nak tanya sikit dengan puan sri? " farah cuba memberanikan diri.

"apa dia? duduk lah dulu" arah puan sri. mereka duduk di kerusi yang ada disitu.

"saya tahu saya baru je sebulan kerja. tapi... boleh tak kalau saya nak mintak izin puan sri? saya nak balik kampung sekejap. saya rindukan ibu saya. saya janji seminggu je saya pergi sana" pinta farah bersungguh. lama puan sri menyepi sebelum kembali bersuara.

"boleh. tapi saya nak farhan ikut awak sekali. saya tak nak awak lari macam orang gaji sebelum ni" bagai batu dibahu ditambah tambah beratnya. dalam tak sedar farah mengangguk setuju. bawa farhan pulang bersama? mustahil! kerana semua orang kampung disana anggap farhan sudah lama meninggal dalam kebakaran. termasuk dirinya.

fuh... "boleh puan sri.. tak ada masalah" farah meyakinkan.

"esok. awak boleh gerak balik. ambil sekali gaji awak. saya dah bank in" farah mengangguk.

"ada apa apa lagi?"

"tak ada puan...." ujar farah gembira.

"bagus" kata puan sri nafizah sebelum ke biliknya.

"alhamdulillah.... " ujar farah gembira.

"eh? kejap. kan tuan farhan demam? macam mana aku bawak dia? " kata farah sendiri.

Seorang wanita tua sedang ralit menyapu daun kering dihadapan rumah. hari ini dia perlu mengemas untuk menyambut kepulangan anak sulungnya, atria fariesya atau lebih dikenali sebagai atia. nasi dan beberapa jenis lauk juga disiap masak.

"pON!" puan ana berhenti menyapu. seorang wanita tinggi lampai keluar dari kereta mewah serta.... seorang kanak kanak lelaki berusia lingkungan 5 tahun. kanak kanak itu bersorak riang dan terus menerpa puan ana.

"assalamualaikum cucu nenek.... " kata puan ana gembira. atia menerpa ibunya dan menunduk salam.

"mana suami kamu? " soal puan ana hairan.

"hairul sibuk mak. lagi pun ada projek baru, tu yang sibuk sangat" terang atia berharap ibunya faham. puan ana mengangguk.

"yelah. mak faham tu. jomlah mak ada masak lauk untuk kamu ni" ajak puan wati. mereka berdua naik ke rumah separuh kayu separuh batu itu.

"mak, farah tak pernah call? " soal atia sambil membantu puan ana menghidangkan lauk. puan wati menggeleng.

"sejak ke kuala lumpur tu tak ada pulak dia telefon. kakak ada call dia? " soal puan ana pula. atia menggeleng.

"mungkin dia tukar nombor fon kot. takpe nanti kakak mintak tolong anuar kampung tu mintak no farah ya" puan ana tidak balas. tiada apa yang dia rasa bila nama anak keduanya itu disebut sebut. kosong. biarlah anaknya mencari jalan yang terbaik. kalau benar niatnya untuk bekerja disana dan melupakan farhan dia tak pernah halang.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience