9.

Romance Series 8188

"Hai Dahlia?" Tegur Dini, yang berada didepanya.
"Ha..hai, janganlah dekat-dekat time macam ni banyak budak dah sampai sekolah" sambil menolak Dini perlahan menjauh darinya.
"Habis tu nak tempat yang sunyi ke?" Balas Dini yang terus menyentuk pipi Dahlia.
"Apa ni, apa yang kau nak? Tak kan kau masih marah sebab semalam?" Dahlia terus memalingkan wajahnya mengelak sentuhan Dini.
"Semalam? Aku rasa sebab semalam aku dah lupakan, kau je yang terus ada dalam fikiran aku DAHLIA" Dini terus pergi setelah membuat Dahlia takut dan menangis.
Dahlia terus menghapus air matanya, dalam hatinya terua berkata sabar lagi berapa bulan je sekolah akan berakhir maka akhirlah pertemuanya dengan Dini.
"Haa buat apa tuh?" Tegur Sofia yang ceria.
"Kau dah sampai?" Balas Dahlia
"Yelah aku tunggu dalam kelas kau tak masuk-masuk" sambil memangku Dahlia dan menuju kekelas.
Mereka terus berjalan menuju kekelas.
"Babe aku tiba-tiba nak pegi toiletlah" yang terus meninggalkan Dahlia.
Dahlia hanya tersenyum dan mengikuti Sofia.
"Sofia, aku tunggu kau dekat luar" jerit Dahlia dari luar toilet.
"Lamanya Si Sofia, salah makan ke?"
Pusing-pusinglah biar tak boring, Dahlia berjalan menuju bahagian tepi bangunan dan mendengar suara lelaki yang sedang bercakap.
"Nak tengok ke tak nak? Haa tengok jelah diam-diam" Dahlia terus mengintip perlahan-lahan.
Dahlia terkejut melihat Ethan and the gangs yang sedang membuli dan menggungut dua pelajar lelaki.
"Pagi-pagi dah membuli orang ke?" Dalam hatinya.
Dahlia yang takut melihat Ethan dan Dini memukul pelajar itu terus berlari kearah toilet Sofia yang bertapa. Hatinya tak berhenti berdegup laju kerana ketakutan.
"Weh kau asal?" Tanya Sofia yang sudah kelaur dari toilet.
"Tadikan aku pergi bangunan belakang aku nampak ada budak kena buli weh" dengan nada terkejut.
"Yang kau pergi sana tu kenapa? Ada orang nampak kau tak?" Sofia terus berjalan menarik Dahlia sambil berlari dari tempat itu.
"Aku cuma dengar jelah dari budak-budak lain, tu tempat Ethan belasah budak yang dia buli dan sesiapa yang datang situ pon akan dibelasah. sebab tu tempat dia tiga orang melepak."
"Dah jom balik kelas jangan merayap-rayap lagi tau" ajak Sofia.
Mereka berdua terus cepat-cepat menuju ke kelas. Sampi di kelas mereka berdua melihat Ethan, Ammar dan Dani yang sedang duduk dibelakang meja mereka.
"Weh aku takut weh" bisik Sofia.
"Aku pun" balas Dahlia.
Mereka berjalan seperti biasa dan terus didepan tiga orang lelaki itu, yang Dahlia yakin Ammar tak seburuk perangai dua orang sahabatnya tu.
"Hai, Sofia" tegur Ammar yang sedang mengajak Sofia bersembang.
Mereka berdua sedang asik bersembang, Dahlia hanya membaringkan mukanya ke meja agar tidak diganggu.
Dari belakang Ethan hanya melihat Dahlia apa salahnya Dahlia tak memperdulikan dirinya? Ke sebab Ethan menggangunya dihari pertama pindah, sebab tu ke dia marah? Tak logiklakan.
Ethan melihat Dini berdiri dan menuju kearah Dahlia.
"Hai awak, tidur ke?" Yang sedang menarik kerusi untuk duduk disebelah Dahlia.
"Awak saya tanya ni?" Tanya Dini lagi.
Mulanya Dahlia tak mahu membalas dan menjawab, akhirnya dia bangun dan menatap Dini.
Semua murid terkejut melihat Dini menjadi lemah lembut ketika sedang bercakap dengan Dahlia, Dini seorang yang kepala dingin, sombong dan tak memperdulikan orang lain. Ethan dan Ammar pun terkejut melihat Dini yang mengajak perempuan bersembang dengannya. Kerana Dini hanya suka bersembang dengan perempuan dari luar sekolah kerana lebih mudah diajak tidur bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience