18.

Romance Series 8188

“Daniel naik atas dulu pergi mandi okay. Kejap lagi mama naik” Dahlia mengelus pundak anaknya.
“Baik mama” Jawabnya.
Dahlia berjalan perlahan kearah dapurnya mengapai segelas air.
“Tadi tu, Et..Ethan?” Dahlia termenung seketika.
“Oh mak!” Latah Dahlia mendengar telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello babe” sapa Dahlia.
“Ish awal balik? Aku dah beli makanan tau!” Balas Sofia marah.
“Aku ada hal lah sorry tau, esok anak aku dah start sekolah. Kau boleh tolong aku?” Pinta Dahlia.
“Yelah, tolong apa tu?”.
“Aku kena cari Maid untuk urus rumah dengan urus anak aku lah”.
“Okay aku tolong carikan, kau tak payah susah cari okay”
“Thank you babe, aku letak telefon dulu eh”
“Welcome, okay babe”
Nasib Dahlia masih mempunyai Sahabat yang peduli dengannya, Dahlia terus naik keatas untuk melihat Daniel.
“Lepas mandi terus terlelap bertuah punya anak, mama nak tidur peluk Daniel lah malam ni” Dahlia terus rebah sambil memeluk Daniel dengan erat.

“Hai, dah lama sampai?” Ethan tersenyum sambil menghulurkan sejambak bunga kepada seorang wanita iaitu tunangnya Zea.
“Hm hi, baru sampai 40minit tadi” jawab Zea tersenyum sinis.
“Sorry i lambat, macam mana u suka tak dengan bunga tu?” Ethan terus duduk menghadap Zea.
“Bunga ni? Bolehlah. U kasi i bunga ni sama macam u selalu kasi dekat perempuan simpanan u tu ke?” Sindir Zea.
“Zea please, i tak ajak u dinner bukan untuk bergaduh” Jawab Ethan.
“Opss sorry, so makanlah tu i dah order tadi” Zea terus memakan makanan didepanya.
“So, how’s your day?” Tanya Ethan yang sedang makan.
“It’s been great, yours?” Zea mengganguk.
“Pretty good” Ethan tersenyum kearah Zea.
“Et i nak gerak dulu, esok i nak buka butik awal” Zea berdiri mengambil bag dan bunga dari Ethan.
“Oh okay” Ethan hanya tersenyum.
“I dah bayar tau” Zea terus pergi meninggalkan Ethan.
Ethan yang tak mahu makan sendiri terus berdiri untuk beredar dan menuju kearah tempat letak keretanya. Ethan yang merasa melihat sesuatu terus berhenti dan menoleh kearah sejambak bunga.
“Suatu hari nanti pun aku akan buang kau macam mana kau bunga bunga ni, dasar perempuan tak sedar diri” bisik Ethan yang melihat bunga darinya dibuang ditepi jalan.
“Kring” telefon Ethan berbunyi.
“Halo” jawabnya.
“Halo Et kalau free datang kedai sofia” ajak Ammar.
“Aku free otw” jawab pantas Ethan dan terus mematikan telefon bimbitnya.
Semasa perjalan Ethan tak berhenti memikirkan siapa yang dia lihat tadi. Cinta pertamanya Dahlia, yang semakin menarik dan cantik. Kalau dibandingkan dengan Zea, Dahlia lagi mengoda.
“Aku ni pehal! Pikir pasal bini orang pulak” Ethan memukul steering wheel didepanya.
Ethan yang sudah sampai didepan kedai Sofia terus masuk dan duduk disebelah Ammar dengan muka masamnya.
“Dinner okay” tanya Ammar.
“Hm, macam biasa” balas Ethan.
“Dia tinggalkan kau time dinner lagi ke? And buang bunga dari kau?” Tanya Ammar yang tahu perkara yang selalu berlaku bila Ethan selalu mencuba mengambil hati Zea.
“Kenapa suruh datang?” Ethan yang malas membahas masalahnya dengan Zea.
“Aku ada beli makanan untuk Lia tadi, eh dia balik ada hal pulak” Ammar meletak sekotak nasi didepan Ethan.
“Sejak bila kau ada perempuan lain nama Lia?” Ethan membuka kotak nasi.
“Lia tu Dahlia” Sofia menyampuk perbualan Ethan.
“Ah Lia tu Dahlia” tegas Ammar lagi.
“Oh” Ethan terdiam dan terus makan makanan yang dibeli Ammar.
“Sayang buat apa tu busy je dengan phone, jom makan” Ammar menarik kerusi untuk Sofia.
“Saya tengah sibuk cari maid untuk Lia, Daniel dah nak masuk sekolah and Lia nak start cari kerja” Sofia duduk dikerusi yang ditarik oleh Ammar.
“So sayang dah jumpa belum” tanya Ammar.
“Dah, esok sayang kena amik maid tu and hantar dekat rumah Lia” Sofia melihat Ethan yang diam seribu bahasa.
“Helo Et? Makan lah jangan termenung. kalau ada something nak tanya, tanyalah” Sofia tahu Et masih belum melupakan Dahlia.
“Hah? Tanya apa” Et terus makan dengan lahap.
Sofia dan Ammar melihat Ethan dengan tatapan kosong lalu mereka berdua asik bersembang, sedangkan Ethan yang berada disitu terus mendiamkan diri dan mendengar perbualan Sofia dan Ammar. Jam sudah menunjukan 12 tengah malam Ethan bersiap sedia untuk balik ke rumahnya.
“Sayang saya balik dengan Et jelah, sekali jalan”Sofia yang sedang sibuk mengemas kedainya.
“Et tumpangkan Sofia boleh?” Tanya Ammar.
“Boleh, aku tunggu dalam kereta” Ethan menunggu didalam keretanya.
“Okay, aku tolong Sofia kejap” Ammar sibuk membantu Sofia menutup kedai.
“Terima kasih sayang saya balik dulu,bye” Sofia menyapa Ammar sebelum masuk kedalam kereta Et.
“Bye sayang hati-hati” Ammar juga terus masuk kedalam keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience