22.

Romance Series 8188

Lia tersedar lalu dia mencuba membuka luas matanya dan melihat kearah jam didinding rumahnya sudah menunjukkan Jam 5 pagi.
“Comelnya bila tengok Ethan yang tidur dalam pelukan Daniel, patutnya dia yang peluk Daniel ni terbalik pulak” dia tergelak kecil kerana merasa lucu dengan apa yang dia lihat. Dia terus bangun menuju ke arah kamar mandi untuk membersihkan dirinya, perlahan lahan dia bergerak supaya Et dan Daniel tak terjaga.
Dahlia membongkar Almari pakaianya untuk mencari sepasang pakaian yang boleh dipakai Et untuk membersihkan dirinya nanti.
“Okay, sekarang boleh mandi” Lia masuk kedalam bilik mandinya.
Ethan yang mendengar bunyi air yang mengalir terus meliatkan tubuhnya.
“Ish aku tertidur jugak ke?” Ethan bendiri dan mencari telefon bimbitnya.
“Hah! 5pagi? Harini aku kena masuk office awal” Ethan melegakan dirinya di Sofa yang tersedia dikamar itu dan melihat Daniel yang sedang terlena tidur.
“Semalam dia panggil aku PAPA?” Bisiknya tiba-tiba teruja dengan mengukir senyuman kecil dibibirnya.
“Eh, awak dah bangun? Nanti awak boleh amik baju yang saya sediakan dekat bilik pakaian saya tu and awak akan nampak pintu kaca tu bilik mandi awak boleh mandi. Sorry kalau sempit sikit” Dahlia bersiap-siap untuk turun kebawah.
“Cantik jugak rumah dia, walaupun dah lama ditinggalkan. Masih Menarik dan mewah” Ethan melihat sekeliling sudut bilik tidur Lia dan frame dipenuhi dengan gambar-gambar wajah Daniel.
“Papa” suara Daniel memanggilnya.
“Morning Daniel” Ethan menghampiri Daniel.
“Morning sayang jom Siap-siap mandi, kejap lagi kena pergi school” Dahlia terus mencelah.
“Morning mama, Daniel nak siap-siap dengan papa lah”
“Daniel ini uncle Ethan, kawan mama” Dahlia mencuba untuk tidak membuat anaknya salah faham dengan kehadiran Ethan.
“Ni uncle Ethan? Bukan papa Daniel?” Dahlia terdiam kerana tak mampu menjawab pertanyaan Daniel.
“Yes, uncle Ethan ni papa Daniel. Jom lah kita mandi” bohong Ethan supaya Daniel tak merasa sedih.
“Saya dah siapkan semua dalam bilik pakaian, lepas ni saya nak cakap dengan awak” Riak wajah Dahlia berubah menjadi tidak senang dengan cara Ethan berbohong kepada Daniel, Dahlia meninggalkan Daniel yang mahu bersama Ethan.
“Daniel ini semua barang mama kamu?” Ethan melihat sekeliling yang penuh dengan barang-barang mahal dan tersusun kemas.
“Ya, Papa tak tahu ke mama suka sangat Shopping?”
“Oh papa baru tahu, papa siapkan Daniel dulu okay”
Dahlia turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan. Dia melihat KakMah sudah menyiapkan beberapa jenis sarapan.
“Morning non Lia” sapa kakMah yang sedang memasak makanan Daniel.
“Morning kak, banyaknya breakfast” Lia terus duduk dimeja makan.
“Kitakan ada tetamu non, jadi saya menambah satu lagi jenis menu” KakMah menuangkan segelas kopi untuk Lia.
“Oh, lepas ni akak boleh terus sarapan jangan makan lambat-lambat”
“Baik non Lia”
“Kak nanti setiap hari jam 7pagi akan ada lelaki menghantar bunga, akak tolong gantikan setiap bunga dalam rumah ini ya”
“Wah, baik akan dilaksanakan”
Ethan turun bersama Daniel lalu menghampiri meja makan yang berada diantara ruang tamu.
“Daniel makan dengan kakMah, mama nak tunggu delivery dekat ruang tamu. KakMah tolong hidangkan makanan untuk encik Ethan” Lia berdiri sambil membawa segelas kopi.
“Iya, ini Encik breakfastnya”
“Iya Terima kasih kak” Ethan merasa tak selesa, Dahlia tak menghiraukanya.
“Pin-pin” bunyi hon bas sekolah Daniel.
“Sayang mari sini pakai kasut, bas dah sampai” jeritnya.
“Okay ma, papa Daniel pergi sekolah dulu” Daniel memeluk Ethan.
“Okay sekolah rajin Daniel” Ethan membalas pelukanya.
“Bye ma” Daniel melambaikan tangan.
“Bye Daniel” Dahlia berjalan masuk kedalam rumahnya.
“Pin..” bunyi hon motorsikal, yang berhenti didepan rumahnya.
“Puan Dahlia kan?” Tanya pemandu motorsikal.
“Abang hantar bungakan?”
“Iya puan, puan boleh amik bunga yang ni. Terima kasih puan”
“Okay sama-sama”
“Akak bunga dah sampai” Lia meletakan dia atas meja ruang tamunya.
“Iya siap non” balas kakMah. Lia berjalan kearah meja makan dan duduk berbincang dengan Ethan.
“Ethan, please jangan bohong anak saya macam tadi”
“Saya cuma tak nak Dia rasa sedih Lia, saya juga tak membesar dengan ayah ibu saya. Jadi saya faham perasaan Daniel yang mahu kasih sayang seorang ayah and thank you untuk baju ni” Ethan melihat baju yang dia pakai kelihatan baru.
“Sama-sama, awak boleh amik baju dengan seluar tu, baju awak saya akan minta kakMah cucikan, Awak boleh teruskan breakfast awak, saya nak bersiap untuk pergi kerja” Lia terus naik dan bersiap, hampir 20minit bersiap Lia turun kebawah Melihat Et tak berada diruang makan.
“KakMah saya pergi kerja dulu”
“Hati-hati ya non Dahlia, bawa mobilnya santai-santai aja” balas kakMah yang sedang mengemas dapur.
“Iya, kakMah”

“Morning Cik Dahlia” sapa receptionist Hotel.
“Morning” senyum Lia malu-malu.
“Morning Lia” sapa Jay yang sudah berdiri dihadapan Lift.
“Morning Jay” balasnya.
“Harini i rasa boss akan jumpa u” Jay memulakan perbualan.
“Oh okay” balas Lia singkat. Lia melihat semua pekerja Hotel memberi ruang kepada Seorang lelaki yang sedang berjalan menuju kearah lift.
“Tu boss” bisik Jay.
“What..” jerinya dalam hati, Dahlia terus menutup separuh wajahnya mengunakan file ditanganya.
“Morning Boss” sapa Jay.
“Morning” Ethan terus naik apabila lift terbuka.
“Cool kan boss kita, tidak ada seorang staff Hotel berani naik Lift yang sama dengan dia. Walaupun nampak kacak, dia 24 selalu buat muka macam tu asik nak nampak garang je” Lia dan Jay masuk dalam lift yang sama.
“Habis tu i kena jumpa orang tadi tu ke?” Gelisahnya.
“Yelah, tu ruang kerja u. Pergi lah tengok” Jay terus masuk kedalam ruang kerjanya.
“Hi cik Dahlia” sapa staff yang bekerja dibahagian yang sama denganya.
“Hi, Lia fokus, dia Boss u bukan kawan u ingat!” Dia terus masuk ke dalam ruanganya untuk menenangkan dirinya sambil bercakap seorang diri, Jay yang sedang mengetuk pintu terus masuk kedalam bilik kerja Lia.
“U dah kenapa cakap sorang-sorang, boss nak jumpa u”
“Mana bilik boss?”
“Dekat atas, u naik belah kanan bilik boss” Jay keluar dari bilik kerja Lia.
“Kata ada orang baru, mana file resume dia ni” Ethan membaca file-file diatas ruang kerjanya.
“Tok-tok” seseorang mengetuk pintu biliknya.
“Masuk” Ethan hanya fokus melihat file ditanganya, Seorang wanita muncul dan meletakkan file resume diatas mejanya.
“Maaf menggangu, saya pekerja baru dekat sini” Lia hanya menunduk sedangkan Ethan hanya diam dan sibuk membaca file kerjanya.
“Boleh tunggu dekat sana” Ethan meminta Lia menunggu disofa ruang kerjanya dan Et masih belum melihat wanita didepanya.
“Baik boss” Lia menunggu dengan rasa tak selesa. Dia merasa kainnya terlalu singkat lalu dia mencuba menarik-narik kainya kebawah. Ethan yang sudah membaca file kerja terus mengambil file resume diatas mejanya.
“Hah? Dahlia” Ethan berdiri dan duduk disofanya.
“Ya saya Boss” Dahlia masih menarik kainya. Ethan yang melihat terus membuka coatnya dan menutup peha Dahlia.
“Terima kasih Boss” ucap Lia dengan pipi yang sudah memerah, Ethan masih bersikap tenang.
“Sama-sama, saya rasa awak boleh balik ke bilik awak sebelum lunch kita akan keluar untuk jumpa dengan Dini atas urusan kerja” Ethan terus bergerak ke tempat meja kerjanya.
“Baik Boss” Lia terus keluar dan meletakan coat Et disamping sofa. Dia yang baru saja meninggalkan ruang kerja dikejutkan dengan sebouqet bunga diletak diatas mejanya, Lia melihat bunga itu diletakan kad ucapan.
“Congratulations on your new job -Henry, dia ni 24jam spy aku ke?” Dahlia yang marah mengambil sejambak bunga itu dan berjalan kearah Lift.
“Sapa yang call pulak ni?” Telefon Ethan berbunyi.
“Ya ibu” Maria menelefon anaknya.
“Ethan balik rumah ayah ibu sekarang” ibunya terus mematikan telefon
“Aku ada buat salah ke?” Ethan mengaruk belakang kepalanya dan menelfon Jaycob untuk mengantikan diri mengurus Hotel sebentar.
“Jaycob i ada hal and pesan dekat Dahlia sebelum waktu lunch tunggu i dekat depan Hotel” Ethan berjalan menuju pintu Lift untuk turun kebawah dan Lift yang dinaiki Ethan berhenti ditinggkat Staff dan dia melihat Dahlia memenggang sejambak bunga yang sedang melangkah masuk kedalam lift untuk turun, Dahlia terus melangkah dan tak memperdulikan staff lain yang melihat dirinya menaiki lift yang sama dengan Bossnya. Ethan yang berdiri dibelakang Lia tak sengaja melihat kad ucapan dengan nama Henry. Mereka keluar bersamaan Ethan berjalan menghampiri keretanya yang terletak dihadapan Hotel sedangkan Lia mencampak sejambak bunga itu kedalam tong sampah yang terletak bersebelahan pintu masuk Hotel. Bagi Lia dia yakin mata-mata Henry pasti sedang melihat dirinya, lalu dia yang marah terus berjalan masuk kedalam Hotel. Ethan hanya tersenyum dihujung bibirnya kerana teringgatkan Zea yang juga selalu membuang bunga darinya.
Kereta Ethan berhenti didepan rumah mewah, iaitu rumah kedua orang tuanya. Lebih terejut lagi Ethan melihat kereta ibu Zea yang berada dirumah ibunya.
“Ibu..” Ethan masuk kedalam melihat Zea bersama ibunya, ibu dan ayahnya jugak sedang duduk bersama.
“Sara i minta u datang sini untuk membincangkan hal anak-anak kita and i nak minta maaf i nak membatalkan perjodohan anak kita” ibu Ethan, Maria tiba-tiba memutuskan perjodohan anaknya.
“Untie why? Zea ada buat salah dekat untie ke?” Zea melutut didepan ibu Ethan.
“Maria betul u nak putuskan perjodohan ni? Apa alasanya” sara mulai berang dengan apa yang terjadi kepada anaknya.
“I baru tahu dari adik Maia, anak i Ethan sudah mempunyai seorang anak” untie Ethan memberitahu Maria, Ethan datang membawa seorang anak kecil ke klinik miliknya dan Ethan yang mendengar mulanya merasa gembira tapi dia mula terkejut bahwa untienya bercerita tentang Daniel kepada ibunya.
“Apa?” Sara berdiri terus menampar Ethan yang sedang berdiri dihadapanya.
“Kenapa u tipu i, time i dah jatuh cinta dekat u” Zea dan ibunya keluar dari rumah Ethan. Ethan yang mendengar kata-kata Zea hanya mengukirkan senyum diwajahnya.
“Ayah tak ajar kamu jadi macam ni, baik kamu cepat-cepat berkahwin dengan ibu Daniel dan bertanggungjawab atas kesalahan kamu” Eisa melemparkan sebuah tamparan dipipi Ethan. Ibunya hanya menanggis malihat Eisa menampar anaknya.
“Dengar cakap ayah kamu, ibu hanya buat yang mampu ibu buat. Kalau itu yang buat kamu bahagia, ibu nak naik untuk tengok ayah kamu” Maria mengusap pipi Ethan.
“Ethan kena balik Hotel ada kerja, maafkan Ethan ibu” Ethan berjalan keluar dan terus meninggalkan rumah ibunya untuk singgah dirumahnya sebentar lalu dia menyuntuh pipinya dari pantulan cermin kereta.
