11.

Romance Series 8188

Dini yang sedang marah tak melihat Dahlia yang tak muncul-muncul terus mencari Sofia dikantin.
"Mana kawan kau tuh?" Tanya Dini dengan kasar.
"Hai Dini, u berbual dengan budak ni ke?" Nadia yang sedang menyindir Sofia.
"Hai Nadia, u dah makan?" Balas Dini.
"Jom lah teman i" ajak Nadia sambil menarik tangan Dini.
"Tadi dia cari Dahlia jumpa perempuan lain terus pergi dengan perempuan lain. Lelaki semua sama je" bebel Sofia yang geram dengan Dini.
"Siapa cari Dahlia?" Balas Ethan yang berdiri didepan Sofia.
"Haa tak adalah" sambil memberi nasi bungkus kepada Ethan.
Ethan terus pergi meninggalkan Sofia.
"Haa ni lagi sorang Dahlia, Dahlia, Dahlia" pening Dahlia kalau dengar ni, bebel Sofia lagi.
"Korang ingat aku kaunter pertanyaan awam ke?" Geram betul aku, fuh popular betul kawan aku sorangni.
Sofia terus menuju ke bilik rawatan setelah selesai makan dan melihat Dahlia tersenyum melihat plastik coklat yang kosong.
"Ni dah lain ni, dah tak betul ni senyum-senyum tengok plastik tuh dah kenapa? Kau lapar nak aku belikan ke? Nak cakaplah Dahlia, baru seminggu kau jadi kawan aku! Dah jadi gila pulak" Sofia mengambil plastik Coklat itu dan membuangnya dalam tong sampah.
"Weh, jangan buang" Dahlia mengambil kembali plastik tadi.
"Okay kau simpanlah kalau kau nak, jom aku bawak kau balik kelas" Sofia yang heran hanya melihat saja kelakuan kawanya itu.
"Jom" Dahlia yang berjalan tanpa membawa beg bekalnya, terus keluar meninggalkan Sofia.
"Weh Dahlia beg kau ni" Sofia terus mengambil dan membawanya.
Mereka berdua berjalan tanpa bercakap satu patah perkataan pun. Sofia terus memerhatikan Dahlia. Melihat Dahlia seperti orang gila dan tidak waras.
"Nah beg kau ni" menghulurka beg bekalnya.
"Ujian ni akhir percubaan, kau dah ready? Lagi seminggu je ni" tanya Dahlia.
"Aku ready je bila-bila boleh" dengan menyombongkan diri.
"Aku pun dah ready dan tak sabar habis sekolah" sambil mengoyangkan badan Sofia dengan gembira.
"Kau okay tak ni" dengan melepaskan tangan Dahlia darinya.
"Tak" balas Dahlia pantas.

Ethan masuk dengan perlahan sambil melihat Dahlia dan Sofia bergurau. Hatinya terasa senang melihat Dahlia yang dah mula ceria.
"Oh.. macam tu kalau Dahlia senyum, manisnya senyuman dia." Ethan berhenti dan melihat buku diatas mejanya.
Dahlia dan Sofia masih tidak perasan dengan kehadiran Ethan terus bergurau dengan mesra.
"Hm saya nak berlajar ni" sambil Ethan mengetuk meja dengan kukunya.
Dahlia Sofia terus melihat kebelakang dan melihat Ethan sedang duduk. Mereka terus diam membisu hingga waktu balik sekolah.
"Aku malu tau tadi" bisik Sofia.
"Aku pun weh" balas Dahlia.
Mereka berdua terus berjalan laju untuk mengelak berjumpa dengan Ethan.
Ethan yang berada dibelakang hanya melihat mereka berdua yang berjalan terburu-buru.
"Mana Ammar dengan Dini ni" Ethan yang tak melihat sahabatnya itu terus memilih balik.
Dari jauh Ethan melihat Dahlia yang sedang berdiri menunggu seseorang. Ethan langsung tak berhenti melihat Dahlia dengan senyum diwajahnya. Setelah 20minit melihat Dahlia, Ethan melihat ada kereta mewah berhenti didepan Dahlia. Ethan yang terus mendekat melihat seorang lelaki yang keluar dan membuka pintu untuk Dahlia.
"Siapa tu? Abang dia ke.. muka tak sama pun? Ada ke abang yang bukakkan pintu adik dia?" Ethan yang melihat terus merasa cemburu, dan terus masuk kedalam kereta yang sedang menunggunya.
"Pakcik boleh ikut kereta tu tak?" Perintah Ethan kepada pakcik yang bekerja sebagai driver peribadi Ethan.
"Boleh, tuan muda"
Kereta Ethan terus mengikuti kereta yang dinaikki Dahlia.
Hampir 15menit mengikuti kereta yang dinaikki Dahlia memasuki kawasan perumahan elit.
"Dekat sini ke rumah Dahlia? Mewah jugak, boleh kita masuk tak pakcik?" Tanya Ethan kepada drivernya.
"Saya tanya dulu ye tuan muda"
5menit bertanya driver Ethan kembali kedalam kereta.
"Boleh tuan muda"
"Mari masuk pak cik" Ethan yang teruja mencari kereta yang dinaikki Dahlia tadi.
"Tuan muda itu kereta yang kita ikut tadi"
"Pak cik berhenti sekejap" Ethan melihat, Dahlia dengan lelaki tadi saling bertatapan di hadapan sebuah rumah mewah dan saling berpelukan.
"Pak cik mari balik rumah" Ethan yang cemburu tak mampu melihatnya.

"Terima kasih abang Joe" ucap Dahlia.
Dahlia terus terun dari kereta Joe, baru beberapa langkah Joe memanggilnya dan terus berdiri dihadapan Dahlia.
"Dahlia" panggil Joe.
"Ya bang ada apa"
"Terima kasih kerana terima abang menjadi sebahagian daripada kehidupan Dalili, abang sangat mencintai Dalili dan abang janji akan membahagiakan kakak kamu" Joe menitikan air matanya yang terus tertahan, dia ingin memberi tahu sesuatu tentang Dalili. Tapi dia sudah berjanji untuk merahsiakanya.
Dahlia yang melihatnya terus menumpahkan air mata, dan Joe terus memeluknya.
"Tolong berjanji dengan Lia untuk membahagiakan kakak" balas Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience