7Tahun masa berlalu dengan cepat semenjak Ethan memeluk Dahlia pada akhir parti menari sekolah, bagi Ethan tak mudah dia melupakan Dahlia. Tapi Ethan mula berubah selepas 2Tahun bagi Ethan tak mungkin Dahlia akan kembali, dia selalu menghantar mesej, email dan call tak pernah ada balasan dari Dahlia.
Ethan sudah setahun mengantikan Ayahnya di syarikat milik keluarganya sebagai CEO muda.
"Bro.. awal sampai biasa hujung parti baru sampai" Dini berdiri merangkul bahu Ethan.
"Ammar, awal kawan kau dah mabuk" Ethan menolak Dini terus jatuh ke sofa.
"Em biasalah, kawan aku kawan kau jugak!" Ammar menuang segelas alcohol untuk Ethan.
Mereka selalu menghabiskan malam bersama, pergi ke club untuk minum-minum dan bermain bersama wanita-wanita yang disediakan oleh club. Ethan merupakan pelanggan VIP, dirinya terkenal kerana selalu meletakkan syarat kepada pelacur yang sedia melayani dirinya. Banyak pelacur yang selalu menyerahkan diri kepada Ethan, siapa yang menolak jika harus melayani Ethan yang kacak dan memiliki tubuh sasa yang sexy. Semua wanita selalu terpana dengan penampilanya yang dingin dan gagah.
"Macam mana Kau jadi melamar Sofia?" Melagakan gelasnya dengan gelas Ammar.
"Mungkin lagi dua bulan" balas Ammar tersenyum.
"Aku dengar dari Dini, budak batch kita ada buat reunion" Ethan membuka coat dan melonggarkan necktienya.
"Aku dengar jugak dari Sofia, asal kau nak pergi ke?" Ammar memandang Ethan.
"Tengoklah aku tengah busyni, design interior peribadi syarikat aku letak jawatan." Ethan memandang kearah lain, yang tak mahu melihat Ammar.
"Kau tak pernah pon tanya-tanya pasal sekolah kita. Masih tak boleh lupakan Dahlia, belum Move On ke?" Ammar menyindir Ethan.
"Apahal kau sebut nama dia pulak, aku dah lupakan dialah! Kau lupa aku dah ada tunang?" Balas Ethan marah.
"Okay, kalau macam tu aku gerak dulu dengan Dini. Bakal tunang aku pon nak tutup kedai ni" jawab Ammar sombong sambil melihat jam di tangannya.
"Hi u dah lama sampai" sapa wanita cantik dan sexy yang terus duduk disebelah Ethan.
Ethan yang marah Tak menjawab balasan Ammar.
"I tak ada mood u boleh pergi" jawab dingin Enthan
Ethan mengambil coatnya terus berdiri meninggalkan perempuan disebelahnya, dia terus berjalan hingga masuk kedalam kereta miliknya dan terdiam terfikirkan apa yang dikatakan oleh Ammar.
"Kenapa aku tak boleh lupakan kau!" Bisik Ethan perlahan dan terus menekan minyak hingga kereta mewahnya melaju dijalan raya.
Ethan memasuki kawasan perumahan elit hingga memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah mewah tiga tingkat milik keluarganya. Ethan hanya terus masuk dan menyapa ayah dan ibunya.
"Hi ayah ibu, apa kabar?" Sapa Ethan yang terus duduk di meja makan.
"Ayah baik saja, ibu kamu ni rindu sangat dekat kamu" jawab lelaki tua berkacuk mat saleh bernama Eisa, ayah Ethan.
"Awak ni mana ada, awak tu yang rindu anak awak sangat" terus menjeling kearah Ethan, jawab ibunya bernama Maria.
"Sudah-sudahlah tu, Ethan dah besar boleh duduk sendiri dan jaga diri sendiri" Ethan terus berdiri untuk pulang kerumahnya.
"Nak pergi mana tuh? Marilah makan ibu ada masak lauk yang kamu suka" menunjukan lauk kepada Ethan.
"Et nak balik apartmentlah, lagi pun Et dah makan bu" sambil memeluk ibunya.
"Et nak cepat balik sebab tak nak ibu tanya pasal kahwin kan?" Maria memandang sinis kearah Ethan.
"Eh mana ada bu.. Zea belum cakap apa-apa lagi pasal kahwin tak kan Et nak paksa-paksa dia kalau dia tak nak hidup dengan Et" yang berdiri diantara ayah dan ibunya yang duduk dimeja makan.
"Betul tu cakap Et Maria, jangan paksa kalau dia tak mahu . Carilah perempuan lain" jawab Eisa yang tidak beberapa suka dengan Zea yang dijodohkan Oleh Maria. Eisa lebih suka Ethan yang mencari sendiri.
"Apalah abang ni, saya dah janji dengan sara kawan saya tu untuk menjodohkan Et dengan Zea" Maria terus menatap anaknya Ethan.
"Et ikut je mana-mana tapi kalau Zea yang putuskan tunangan ni Et memang tak boleh buat apa, Et dah usaha" Ethan terus pergi.
Didalam kereta dia terus terfikir dalam banyak-banyak perempuan hanya Zea yang tak mahu dengan dirinya. Tapi jika bertemu Dini Zea terus berbeza, mereka pernah ada hubungan? Zea sebaya dengan Ethan dan merupa teman Kolej Dini.
"Hm baguslah, kalau dia berdua bercinta sampai sekarang lagi bagus" desis hatinya.
Kereta Ethan berhenti tepat dihadapan lorong lift Apartmentnya sebabkan Apartment Ethan tingkat satu jadi mudah mencari parking yang sama dengan tingkat rumahnya. Dia terus berjalan kearah lift sambil menunggu lift seterusnya sementara menunggu Ethan melihat kereta mewah Ammar berhenti untuk menurunkan Sofia yang tinggal sama tingkat dengan Ethan.
"Hi, Et" tegur Sofia.
"Hi, macam mana perniagaan bouquet flower u okay?" Tanya Ethan yang sedang melihat telefon ditangannya.
"Okay je kawan u tu banyak tolong i, Ammar dah bagitahu u pasal reunion bacth kita minggu depan?" balas Sofia sambil memasuki lift yang berhenti bersama Ethan.
"I dah dengar dari Dini dulu, u macam tak tahu je Dini yang bertukar menjadi personaliti sibuk hal orang ni. Sekarang semua dia tahu, apa je yang dia tak tahu? I masuk dulu" Ethan terus masuk kedalam rumahnya.
"Aku harap Ammar boleh simpan rahsia jangan sampai terlepas cakap dengan Ethan" desis Sofia yang terus berjalan menuju pintu rumahnya.
Share this novel