“Tadi Jay cakap Boss nak amik aku sebelum Lunch mana dia tak sampai-sampai ni” Lia sudah 40minit menunggu Ethan di lobby Hotel. Lia yang malas menunggu lagi terus menelefon Sofia untuk meminta number telefon Ethan.
“Babe tolong hantar number Ethan please” Lia terus mematikan telefonya.
“Wait, dia terus matikan?” Sofia terus menhantar contact Ethan kedapa Lia melalui text. Lia yang mendapat text Sofia terus mendail number telefon Ethan. Tapi Ethan masih belum menggangkat telefon darinya, Lia yang perasan Sofia menghantar contact kepadanya terus menekanya untuk melihat alamat rumah Ethan. Lia terus menuju ke rumah Ethan dengan keretanya, baginya dia merasakan Ethan sedang berada dirumahnya. Lia terus masuk kedalam sebuah apartment dan melihat kereta Ethan yang sudah terparking, Lia turun untuk masuk ke apartment Ethan. Dia terus berjalan mencari alamat rumah Ethan yang terletak dihujung bangunan.
“haa ni lah rumah dia” Lia menekan bel rumah Ethan.
“Ding-dong” bunyi bel berbunyi Ethan yang mendengar terus membuka pintu rumahnya. Dia melihat Dahlia sedang berdiri didepan Rumahnya.
“Boss, kenapa dengan pipi Boss?” Lia melihat pipi Ethan yang memerah.
“Hm, masuklah” Ethan membuka kunci pintu rumahnya untuk Dahlia masuk, Lia masuk kerana ingin tahu dengan keadaan Et.
“Sorry lah lupa nak bagitahu awak kita tak jadi jumpa Dini, Dini busy harini” Ethan memberi segelas air putih kepada Lia, Lia mengambilnya dan meletakan diatas meja.
“Kalau tak jadi, so muka Boss tu kenapa?” Lia memusingkan kepala Ethan ke kiri untuk melihat pipi kananya.
“Saya kena tampar dengan Ibu Zea dan Ayah saya, semalam untie saya fikir Daniel tu anak saya and dia dah sampaikan hal ni dekat ibu ayah saya. Ibu saya memutuskan perkahwinan saya dengan Zea dan ayah saya pulak minta saya berkahwin dengan ibu Daniel dan bertanggung jawab” Dahlia yang mendengar membesarkan matanya.
“Hah? Sorry kalau saya sebab Boss tak jadi kahwin, jadi sekarang apa yang saya kena buat? Tak kan saya kena Kahwin dengan Boss pulak? Kenapa Boss tak cerita perkara sebenar” Dahlia mulai gugup kalau dia betul-betul harus berkahwin dengan Ethan.
“Kalau saya cerita perkara sebenar sekarang dia orang akan fikir saya tak mahu bertanggung jawab” Ethan sudah tak mampu berfikir untuk berkahwin dengan Lia yang tak mencintai dirinya. Lia berdiri dan berjalan kekiri dan kanan memikirkan cara supaya dia tak merosakan hubungan Ethan dan Zea, Telefon Lia berbunyi.
“Halo kakMah” Lia menjawab panggilan dari rumahnya.
“Non maaf, tapi ada tetamu datang kerumah. Katanya mahu ketemu sama non, bilangnya lagi dia ibunya Encik Ethan”
“Hah? Ibunya Ethan, bilangin saya sedang jalan menuju pulang kerumah”
“Baik non”
“Boss, ibu boss dah ada dekat rumah saya. Apa yang kita kena buat ni” mereka berdua mulai panik, Ethan mengambil kunci keretanya.
“Tunggu apa lagi, jom pergi rumah awak” mereka bergerak secara beransingan, berapa menit mereka tiba bersamaan. Ethan menghampiri Lia yang sedang turun dari keretanya.
“Awak jangan panggil saya Boss” kata Ethan perlahan, Lia hanya mengangguk. Lia yang takut hanya berjalan dibelakang Ethan, Ethan terus menyapa ibunya.
“Sayang duduklah jangan takut” Ethan menarik tangan Lia supaya duduk disebelahnya.
“Haa? A..ah okay” Dahlia mulai gugup dan jantungnya mula bergerak dengan laju tapi Ethan terus menggengam tangan Dahlia dengan kuat, Dahlia mencuba memperkenalkan dirinya.
