12.

Romance Series 8188

Dahlia yang sedang sibuk mencari sweatter milik Ethan terus tak menjumpainya.
"Mana aku letak ni" marahnya.
Dahlia turun kebawah mencari mak mah, melihat keadaan rumah sunyi sepi. Dahlia terus mencari mak mah dan melihat mak mah termenung jauh.
"Haaa" sergah Dahlia.
"Mak kau" latah mak mah.
"Mak mah ada nampak sweatter hitam besar tak?" Sambil memeluk mak mah dari belakang.
"Oh tu Lia punya ke? Ada dalam bilik kamu dalam almari kamu" sambil mengusap tangan Lia.
"Okay terima kasih mak mah"
Dahlia terus naik dan mencari sweatter dan menjumpainya dalam almari. Dahlia melipat sweatter Ethan dan memberi sedikit wangi-wangian dan diletak dalam beg plastik yang cantik.
"Terima kasih bagi pinjam" menulis diatas sehelai kertas kecil dan diletakkan dalam beg plastik tadi.
Seperti biasa Dahlia menunggu kepulangan kakanya.
"Dah lebih 15minit kakak tak sampai-sampai pon?" Sambil menonton televisyen.
Tiba-tiba seorang membuka pintu, Dahlia terus melihat siapa yang membukai pintu.
"Kakak.. mana kereta kenapa tak bawak kereta" sambil memusingkan badan kakaknya.
"Apa kamu ni Lia, kereta kakak mati dekat Office sana. Jadi kakak balik naik teksi" Lili terus naik keatas tanpa menghirau adiknya yang pasti akan banyak bertanya.
"Kakak ni Lia tunggu kakak tau, kakak lari pulak dari Lia" Dahlia terus mengikuti kakaknya naik keatas.
Mak mah yang melihat mereka terasa sebak hingga menjatuhkan air matanya.
"Kakak Lia nak tidur dengan kakak boleh?" Sambil melihat kakaknya bercermin.
"Rindu kakak sangat ke?" Melihat Dahlia dari mantulan cermin.
"Aah" balas Dahlia ringkas.
"Boleh" jawab Dalili.
"Lia minggu depan kamu percubaan lagi 2minggu terus spm kan?" Tanya Dalili sambil manatap adiknya.
"Aah, kakak terus lah sedia majlis kakak nanti tau jangan tunggu-tunggu lagi" jawab Dahlia yang sudah menggantuk.

Macam biasa pagi-pagi kakaknya dah pergi kerja dulu dia di jemput dengan abang Joe.
"Lia pergi dulu, haa abang harini Lia balik sendiri, dengan kawan sebab keluar lambat harini ada aktiviti dekat sekolah" Lia berdiri didepan cermin kereta.
"Hati-hati nanti balik tau, ada apa-apa terus call abang" sambil melambaikan tangan pada Lia.
Dahlia terus menuju kekelasnya dan melihat 3 sahabat itu sedang bersembang. Dahlia berjalan menuju ke tempatnya.
"Morning" sapa Dahlia.
"Morning" balas Ethan dan Ammar serentak.
"Morning bungaku" balas Dini.
Dahlia hanya duduk nak memakan bekal roti yang dibekalkan untuknya. Tanpa menghiraukan mereka bertiga Dahlia terus membuka bekalnya. Ammar dan Dini berlalu pergi untuk bersarapan jugak dikantin sekolah. Kelas 5Uni masih sunyi hanya ada Ethan dan Dahlia. Dahlia berpusing kebelakang melihat Ethan.
"Awak nak?" Sambil menunjukkan makanan dalam bekalnya.
"Tak apa" balas Ethan tanpa melihat kearah Dahlia.
Dahlia terus mengelap tangannya dah menghulurkan beg plastik dihadapan Ethan.
"Nah, awak punya sweatter" lalu tersenyum dihadapan Ethan.
Ethan yang diam tak membalas senyuman Dahlia.
"Nah, ni coklat yang awak bagi semalam saya ganti" Dahlia meletakkan atas meja Ethan dan terus pergi.
"Ethan yang melihat coklat itu terus mengejar Dahlia" mana pulak perempuan ni cepat betul jalan.
"Haa tu pun dia" Ethan yang melihat Dahlia terus mengambil jalan pintas untuk cepat menhampirinya.
Leka berjalan merasan seseorang menariknya dan memenggang tangannya, dia terkejut lelaki itu adalah Ethan. Dia yang tak sempat bertanya terus mengikuti Ethan. Ethan membawanya ke kebun sekolah yang dipenuhi bunga-bunga mekar.
"Sorry saya tarik tangan awak, sakit tak?" Sambil membelek tangan Dahlia.
"Saya okay jelah" Ethan terus melepaskan tanganya Dahlia.
"Cantiknya tempat ni" melihat setiap sudut bunga-bunga.
"Dahlia sa..ya saya suka awak" Ethan yang malu terus-terus memandang kearah lain.
"Awak.. suka saya? Biar betul awak ni, jangan bergurau dengan saya okay." Dahlia memandang wajah Ethan.
"Bergurau? Awak saya malulah awak pandang saya macam tu" Ethan langsung menutup wajahnya.
"Okaylah kalau tak ada benda nak cakap saya balik ke kelas dulu" Ethan terus menarik tangan Dahlia.
"Awak tak percaya saya ke? Nak saya buktikan ke?" Ethan memusingkan badan Dahlia dan mengucup bibir Dahlia.
Dahlia terkejut hanya terdiam dan terpaku dan pergi meninggalkan Ethan.
"Dahlia, Dahlia, Dahlia" panggil Ethan.
Ethan terus mengejar Dahlia, hingga Dahlia berhenti dan menampar wajah Ethan.
"Awak dengan kawan awak tu mempermainkan saya ke?" Dahlia terus berjalan.
"Siapa yang mempermainkan awak" tanya Ethan yang terus meraih tangan Dahlia.
"Kawan baik awak tulah, lepaskan tangan saya!" Dengan marah Dahlia terus pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience