Semua keperluan, kepengtinggan dan urusan selesai Dahlia menghantar barang-barang kerumah sebelum dia membawa Daniel jalan-jalan.
"Mama simpan barang dulu, duduk diam tau dalam kereta" Dahlia terus menurun barang dan menyimpanya.
"Haa buat apa tuh?" Dahlia melihat Daniel teruja.
"Mama kereta kita cantiklah, macam kereta dekat sana tapi yang ni baru" Daniel tak berhenti melihat-lihat.
"Mestilah kena beli yang cantik baru selesa" ucap dahlia sambil memandu kereta mewahnya.
"Kita nak pergi mana mama"
"Kita nak pergi beli barang sekolah and jumpa kawan mama auntie Sofia"
"Yeay" balas Daniel gembira.
Setelah membeli peralatan sekolah, Dahlia terus membawa Daniel membeli pakaian sekolah.
"Ting" bunyi mesej telefon Dahlia.
"Jangan lupa singgah kedai aku! Rindunya.."
-Sofia
"Otw"
-Dahlia
Dahlia terus mengikut arahan jalan yang diberikan, setelah tiba Dahlia menelefon Sofia.
"Weh sekurang-kurangnya bagi tahu lah nama kedai" bebel Dahlia.
"Upp sorry, nama kedai aku hm... rahasia! Aku jemput kau ni, naik apa?" Balas Sofia.
"Bmw 5 series sedan warna grey" sambil melihat-melihat sekelilingnya.
"Fuyo, aku dah nampak. Turunlah kedai aku betul-betul depan kereta kau nama kedai aku bouquet flower" Sofia melihat kereta Dahlia yang berhenti didepan kedainya.
"Biasa-biasa je, kurang asam punya kawan" balas Dahlia yang turun bersama anaknya.
Dahlia terus memasuki kedai bunga Sofia, Dahlia terus melihat kedai Sofia yang dipenuhi bunga segar.
"Babe, kau Dahlia ke? Cantik gila sexynya kawan aku ni" Sofia terus memeluk Dahlia.
"Aku Dahlia lah, kau apa kurang tambah cantik dan seksi" Dahlia membalas pelukan Sofia.
"Hi, what is your name" tanya Sofia kepada Daniel.
"Hai auntie Sofia nama saya Daniel" balas Daniel dalam bahasa melayu.
"Anak aku boleh cakap melayu lah" Dahlia terus ketawa melihat aksi kawannya.
"Kau tak cakap pon" Sofia menutup mukanya merah.
"Kau tak tanya" Balas Dahlia yang masih gelak.
Ammar muncul ketika Dahlia sedang seronok ketawa riang.
"Hai Dahlia" sapa Ammar.
"Hai Daniel, jom ikut abang eh uncle jalan-jalan" Ammar merendahkan dirinya dihadapan Daniel.
"Hai Ammar apa kabar?" Balas Dahlia yang binggung.
"Jom uncle" balas Daniel yang terus menarik tangan Ammar.
"Kau ada apa-apa nak cerita kat aku?" Dahlia menatap Sofia tajam.
"Ammar bakal tunang and bakal husband aku" sambil menutup mulutnya yang malu.
"Wait kau tak bagi tahu aku?" Dahlia terus duduk dikerusi pelanggan.
"Aku tak nak kau stress kalau aku asik cerita dekat kau" memujuk Dahlia.
"Okay-okay, kau ada number telefon Dini?" Tanya Dahlia yang sedang menghulur telefon ke Sofia.
"Ada, kau nak buat apa? Jangan ngorat boyfriend orang!" Sofia menaip number telefon Dini.
"Ish kau ni mandai je, aku kawan je dengan Dini tu" Dahlia terus menelefon Number yang ditaip Sofia.
"Hello" sapa Dahlia.
"Hello" jawab Dini.
"Dini ni saya Dahlia"
"Dahlia 5Uni?"
"Yes, ni Dini yang pernah buli saya tu ke?"
"U apa kabar, why sekarang baru cari i"
"I baru sampai jb semalam, u tak suka i cari u ke?"
"Tak lah bukan macam tu, mana u dapat number i"
"Dari Sofia, u busy ke?"
"Oh.. Sofia, i masih ada dekat office ada kerja sikit. Petang i datang kedai bunga Sofia"
"Alright, i tunggu"
Dahlia terus mematikan telefonnya.
"Dahlia kau suka Dini ke?" Tanya Sofia sambil menyusun bunga-bunga.
"Kan aku dah cakap, aku anggap dia kawan. Aku rasa dia pon anggap aku kawan juga" sambil menolong Sofia menata bunga-bunga.
"Kau masih ingat Et" Sofia melirik kearah Dahlia.
"Et mana?" Jawab Dahlia selamba.
"Ethan lah, kau dah lupa dia ke?" Yang terus berdiri ke sudut kedainya.
"Oh... Mana ada lupa aku ingatlah" Dahlia tiba-tiba teringkat Ethan.
"Nak tanya pasal Ethan dekat Sofia tak eh, karang dia salah faham pulak" desis Dalam hati Dahlia.
"Asal termenung, Kau nak minum apa" yang mengampai segelas cawan.
"Apa-apa boleh, Dini cakap petang dia datang sini" Dahlia hanya termenung.
"Dini, Ammar selalu je datang sini lepak-lepak. Ethan datang bila nak beli bunga tak pon ambik tempahan setiap tahun." Sofia duduk membawa dua cangkir gelas air.
"Oh.. kau bila plan nak berkahwin?" Dahlia mengalihkan pertanyaan.
"Ammar propose aku pon belum"
"Mama.." Daniel berlari memeluk Dahlia.
"Daniel banyaknya mainan, kamu minta dengan uncle Eh?" Dahlia membongkar beg yang mengisi banyak mainan.
"Daniel tak minta, uncle Am yang belikan"
"Tak apalah Dahlia, sikit je ni" Ammar mengusap rambut Daniel yang sedang bermain dengan mainan yang dibelinya.
"Mahal-mahal ni, aku bayar balik" Dahlia membuka Walletnya.
"Beb tak payah lah, kalau kau macam ni kita berdua tak nak kawan dengan kau" Sofia menyimpan Wallet Dahlia ke dalam beg Dahlia.
"Aku okay jelah, tak payah bayar balik" jawab Ammar tersenyum melihat Daniel.
"Betul ni?" Dahlia melirik Ammar.
Mereka bertiga asik bersembang mengimbas zaman persekolahan, Sofia dan Ammar tak berhenti bertanya tentang kehidupan Dahlia Di luar negara.
"Hm.. seronok bersembang aku masuk pun tak sorang pon toleh" Dini datang dengan membawa bunga untuk Dahlia.
"Nah untuk u" menghulur sejambak bunga.
"Tq" Dahlia mengambil dan mencium bunga dari Dini.
"Dini aku kan ada kedai bunga, kenapa tak tempah dekat aku?" Tanya Sofia menjeling kearah Dini.
"Tak supriselah kalau order dekat kau" Dini terus duduk.
"Kau tak keluar dengan Et?" Tanya Ammar yang melihat Dini duduk.
"Tak, aku call dia. Et cakap dia ada hal malam ni" Dini tak berhenti memandang Dahlia. Wanita cantik berambut panjang.
Dahlia yang mendengar hanya tersenyum, mungkin Ethan sudah bergembira dengan kehidupannya sekarang. Mesti ada wanita hebat yang selalu disisi Ethan.
"Aku nak siapkan order customer vip kejap, kau bertiga bersembanglah dulu" Sofia pergi untuk menyiapkan bunga.
"Mama Daniel laparlah. Jom makan" Daniel menghampiri Dahlia.
"Hi Daniel" sapa Dini.
"Uncle Dini" Daniel memeluk Dini.
"Korang bertiga pernah berjumpa ke sebelum ni?" Sofia dan Ammar terkejut melihat Anak Dahlia mengenali Dini.
"Shtt.. Dahlia simpan RAHSIA kita" Dini merangkul bahu Dahlia.
"I bawak Daniel pergi makan u nak ikut i sekali" ajak Dini.
"U pergilah dengan Daniel mesti u rindu dia," jawab Dahlia Ringkas.
"Daniel pergi dengan Uncle Dini okay. Mama nak tolong Untie Sofia"
"Uncle, Daniel Rindu uncle"
Dahlia, sofia dan Ammar hanya melihat Dini dan Daniel yang hilang dari kejauhan.
"Korang satu hari nanti kalau aku dah sedia, baru aku cerita semua okay" Dahlia menjatuhkan air matanya.
"Asal kau menanggis, aku tak akan tanya macam-macam dekat kau." Sofia memeluk Dahlia.
"Kalau kau dah sedia nanti ceritalah okay" Ammar menepuk bahu Dahlia.
"Kau tunggu sinilah aku dengan Ammar beli nasi bungkus dekat seberang sana. Kita semua belum makan petang lagi, haa lagi satu ada bouquet bunga mawar dekat situ. Biasa Assistant dia ambil, kalau ada orang datang tolong pass eh. Harga dia aku dah tulis dekat kertas kecik" Sofia dan Ammar keluar bersama untuk membeli makanan.
Dahlia terus bangun melihat bunga yang dibuat oleh Sofia.
"Cantiknya" Dahlia yang teruja terus menggangkat sejambak bunga mawar itu.
"Mesti orang yang order ni sweet, untunglah Gf dia" Dahlia terus mencari kertas kecik.
"Haa.. 99 kuntum bunga mawar! Haa.. Rm400"
Dahlia menutup mulutnya kerana terkejut.
"Untungnya Gf dia" Desisnya perlahan.
Dahlia yang merasa bosan, hanya melihat-melihat bunga-bunga yang sudah digubah Sofia dan terleka seketika.
"Nasib baik aku tak lupa janji dinner dengan Zea" Ethan yang tak terlambat terus memberhentikan keretanya tepat didepan kedai bunga Sofia.
Ethan terus masuk kedalam kedai bunga Sofia dah melihat seorang wanita hanya tersenyum melihat bunga dihadapannya Ethan yakin itu bukan Sofia.
"Hai, sofia ada?" Tanya Ethan sambil melihat telefon bimbitnya.
"Oh hai, nak amik bunga eh" Dahlia yang terkejut bergegas mengambil bouquet bunga.
"Ya" jawab Ethan ringkas yang sibuk melihat telefonya.
"Ni bouquet and Rm400 sahaja" Dahlia memandang wajah lelaki didepannya.
"Ethan" sebut Dahlia yang terpaku.
"Yes" sambut Ethan melihat wajah perempuan yang berdiri didepannya.
"Da..Dahlia" Ethan terus berundur selangkah.
Mereka hanya bertatapan.
"Encik kena bayar Rm400"
"Oh sorry ni kad saya" jawab Ethan.
"Terima kasih Encik datang lagi" menghulurkan kad bank Ethan.
"Sama-sama" jawab Ethan yang sedang terburu-buru.
Semasa Ethan hendak berpusing dia melihat seorang lelaki dan anak kecil memasuki kedai Sofia dan anak kecil itu berlari kearah Dahlia. Ethan hanya berdiri dan melihat Dahlia bersama anaknya.
"Mama, Daniel dah makan dengan uncle Dini" Daniel memeluk Dahlia.
"Dini i nak gerak dulu, boleh u tunggu Sofia dengan Ammar" Dahlia terus mengambil begnya.
"Boleh u gerak lah dulu, u nak i hantar?" Dini melangkah.
"Its okay, i bawak kereta." Dahlia keluar sambil memimpin anaknya.
Ethan yang terburu-buru ikut keluar melihat Dahlia pergi.
"Dahlia mesti hidup bahagia dan memiliki anak" kata hati Ethan.
"Bro jangan salah faham k" Dini melihat Ethan yang terdiam.
"Aku okay je, aku gerak dulu" jawab Ethan.
Share this novel