Didalam perjalan Ethan dan Sofia hanya diam dan kaku walaupun bukan kali pertama Sofia menumpang Ethan.
“Sofia nak tanya sikit boleh?” Ethan memulakan perbualan.
“Haa tanyalah” Sofia merasa seram sejuk.
“Who is Dahlia’s husband?” Ethan bertanya tanpa ragu.
“Et tanya saya, sedangkan saya pon tak tahu. Dahlia belum sedia untuk cerita hal tu pada saya” Sofia mencuba jawab dengan tenang.
“Oh sorry kalau saya menyibuk hal dia”
“Kalau saya tahu mesti saya cerita, jangan risau”
Balas Sofia.
“Ding-dong” bunyi bel rumah Dahlia.
Dahlia terjaga, siapa pulak ni malam-malam tekan bel rumah orang. Dahlia melihat jam didinding sudah pukul 12:30 tengah malam, dia mengampai telefon bimbitnya dan terus turun Melihat dari monitor cctv pintu rumahnya. Buat apa dia dekat sini. Dahlia membuka pintu rumahnya dan menghampiri lelaki yang berdiri didepanya.
“Henry awak buat apa malam-malam depan rumah saya!” Dahlia membentak Henry.
“Lia please, dengar i explain” Henry mencuba memeluk Dahlia.
“Jangan sentuh saya” Dahlia menolak Henry.
“Please let me in” lelaki itu mencuba masuk kedalam rumah Dahlia.
“Henry you are drunk, pergi balik rumah awak. Jangan ganggu saya!” Dahlia menghalang lelaki itu dari masuk.
“Saya nak cakap something dengan awak” Henry mencuba mencium Dahlia.
Dahlia mengelak dan membuka telefonya untuk membuat panggilan, Dahlia terus menekan number Sofia yang berada log paling atas.
“Kring” telefon Sofia berbunyi.
“Halo babe” sapa Sofia.
“Sofia tolong aku” panggilan terputus.
“Haa tolong apa? Lia,Lia” Sofia sudah panik.
“Why Sofia” tanya Ethan.
“Ethan tak payah belok, terus pergi rumah teres belakang Apartment kita. Cepat!” Sofia merasa ketakutan.
“Puk” Henry menampar Dahlia dan mengheret Dahlia masuk kedalam.
“I dah cakap, i nak explain. U boleh tak dengar dulu” Henry mendekap tubuh Dahlia ke dinding.
Dahlia menanggis ketakutan.
“U call siapa tadi? Boyfriend baru u ke?” Henry melempar telefon Dahlia.
“Henry please awak janji tak akan buat saya lagi macam ni” Dahlia memohon.
Henry menutup pintu dan mengheret Dahlia lagi ke sofa. Henry yang tak sedar dengan perbuatanya mencuba membuka pakaian Dahlia.
“Stop Henry!” Dahlia bergelut supaya Henry tidak dapat membuka pakaianya.
Henry tak mempedulikan Dahlia yang memohon supaya dia berhenti dan lelaki itu juga tak berhenti memberi pukulan kepada Dahlia.
“Saya rasa ini pos untuk masuk Lia” Sofia menunjukan arah kepada Ethan.
“Okay” Ethan yang tahu rumah Dahlia terus masuk tanpa ragu.
Ethan dan sofia turun dari kereta dan mengetuk pintu rumah Dahlia.
“Ada kereta lain depan rumah Dahlia” Sofia merasa ada orang lain didalam rumah Dahlia.
Ethan yang risau memcuba membuka pintu yang tidak berkunci, saat Sofia dan Ethan masuk mereka melihat seorang lelaki yang sedang berusaha membuka pakaian Dahlia. Ethan yang marah terus memukul lelaki itu tanpa henti, Sofia terus menyelamatkan Dahlia.
“Kenapa laki tu buat kau macam ni” Sofia menanggis melihat Dahlia.
“Kenapa kau buat dia macam ni?” Tanya Ethan yang marah.
“Asal pelacur tu kau punya ke?” Henry tersenyum sinis sambil membersihkan darah dihujung bibirnya.
“Henry tolong pergi dari sini” Dahlia menghalau lelaki itu.
“Okay! I pergi, ingat u hanya milik i” Henry terus pergi.
“Babe kau okay, nak pergi klinik tak?” Sofia membolak balik wajah Dahlia.
“Aku okay, esok okaylah. Terima kasih datang sorry ganggu korang berdua malam-malam” sambil Dahlia membetulkan pakaianya.
“Apa yang okay? Kau tengok ni pipi kau dua-dua nak lebam, luka sana sini. Bibir kau pecah tau” bebel Sofia.
“Tak apa nanti aku ubat sendiri, duduklah aku buatkan air” Dahlia kedapur untuk menyediakan air.
Sofia dan Ethan duduk diruang tamu menunggu Dahlia menyediakan air.
“Et, saya mesej Ammar untuk belikan ubat 25minit lagi dia sampai”
“Okay, kalau Ammar penat saya pergi beli”
“Ammar dah otw”
Mereka berbisik sesama sendiri.
“Sorry lama pulak buat air, Sofia aku naik tukar baju kejap” Dahlia menutup butang pakaianya yang hilang.
“Okay pergilah, kita orang tunggu sini” Balas Sofia.
Ethan hanya terkilan dengan perbuatan lelaki tadi sanggup dia memukul wanita dengan begitu kejam.
“Siapa lelaki tadi, Henry, Suami Dahlia ke? And pelacur. Siapa pelacur” Ethan tak habis fikir apa hubungan Dahlia dengn lelaki Tak waras itu.
“Helo” suara Ammar dari luar.
“Helo sayang bawak ubat?” Tanya Sofia.
“Bawak nah” Ammar menghulurkan kepada Ethan.
“Ethan aku bawak Sofia balik dulu, esok aku nak suruh Sofia bukak kedai awal. Aku ada family dinner” Ammar memeluk Sofia erat.
“Hm okay bye” Balas Ethan.
“Cakap dekat Dahlia aku balik dulu” ujar Sofia.
“Okay” Ethan menunggu Dahlia turun.
Lamanya kata tukar baju.
“Mana Sofia?” Tanya Dahlia.
“Dah balik Ammar amik” Ethan membuka ubat2 untuk Dahlia.
“Jemputlah minum” pelawa Dahlia.
“Dah minum” Jawab Ethan.
“Sini saya ubatkan awak” Ethan menepuk Sofa disebelahnya.
“Tak apa nanti saya buat sendiri” tolak Dahlia kerana malu, dia harus berjumpa lagi dengan Ethan dalam keadaan huru hara.
“Sini” Ethan menarik Dahlia untuk duduk.
“Jangan tekan kuat-kuat” Dahlia merasa takut.
“Okay” Ethan membatas perbualan.
Ethan menyapu ubat disetiap luka diwajah Dahlia. Walaupun merasa gugup Ethan menahan perasaanya supaya tak terlihat.
“Cantiknya bidadari depan aku ni” pujinya dalam hati.
“Malunyaaaa” Dahlia menjerit didalam hati.
Share this novel