"Ya" jawab malas Dahlia.
"Bangun pun, comelnya dia" sambil menyentuh pipi Dahlia.
Dahlia hanya diam, mungkin segelintir orang fikir dia perempuan murahan. Dia hanya tak nak Dini marah dan membuat sesuatu kepada dirinya.
Ethan yang melihat hanya tersenyum sinis dihujung bibir.
"Dasar murahan" dalam hatinya.
Sofia dan Ammar hanya memandang dan tak mempedulikan Dahlia dengan Dini.
"Awak nanti rehat tunggu saya tau, tak pun saya yang tunggu awak okay" Dini mengusap kepala Dahlia dan terus pergi dari kelas itu.
Dahlia terdiam macam orang bodoh. Dia merasa tak selesa dengan keadaan jika bersama Dini.
"Dahlia sweatter tu, Ethan punya nanti bagi Ethan je terus" Kata Ammar yang tersenyum dihadapan Dahlia.
"Haa..? Haa Terima kasih Ammar" balas Dahlia terkejut.
Sweatter tu Ethan punya, mana aku letak eh?
"Sama-sama" Ammar terus pergi.
"Esok saya pulangkan" kata sopan Dahlia sambil memandang belakang dan melihat Ethan.
"Sweatter tu boleh buang" jawab Ethan Dingin.
Baru pertama kali Dahlia melihat Ethan dingin terhadap dirinya. Dahlia hanya diam dan tak membalas percakap mereka.
Sofia hanya melihat dan mendengar percakapan mereka.
Setelah habis dua jam waktu pelajaran. Dahlia terlihat puncat kerana ketakutan untuk berjumpa dengan Dini.
"Sofia kau rehat sorang boleh tak?" Dahlia yang pucat berdiri.
"Kau kenapa nampak pucat dari tadi, belum makan ke?" Sofia dengan panik meletakan tanganya didahi Dahlia.
"Aku pening sikitlah, aku pergi bilik rawatan jumpa doktor dulu bye" sambil membawa bekalnya.
Sofia hanya melihat dia takut kalau dia selalu mengikutinya nanti Dahlia merasa tidak selesa. Jadi dia hanya melihat Dahlia berjalan dari luar kelas sahaja.
Ethan hanya mendengar dan pura-pura tidak melihat. Semasa Dahlia keluar Ethan terus mengikutinya walaupun dari jarak jauh.
"Tok-tok-tok" Dahlia mengetuk pintu bilik rawatan.
"Ya, masuk" bunyi suara dari dalam bilik itu.
"Hello Doktor, saya pening sikitlah" kata Dahlia.
"Mari sini baring saya mahu cek" balas Doktor.
"Awak selalu sarapan waktu pagi tak?" Tanya Doktor.
"Ya, saya tak boleh skip sarapan" jawab Dahlia.
"Jadi harini mesti awak skip sarapan, betuk tak?" Tanya Doktor.
"Aah lah Doktor saya tak sarapan dengan betul pagi ni" jawab Dahlia yang tersenyum kecil.
"Okay rehat lah, awak ada Gastrik. Jaga makan dengan baik okay"
"Okay Doktor" sambil membaringkan badanya.
Ethan hanya mendengar dari luar dan terus pergi setelah tak mendengar suara Dahlia. Mungkin dia tengah rehat sekarang.
Ethan berdiri didepan mesin yang menjual pelbagai coklat, dan membeli tiga jenis pelbagai coklat.
"Oi sini, kasi coklat ni dekat perempuan dalam bilik rawatan. Muka dia cantik, kulit dia putih dengan mata dia agak-agak warna coklat. Haa lagi senang nama dia Dahlia" Ethan memanggil seorang perempuan untuk membahagikan coklat itu pada Dahlia.
Ethan hanya tersenyum melihat perempuan itu memasuki bilik rawatan. Hatinya berdegup geli dengan apa yang dia lakukan harini.
"Sadar Ethan dia mungkin tak suka kau dan ingat kau jangan terhegeh-hegeh dengan perempuan" sambil mengusap dadanya.
"Kak Dahlia eh, ni ada coklat dari Ethan" eh dia ada suruh aku sebut nama dia ke? Hm lantaklah.
"Ah Ethan?, terima kasih dik" jawab Dahlia tersenyum melihat coklat pemberian Ethan.
"Eh mana budak tu hilang dah cepatnya.." baru nak pesan sesuatu ucap Dahlia.
Dahlia hanya tersenyum sambil memakan coklat dari Ethan. Dadanya tiba-tiba berdegup laju.
"Tak mungkinlah Ethan suka dekat aku". Kata hatinya.
Share this novel