"Akak, mak mah dan abang Joe, Lia naik dulu eh" Dahlia terus naik dan menuju ke biliknya.
Dalili yang risau dengan keadaan Dahlia terus naik mengikuti adiknya.
"Mak mah, Lili naik tengok Lia kejap" Mak mah hanya mengganguk, mungkin Lia sedih kerana harus melepas seorang yang dia sayang.
"U, i naik kejap tengok Lia" Joe jugak hanya mengganguk.
"Tok-tok-tok" bunyi ketukan pintu bilik Lia.
"Sekejap" siapa yang naik nih? Malam-malam ni desis Lia.
"Eh, kakak kenapa?" Langsung merebahkan dirinya keatas tilam.
"Lia okay?" Tanya Llili sambil mengusap halus rambut Lia.
"Apa yang tak okay kak? Lia happy kalau kakak happy" Lia yang menggantuk terus tertidur.
Dalili terus keluar setelah melihat adiknya tertidur pulas.
"Dahlia bangun dah nak siang ni! Kamu nak lewat pergi sekolah ke?" Mak mah terus mengoyangkan badan Lia yang sedang mengeliat malas.
"Lia bangun sekarang bukan kakak kamu yang menghantar kamu tau, malu lah kalau kamu buat perangai macam ni! Abang Joe dah tunggu kamu 30Menit dah" bebel Mak Mah pagi-pagi.
Dahlia hanya bangun dan terus mandi tanpa menghiraukan bebel Mak Mah. Baginya jagan menjawab dia saja dan terus bergerak sebelum BOM meletup.
"Mak Mah, Lia pergi dulu bye" sambil mengambil sekeping roti.
"Morning Lia" sapa abang Joe.
"Morning bang" Lia terus masuk didalam kereta Joe.
"Abang cepat sikit boleh?" Ujar lia.
"Ada hal ke pagi-pagi ni Lia?" Tanya Joe tanpa rasa bersalah.
Abang Joe bawak kereta lambat weh lagi laju kakak aku yang bawak, nak cakap bawak macam normal pon tak boleh dia punya lambat tu aku jelah yang tahu.
"Lia ada jadual sapu kelas pagi ni" balas Lia.
"Okay abang usaha laju sikit ya, kita kena hati-hati atas jalan raya ni"
Lia hanya mendengar semua nasihat-nasihat Joe.
"Abang bawak kereta sambil bercakap tak fokus jugak pon bahaya tau abang" balas Lia.
Suasana dalam kereta menjadi seram sejuk, bagi Joe betul jugak apa yang Lia cakap. Dia hampir tak fokus hari ini membawa kereta.
Setelah beberapa menit mereka telah sampai didepan sekolah Lia.
"Abang Lia pergi dulu bye" sambil melambaikan tangan melihat Joe pergi.
"Hati-hati ya Lia" Joe terus pergi.
Dahlia terus masuk dah menuju kekelasnya.
"Tak ada orang lagi? Awalnya aku" dia terus melakukan tugasnya yang ditampal oleh Cikgu Fatma.
"Morning" Ethan menyapa Dahlia yang berseorangan.
"Morning" balas Lia dan memusingkan badannya.
Dahlia terkejut melihat Ethan menyapa dirinya, tapi Lia langsung tak mempedulikan Ethan yang membantu dirinya menyusun kerusi dan meja.
"Ujian akhir pencubaan nak dekat, dah sedia?" Tanya Ethan sambil mendekat dengan Dahlia.
Dahlia masih tak membalas pertanyaan Ethan dan terus melakukan tugasnya.
Ethan tak puas hati kerana Dahlia tak menjawab pertanyaan dia hari semalam. Dia terus pergi kehadapan Dahlia.
"Semalam awak kenapa Dahlia?" tanya Ethan yang sedang berdiri dihadapan Dahlia.
"Jangan busy bodylah, tepi!" Dahlia terus pergi meninggalkan Ethan didalam kelas.
Ethan hanya berdiam diri melihat Dahlia yang meninggalkannya.
"Aku ni asal bodoh sangat terhegeh-hegeh ni? Biasa aku tak peduli pon hal orang lain, apa kena dengan aku ni haa? Okay aku tak kan tanya apa-apa lagi dekat perempuan berlagak tu" marah Ethan dalam hati.
Dahlia terus berjalan menuju tempat pembuanggan sampah, dia merasa seperti seseorang mengikutinya. Jadi terus berpusing melihat kebelakang.
Share this novel