6.

Romance Series 8188

Lonceng habis waktu rehat telah berbunyi. Dahlia masih sibuk membersihkan pakaianya dan lukanya didalam toilet. Setelah selesai Dahlia berjalan keluar menuju ke kelas setiap murid yang melihatnya merasa pelik dengan pakaianya yang basah dan kotor.
Dahlia hanya berjalan menunduk kerana malu dengan keadaanya yang huru-hara. Dari belakang seseorang menghampirinya dan menutup baju basahnya dengan sweatter berwarna hitam. Dia terkejut dan terus memandang kebelakang.
"Tolonglah jangan kacau saya" Dahlia terkejut melihat lelaki berkacuk arab tu dibelakangnya
"Saya tak kacau awak, saya tolong je" Ammar terus pergi setelah memberi Dahlia sweatternya.
"Inggat dah tak ada orang yang baik dalam dunia ni" desisnya dalam hati dan melihat Ammar pergi.

Setelah sampai didepan kelasnya Dahlia terus masuk dan semua pelajar kelasnya hanya melihatnya hairan. Dahlia terus berjalan dengan muka tebalnya walaupun dia rasa begitu malu dengan keadaanya.
"Babe kau asal" bisik Sofia perlahan setelah melihat Dahlia duduk dikerusinya, Sofia rasa bersalah kerana membiarkan Dahlia berjalan seorang diri.
"Nanti aku cakap eh? Aku okay je.." hanya membalas dengan senyuman.
"Nanti kau cerita semuah eh? Janji!" Sambil mengusap bahu Dahlia.
"Janji" balas Dahlia ringkas.
Seorang Guru memasukki kelas 5Uni.
"Hello semua, apa kabar? Kita akan masuk bab baru pendidikan seni" ucap Guru didepan merupankan Guru seni 5Uni.
"Hello Cikgu, kabar baik Cikgu" semua pelajar berdiri.
"Okay semua duduk, Cikgu dengar ada pelajar baru? Boleh kenalkan diri?"
Dahlia terus berdiri ditempatnya.
"Oh awak ya? Kenalkan diri ya?"
"Hello Cikgu nama saya Dahlia" menundukkan kepalanya.
"Hello saya Cikgu seni awak yang baru, Cikgu Prev saya dengar awak sangat mencintai seni"
"Iya Cikgu" sambil tersenyum dan terus duduk.

"Asal dengan Dahlia kenapa dengan baju dia, aku tanya jelah" ucap Ethan dalam hati.
Ethan terus menendang kerusi Dahlia, Supaya dahlia pusing menatapnya.
"Eh pusing lah aku nak tanya ni?" Sambil bercakap perlahan.
Dahlia tak memperdulikan Ethan dia hanya diam dan tak membalas pertayaan Ethan.
"Weh Sofia kawan kau ni dah kenapa?" Ethan terus bertanya Sofia.
"Hm tak tahulah" balas Sofia sambil memandang Dahlia.
Sedihnya dengan nasibnya dari dulu Dahlia jarang ada seorang kawan, sebab dia asik berpindah sekolah jadi Dahlia tak banyak memperdulikan orang sekitarnya. Dia memang suka berseorangan. Biasa Dahlia okay-okay je kalau berpindah kali ini dia merasa menyesal.
"Termenung apa tu? Dah bunyi lonceng waktu balik, taknak balik ke babe?" Sofia terus mencuit Dahlia yang termenung.
"Eh, aku termenung sampai habis kelas ke?" Dahlia terasa panik dengan sikapnya.
"Iya" balas ringkas Sofia.
"Dah jom balik" sambil mengemas buku.
"Babe kau okay?" Sofia menanyakan keadaan Dahlia.
"Aku okaylah jom balik" mereka berdua terus keluar menuju pintu keluar sekolah.

"Asal dengan Dahlia tu banyak soalan aku nak tanya dia, dia tak layan aku pulak" desis Ethan perlahan.
"Eh kejap sweatter tadi macam aku pernah nampak? Macam aku punya" tiba-tiba Ethan melihat Ammar lalu didepannya, terus terlintas difikirannya. Dia pernah pinjamkan Ammar sweatternya.
"Et, sweatter yang kau pinjamkan dekat aku. Aku kasi pinjam dekat Dahlia" sambil melihat Ethan yang sedang berfikir.
"Et, kau okay tak?"
"Haa, kau kasi pinjam dekat Dahlia? Haa okay, aku okay" Ethan terus meninggalkan Ammar.
"Weh Ethan asal jalan sorang mana Ammar?" Tanya Dini.
"Ammar kat belakang, kau kat mana je rehat tadi?" Tanya Ethan pantas kepada Dini.
"Aku ada hal aku gerak dulu" Dini terus pergi.
"Eh Dini" panggil Ethan.
Asal ada darah dekat lengan Dini, dia terjatuh ke?
Dahlia keluar bersama Sofia menuju pintu keluar, Ethan hanya melihat dari jauh dan menghampiri Dahlia.
"Sofia, aku gerak dulu eh?" Dahlia cepat-cepat pergi sebelum Ethan sampai bertanya macam-macam kepadanya.
"Okay hati-hati" sambil melihat Dahlia menaikki sebuah kereta hitam mewah.
"Sofia.. Dahlia ada cerita apa-apa tak dekat kau?" Ethan datang terus menahan Sofia daripada lari darinya.
"Aku tanya pun dia tak jawab, aku tanak paksa kalau dia tanak cerita" Sofia terus pergi kerana takut Ethan bertanya-tanya.
Ethan terus pergi dan menaikki kereta besar yang berhenti didepanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience