BAB 11 BAKC- TAWARAN

Romance Series 6622

Selesai menunaikan solat isya' farah turun ke bawah dan menuju ke dapur. bayangan cik Senah dicarinya.

"bahh!"

"oh mak kau abah!" latahnya kuat hingga mengundang tawa Farah.

"Ish, Farah! apa buat cik Senah macam ni? mujur lah cik Senah tak ada sakit jantung!" ujar cik Senah sebaik sedar dari latahnya.

"hehehe...sorry, btw mana semua? tengok sunyi sepi je rumah? takkan dah tidur kot?" soal Farah hairan melihat tiada siapa pun di ruang tamu.

"Dato' dengan isterinya pergi keluar makan. Farhan....tak tahu la pula cik senah" ujarnya sambil membasuh pinggan yang bersisa.

"oooo......kak adlina ada?" soal Farah lagi. maklumlah....dia sudah kerap menjengah ke bilik adlina sejak adlina kian membaik.

"ada, tapi mungkin esok lusa dia dah pulang rumah suaminya"

"oh yeke...?" jawab Farah sedikit terkilan. apa nanti dia akan dipecat?

"Farah....." tangan tua itu memegang lembut tangan Farah.

"cik Senah tahu yang...Farah takut kena buang kerja kan?" kata cik Senah. Farah tersenyum nipis dan mengangguk kecil.

"saya risau la cik Senah. yelah, saya dapat kerja pun atas ihsan cik Senah tau. kalau puan Sri halau saya, mana lagi saya nak pergi?" adu Farah.

"tak apa...kita cuba ikhtiar nanti ya?" pujuk cik Senah.

Farah mengangguk kecil. dia terharu dengan layanan.cik Senah. tak ubah seperti seorang ibu melayan anak. "thanks cik Senah" tubuh itu dipeluh rapat.

"tak ada apalah....." ujar cik Senah sebelum Farah melepaskan pelukan.

"oh ya, cik Senah. boleh Farah tahu something tak? erm....kenapa sebelum ni, Farah tak pernah nampak ye ?" soal farah.

"erm....sebenarnya, cik Senah pun dah lama sangat tak jumpa dengan Dato Sri Borhan tu, rasanya dah hampir dua tahun dia menetap di England atas urusan kerja apa benda tah" jawab cik Senah .

"ooo....lamanya dia tinggalkan Malaysia"

"kan....tak silap cik Senah, waktu tu Farhan baru je datang dalam keluarga ni" ujar cik Senah sekali gus mengundang rasa kurang enak pada Farah .

'baru datang?!'

"a apa maksud cik Senah?" soal Farah gagap.

"sebenarnya...-"

"sembang apa tu........?" celah Farhan yang muncul tiba tiba membatalkan niat cik Senah.

Farhan yang bersinglet hitam berseluar track suit itu laju menghayun langkah ke rak cawan sebelum menuju ke mesin air dan menekan punat 'on' itu. wajah nya kembali menatap cik Senah sambil menyilangkan kakinya.

"tak ada apalah....cik Senah naik dulu ya?" ujar cik Senah setelah siap menyusun pinggan yang dibasuh tadime rak. Farhan mengangguk sebelum cik Senah mengambil langkah ke biliknya.

maka....tinggal lah farah terkapai kalau sendirian.

"er....saya masuk dulu ya tuan? nak check puan adlina" ujar Farah memberi alasan.

"tak perlu lagi tengokkan kak adlina. dia dah boleh sihat" kata Farhan membantutkan langkah Farah.
tubuhnya dipusingkan menghadap Farhan.

"m maksud tuan? saya kena buang kerja??" soal Farah desak. dalam diam, hatinya mula cemas.

"maybe?" bagai disambar kilat dia mendengar ayat keramat itu.

"oh. tak apa lah kalau macam tu....mungkin dah tak ada rezeki saya lagi kan? tak apalah. saya masuk bilik dulu" pinta Farah seraya menghayun langkah membawa seribu kehampaan.

"maybe it's not in this home. but maybe at my condo?" ucapan Farhan itu membuatkan dia memberhentikan langkah dan terus menoleh .

"m maksud tuan?" soalnya bodoh.

"i'll get marry next week. so maybe you can be my maid?" ujarnya selamba. gelas kaca yang sudah kosong itu dibasuh sebelum menyusunnya kembali ke rak.

'BAMM!!' bagai dihempap batu besar. segala hilang terjadi begitu pantas. belum sempat dia menghadam satu perkara, ada perkara lagi yang menghempap.
dia termenung sejenak hingga Farhan menepuk kedua belah tangannya hingga menyentak lamunan Farah.

"are you okay??? it's look so shock" ujar Farhan .

"urmm..yeah, saya okay. and about...your suggestion tu saya akan fikirkan dulu. apa apa saya bagi tahu tuan?" kata Farah. dirinya dikuatkan untuk bertentang mata dengan lelaki itu walaupun....tak kuat.

air mata yang mula datang cuba ditahan sebaiknya.tak mahu Farhan mengesyaki apa apa.

"ok" jawab Farhan lalu terus meninggalkan Farah disitu. Farah memegang dinding dapur. kecewa! hanya itu yang dia rasa sekarang. kenapa?! kenapa Farhan mudah melupakannya dengan mudah?'

tak tahan menahan. sebak, akhirnya dia juga naik ke atas biliknya dan terus menghamburkan segala nya disitu.

'hidup aku, tak pernah ada sinar cahaya bahagia sejak tiga tahun dulu . segala nya gelap sejak peristiwa itu. apa aku juga patut menghilang seperti orang orang sebelum ini untuk menunggu mereka mencariku? itu pun....kalau ada'

*******

Busana pengantin mewah di butik terkemuka itu dibeleknya sebelum mengambil sehelai busana labuh berwarna putih. terdapat juga labuci yang sederhana besar di bahagian dada dan bawahnya mempunyai ropol ropol yang dihiasi dengan pertama bernilai jutaan ringgit.

dia membawanya dibilik salinan untuk menukarnya. kurang dua minit, dia keluar bersama kilauan permata dan gaun itu.

"you.....cantik tak baju ni?" soal Amirah pada Farhan yang sedang duduk disofa itu.

"cantik...... " pujinya selamba.

"tqqq! i love you sooo much" ujar Amirah gembira menerima pujian. senyuman juga tak lekang dari bibirnya.

"nanti kita pergi mall boleh tak sayang? i need a new dress" pinta Amirah.

"boleh.."

****

seorang lelaki tinggi lampai berjalan disekitar mall itu. mengenakan t short dan jeans berjenama, cukup memberitahu dia orang berada. tak lupa juga, kaca mata hitam yang disangkut pada batang hidung menambahkan lagi kekacakannya.

"adoi!" aduhnya bila dia terlanggar seorang wanita berblouse merah itu.

"ya Allah!" jerit Farah sambil mengutip kembali beberapa kuntuman bunga yang baru dibeli tadi kini terselerak di sekitar lantai mall itu. beberapa orang disitu juga saling memandang.

"buta ke?!" herdik Amran lalu menyepak kuntuman bunga itu.

"s sorry cik..saya tak perasan" wajahnya ditundukkan. bukan kerana takut. tapi lebih pada malu dengan keadaan sekeliling.

"mata! mata tu letak mana?!" herdik Amran menambah rasa malunya. dia kejap disitu, tak mampu membahas. sedar dirinya amatlah kerdil dimata manusia disitu.

"saya minta maaf cik..."rayunya.

"woi bro!" jerit seseorang dari arah tepi menambahkan hengit suasana. Farah pantas mengangkat wajahnya. bagai nak terkeluar matanya melihat Farhan datang meluru kepada mereka.

BUKK!! kuat tumbukan itu tepat mengena pipi si Amran hingga dia terdorong kebelakang.

"omg! babyy!!!!!" jerit amirah. dia yang tadi sibuk memilik baju disitu pantas keluar mendapatkan farhan. terkejut melihat siapa si mangsa. Amran!

"whats wrong with you bitch!" jerkahnya kuat.

"bro, lelaki kot? pahal dan perempuan pun nak gaduh? elok sikit perangai tu bro...." nasihat Farhan bernada megah.

"arghh!" marahnya sebelum pergi dari situ dengan rasa amarah.

"haih...." keluh farhan sambil mengutik kesemua kuntuman bunga itu.

"kau tak apa apa?" soal Farhan.

Farah mengangguk sebelum mengambil bunga ditangan Farhan.

"kenapa beli bunga banyak ii ni? you nak kahwin Kerr??" celah Amirah.

"t tak. puan Sri suruh saya beli. untuk... hiasan dulang kahwin" jujurnya.

"what? and now?! it's all was broke!"

"mirah! relax!... you balik dulu. i teman Farah cari bunga tu balik.."

"baby!!"

"eh tak apa! tuan balik saja dulu. saya boleh pergi cari balik" tolak Farah.

"nope! mirah... you balik dulu..!" tekan Farhan. perlahan namun tegas. Amirah menghentak kakinya. protes!

seusai Amirah pergi, mereka berdua berjalan ke kedai bunga itu semula.

suasana antara mereka sunyi. sepi. tiada sebarang perbualan selama lima belas minit di dalam kereta.

"tuan..." ujar Farah memulakan kata.

"s saya dah fikir pasal tawaran tuan" kata Farah menarik perhatian Farhan. kereta diberhentikan di tepi jalan sebelum memberikan fokus pada Farah.

"then?? whats you answer?"

"saya.... saya tolak tawaran tuan"

berubah serta merta wajah farhan. jelas terkejut.

"oh..it's okay la kalau macam tu, but Farah nak kerja dekat mana lepas ni?" soal farhan.

"itu tuan tak perlu risau la. saya maybe akan balik ke kampung. jaga ibu saya.." ujar Farah. padahal mahu lari dari masalah!

"er...Farah, dulu Farah pernah bagitahu saya pasal halimah and Adila kan?" wajahnya bertukar serius dan ingin tahu. terdesak!

"urmm...Yes. k kenapa?" soalnya bingung.

"can you bring me to them?"

"tuan....kan saya sendiri yang tanya tuan? tak akan lah saya nak tipu tuan pulak?"

"maksud?"

"haih...saya sendiri pun tak tahu. but if you still nak cari diaorang, tuan boleh ke kan pergi ke JPN? mana tahu kalau diaorang dah meninggal, kita boleh buat pengesahan" cadang farah.

"tak apalah kalau macam tu. kita balik ya? or.nak ke mana mana lagi?" soal Farhan

"tak ada"

***

seminggu berlalu begitu pantas! begitu pantas hingga dia tak mampu menahan gelora jiwanya. sakit. hanya itu yang terpahat. beritahu, siapa yang tak sakit hati jika si tunang yang dicintai separuh mati bakal berkahwin?

"Farah...." teguran cik Senah itu menyentakkannya dari lamunan.

"okay tak ni? kalau tak, biar cik Senah bawakan air ni ya?" tawarnya.

"eh tak apa. saya boleh buat" laju Farah menghalang. jag berjenama italyan yang berisi jus orange itu dibawanya berhati hati ke ruang meja makan. jag itu diletakkan berhati hati sebelum menuangnya ke dalam cawan kaca.
Farhan, Amirah, puan Sri dan Dato' Sri serta datin Azira dan suaminya Dato' Azman hanya memerhati tingkah Farah hingga selesai menuang air.

"Farah? have a sit?" pelawa Dato' Sri Borhan.

"tak apa. saya ke dapur dulu ya?" tolaknya lembut.

"cantik maid you Naz" puji datin Azira lemah gemalai.

"act she is not the maid. she is personal nurse for adlina . but, after adlina is fine, she has fired" ujar puan Sri Nazifah selamba.

"oh really mama? i thought she stay....baru nak ajak dia kerja as a maid at our house nanti" sampuk Amirah.

"no need! Farhan dah bincang dengan dia. dia akan pindah ke kampung semula nanti. so....dia tak akan bekerja dengan siapa siapa dekat sini" tegas Farhan menarik perhatian semua.

"why? lagi pun mummy rasa okay je kalau dia kerja dengan kamu berdua. being maid and nurse. amazing!" ujar datin Azira. Amira mengangguk setuju.

"when i Said ni means it's no! big no! can't you understand that?? urgh!" tangannya tak sedar menepuk meja makan hingga membuatkan datin Azira terdiam seribu bahasa..
tak betah berlamaan disitu, dia pantas menghayun langkah ke dapur meninggalkan mereka yang terkebil kebil sendirian.

"it's okay....Don't worry about him. nanti i cakap dengan dia ya?" ujar puan Sri Nazifah sambil memberikan senyuman manis pada tetamunya.

"

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience