bab 12- lamaran tak sweet

Romance Series 6622

Petang. Amirah berlenggang kangkung berjalan penuh gaya di parking lot dengan menjinjit beberapa beg kertas berjenama mewah itu. dia tersenyum senang hati. pujuk rayunya amat mudah mencairkan Farhan hingga dia sanggup menyerahkan unlimited gold credit card kepadanya.

"esok, pujuk lagi...and then do it again. easy!" ejeknya penuh bangga. pintu belakang Mercedes nya dibuka lalu dia menyumbat beg kertas itu di dalam sebelum kembali menutup pintu dan masuk ke bahagian pemandu. baru dia hendak menghidupkan enjin, belah penumpang dimasuki seseorang hingga memeranjatkan Amirah.

"aku nak kau tinggalkan dia" arahnya tanpa berputar belit. dada Amirah tiba tiba mendadak panas. berang mendengar arahan itu.

"no way! aku takkan tinggalkan dia"

"apahal? kau dah jatuh cintan dengan dia??" tebak Amran membuat Amirah terdiam sejenak.

jatuh cinta? apa patut dia berkata ya? arh! Nurin Amirah tak harus jatuh cinta! 3 tahun kau goda dia. kalau dahulu kau mampu buat yang lebih teruk tanpa simpati, kenapa tidak sekarang?

"if i Said Yes? what you want to say?" gertak Amirah. sengaja mahu menguji kesabaran Amran.

"kau dengar baik baik!..." dahi Amirah ditunjalnya sebelum menyambung.

"....kau tu, isteri aku! perkahwinan kau tak akan sah sampai kita bercerai! faham??!!" herdiknya kuat. Amirah mengetap bibirnya kuat. geram! andai dia lari dari sini, pasti Amran takkan teragak agak untuk buat lebih teruk.

"then?! ceraikan aku! kau tak berhak digelar manusia! aku benci kau!!" dada bidang Amran ditolak kuat namun Amran lebih pantas mencengkam leher Amirah.

"ei betina! sedar sikit KEDUDUKAN kau! kalau tak aku kutip kau sampai si bodoh tu nak kawin dengan kau, sampai mati kau merempat tepi sampah!" ayatnya ditekan tekan. sengaja mahu isterinya sedar akan asal usul.

tangan Amirah yang masih bebas itu perlahan lahan membuka pintu sebelum meraba apa apa yang ada di poket pintu itu.

ada!

pisau lipat yang disimpan itu dipegang sebelum...

"arrhhhh!!!!!" pinggang Amran dicucuk menggunakan pisau. peluang itu diambil pantas. pintu dibuka lalu dia keluar dari situ.

********

Farhan menutup pintu keretanya kasar. wajahnya diraup beberapa kali. arh! kenapa kau boleh hilang ingatan?!

"maaf cik, Halimah binti Harun sudah meninggal dunia setahun lalu"

"arghhhhh!!!" stereng kereta diketuk beberapa kali. sesekali, air panas menjalar di pipinya. kecewa.

********

Farah membelek dirinya dihadapan cermin lalu satu keluhan terbit dari bibirnya. dia yang memakai baju kurung Riau berona putih itu ada bermakeup ala kadar.

Hari ini, harinya. bukan hari bahagia...tapi derita. sepatutnya dia sudah pergi meninggalkan rumah ini, tapi atas pujukan cik Senah, dia turuti juga. gelang tangan Perak itu dipakai sebagai perhiasan. dia bangun lalu keluar dari biliknya itu.

suasana yang meriah itu disambuti dengan ucapan tahniah. dia berjalan ke arah cik Senah yang berada di dapur itu. cik Senah yang kalut menyediakan kudapan untuk tetamu dipandang. tapi langsung tak fokus.

"Farah? kenapa ni?" dia tersentak dan sedar dari lamunan.

"t tak ada apa... dah siap ke? mehh Farah tolong kemaskan ya?" pelawanya cuba membuang gugup dijiwa.

"tak apa, jom? kita ke hadapan ya. majlis nak mula ni" ajak cik Senah. Farah mengangguk perlahan sebelum membontoti langkah cik Senah dan duduk dibalik orang ramai. rumah agam besar itu sesak dan sempit dengan tetamu yang hadir. majlis resepsi akan berlangsung minggu hadapan.

ya, majlis juga dilakukan di rumah itu atas permintaan Dato' Sri Borhan. semuanya sudah bersedia dan masih menunggu Amirah.

"mana pengantin perkahwinan ni ya? saya ada majlis lain pula selepas ini" rungut tok kadi yang masih menanti

"kita mulakan saja" kata kata itu memeranjatkan semua termasuklah Farah. pantas, wajah farhan dipandang. Farhan kelihatan tak begitu gembira. apa di sudah berubah fikiran?

"Farhan... apa kamu merepek ni? mana boleh mula selagi tiada pengantinnya" tegur Dato' Sri Borhan.

"kalau begitu..... jadikan saja Farah penggantinya"

(☞ ͡° ͜ʖ ͡°)☞

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience