"Dah pukul 2petang ni, kena amik Dahlia" Dalili terus keluar dari officenya untuk menjemput Dahlia.
"Ni ke sekolah Dahlia" tanya Dalili ragu.
"Haa tu Dahlia, betul lah ni" Dalili terus membuka cermin keretanya untuk melambai kepada Dahlia.
"Hi kakak macam mana kerja okay" tanya Dahlia kepada kakaknya.
"Okay je Lia, kamu macam mana? Sekolah okay" sambil fokus membawa kereta.
"Okay" ringkas Dahlia yang dipanggil Lia oleh kakaknya.
"Kring-kring" bunyi telefon Dalili.
"Alah earphone kakak tertinggal dekat rumah" Dalili terus memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Dalili terus menggangkat telefonnya, Dahlia rasa hal kerjanya Sepertinya penting. Walaupun Kakaknya sibuk bekerja, Dalili selalu menghantar dan menjemput Dahlia.
"Haa, termenung apa tu" sergah Dalili.
"Kakak!" Marah Dahlia.
"Dahlia! Kenapa dengan baju awak?" Kakaknya terkejut dengan baju Dahlia yang huru-hara.
"Hehe, Dahlia terjatuh tadi. Haa kakak tengok ni ada luka" menunjukkan tapak tangannya yang merah-merah.
"Kamu ni tak jalan pakai mata ke? Macam budak-budaklah, macam ni ke kamu nak kakak tinggalkan kamu sorang-sorang dekat KL. Jangan haraplah ikutlah kakak sepanjang hayat kakak!" Marah Dahlili sambil membawa kereta menuju kerumah.
Dahlia hanya diam, dia tahu kalau kakak dia nampak konfem kakak dia akan marah sampai lusa! Haish ada apa dengan harini semua menyakitkan hati betul.
Sampai disebuah rumah mewah kawasan perumahan elit. Kakaknya terus memparking kereta tepat didepan rumahnya.
"Kamu turun mandi-mandi sana, ada makanan atas meja makanlah. Rehat-rehat" Dalili terus pergi selepas melihat Dahlia memasuki rumah.
"Kakak ni marah-marah pon sayangkan" bebel Dahlia sendiri.
"Wah sedapnya, makan dulu lah" Dahlia mencedok nasi.
"Dahlia mandilah dulu nanti kalau lili patah balik tengok kamu tak mandi mesti naik darah dia" ucap mak mah penjaga Dahlia dan Dahlili.
"Okay mak mah kusayangi" Dahlia memang hebat bodek mak mah dia.
"Lia kenapa baju kamu ni?" Sambil membelek baju Lia.
"Lia terjatuh mak mah" Dahlia terus masuk kebilik dah terus mandi.
"Makan sudah mandi sudah kerja rumah sudah, tunggu kakak balik lah" Dahlia terus duduk diruang tamu rumahnya.
Bunyi kereta memasuki rumahnya, Dahlia terus menuju kepintu. Memang betul Dalili dah balik.
"Hai, kakak!" Dahlia terus menyapa kakaknya.
"Joe ni adik i, Dahlia" Dalili mengenalkan seorang lelaki kepada Dahlia.
"Hi, Dahlia i Joe. Bakal abang ipar u" melambaikan tangan kepada Dahlia.
"Hi bakal abang ipar, saya Dahlia bakal adik ipar abang" Dalili tersenyum melihat adiknya bergurau dengan lelaki yang bakal suaminya.
"Mari masuk Joe, i kenalkan u dengan wanita yang kami telah menggangap sebagai ibu kami" Dalili terus mengenalkan Joe kepada mak mah sebagai bakal suaminya.
Malam itu Dalili membuat makan-makan sederhana untuk menyambut Joe sebagai calon suami Dalili.
"Kakak akan berkahwi bila Lia dah habis sekolah nanti, akak dengan abang Joe dah berbincang" Dalili terus tersenyum saat memberikan kabar gembira itu.
"Satu lagi, abang Joe akan tolong kakak menghantar dan jemput Lia sekarang"
"Okay kakak" jawab Lia ringkas.
Semua orang terlihat bahagia malam ni, Lia cuma berharap kakak menjadi wanita paling bahagia didunia dan disamping suami kakak nanti.
Share this novel