“Halo puan, Nama Saya Dahlia” Lia menghulurkan tanganya. Ethan yang melihat kain Dahlia yang singkat terus menutupnya dengan pillow cushion yang ada disofa.
“Halo Dahlia, Nama ibu Maria. Panggil ibu je” mereka berjabat tangan, ibu Ethan hanya tersenyum gembira melihat Lia dan Ethan yang duduk bersebelahan.
“So, kenapa ibu datang sini?” Ethan mulai rasa gugup jugak.
“Ibu datang untuk memberitahu kamu berdua, ibu dah mendaftar pernikahan kamu harini. Pukul 5 petang ni ibu dan ayah dah uruskan majlis kecil untuk kamu berdua” Maria merasa puas dia berjaya menikahkan anak satu-satunya.
“Haa?” Ucap mereka serentak.
“Kami dah jadi suami isteri? Tanya Ethan yang tak percaya, Lia hanya diam membisu sekarang hidupnya sudah bertukar 360darjah.
“Iya anakku, jadi bila cucu ibu balik sekolah? Ibu nak bawa cucu ibu tinggal dengan ibu sementara waktu. Jadi Dahlia anggaplah keluarga kami macam keluarga kamu sendiri”
Bas sekolah Daniel sudah menurunkan Daniel jadi kakMah terus menjemputnya dari luar.
“Non, Daniel sudah pulang” Daniel terus berjalan kearah papa dan mamanya.
“Daniel, itu nenek Daniel” Ethan mengenalkan Daniel kepada ibunya.
“Nama cucu nenek Daniel? Jadi ibu akan bawa Daniel dan pengasuh Daniel sekali” Maria sengaja membawa cucu dan pengurus rumah Lia supaya mereka menghabiskan waktu bersama.
“Lia naik siapkan barang Daniel dulu” sebelum naik Lia menemui kakMah dahulu.
“KakMah maaf boleh tidak kakMah ikut Daniel dan menjaga Daniel memasa dirumah neneknya? Kalau kakMah ngak bisa, engak apa-apa” Lia menanya dahulu kepada KakMah.
“Bisa non, tadi ibuk itu jugak sudah minta izin ke saya. Jadi saya siapkan barang saya dulu ya” kakMah masuk kedalam Bilinya, Lia yang sudah bisu seribu bahasa hanya berjalan kaku. Ethan yang lihat Lia terus naik keatas mengikuti Lia.
“Ibu, Ethan bawa Daniel mandi siap-siap dulu” Et membawa Daniel naik ke atas bersamanya, Et masuk kedalam bilik Lia.
“Daniel pergi masuk mandi dulu, kejap lagi papa datang”
“Okay papa”
“Kalau awak penat, biar saya siapkan barang-barang Daniel, awak rehahlah” Ethan mencuba membuat Lia menjadi tenang dengan apa yang berlaku.
“Awak pergilah tengok Daniel, saya boleh urus sendiri” Lia terus keluar membawa barang Keperluan Daniel dan meletakanya dibawah dan Lia duduk dibawah menyibukkan dirinya, supaya lupa dengan masalahnya seketika. Daniel sudah bersedia untuk tinggal bersama neneknya yang baru dia kenali.
“Mama Daniel duduk dengan nenek atauk dulu okay, bye mama”
“PakMan, boleh jalan” Maria meminta pemandunya menjalankan kereta.
“Bye kamu berdua” Maria melambaikan kepada Lia dan Ethan, Lia hanya senyum membisu dan membalas lambaian. Setelah kereta jauh pergi Dahlia masuk kerumahnya, dia terus naik ke atas dan berbaring di tempat tidurnya. Ethan hanya mengikutinya mengunci pintu ruang tamu dan naik ke atas untuk melihat Lia.
“Lia Saya minta maaf dengan apa semua yang terjadi harini, awak jangan risau saya tak akan buat apa-apa kepada awak sepanjang perkahwinan kita. Kalau awak nak kita boleh bercerai dalam waktu terdekat” Ethan membuat jaminan kepada Lia supaya dia tidak merasa stress hidup denganya, Lia menutup kedua matanya lalu mengalirkan air mata.
“Daniel memang nak sangat hidup bekerluarga seperti kawan-kawanya, jadi tak ada sebab saya menolak perkahwinan ni. Semasa perkahwinan ni saya harap kita boleh merahsiakanya dari orang sekeliling kita, awak boleh teruskan dengan kehidupan awak sendiri dan saya teruskan kehidupan saya sendiri. Awak tak perlu ambil berat tentang saya” mereka berdua bersetuju hidup dengan cara masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience