INDEED 04 | Istimewa

Romance Series 6216

"Indeed, he's the perfect creature ever."

  KAKIKU terjengket-jengket keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban. Tubuh terasa segar sekali selepas selesai membersihkan diri namun lekit dosanya masih terasa dan aku jijik dengan diri sendiri. Namun, untuk menyesal tiadalah guna. Semuanya telah terjadi dan takkan boleh diulang putar kembali.

Klik.

Aku menekan kunci pintu, menghalang lelaki bermata biru itu meredah masuk ke dalam bilik ini. Aku memerlukan masa bersendiri.

Dahi kutepuk perlahan bila teringat yang beg bajuku tertinggal di pusat beli-belah semalam lantaran cuak bila ditarik pergi oleh lelaki itu. Lepastu nak pakai baju apa ni?

Baju kurung yang terdampar di atas lantai kukuis sedikit. Baju kurung semalam dan ia sudah tercarik di bahagian bahu akibat rentapan si lelaki. Hee, tak beragak langsung lelaki tu nak merosakkan baju orang! Ingat kita kaya macam dia agaknya?

Telingaku terdengar bunyi tombol pintu dipulas-pulas namun aku buat tak endah. Itu mesti si lelaki cuba nak masuk.

"Girl, open the door please."

Buka pintu? Heh, of course no! Dia fikir aku seperti wanita-wanita yang dia pernah tiduri?

"Girl! Do open the door. Now!" Suaranya mula naik seoktaf namun aku terus tak menghiraukannya. Aku membiarkan dia mengetuk-ngetuk pintu tanpa henti diselangi jeritan.

Mataku meliar sekeliling dan aku ternampak sebuah pintu yang besar, memisahkan antara ruang ini dan satu lagi. Aku menolak perlahan pintu gelangsarnya dan mulutku terlopong melihat sebuah ruangan pakaian. Penuh dengan pelbagai pakaian dan perhiasan.

Kemeja, hoodies, T-shirt, seluar slack, jeans, tali leher, jam dan sebagainya. Semuanya disusun kemas dan ajaibnya ia disusun mengikut brand!

"Kaya betul mamat ni." Gumamku.

Sehelai hoodie kutarik keluar dan terus kusarung ke tubuh. Pinjam dulu buat solat sebelum kufikirkan cara lain selepas ini.

Hoodie itu terlalu besar bagiku. Labuhnya sahaja sudah menutup sampai lututku. Kubelek-belek seluar milik si lelaki. Pinggang seluar terlalu besar. Kalau aku pakai...

"Londeh, hun."

Cuak. Aku berkalih dan mataku ternampak dia sedang bersandar di pintu gelangsar sambil berpeluk tubuh. Mata birunya tajam menikam anak mataku.

"Ma-macam mana awak boleh masuk? Saya dah kunci!" Aku menjerit terkejut. Seluar di tangan kudepangkan pada tubuh, menghalang sepasang kakiku yang terdedah menjadi habuan mata nakalnya.

"Yep, memang kau dah kunci tapi kau lupa... ni bilik aku. Aku tuan rumah ni. Kunci ada pada aku, honey. You can't go anywhere easily."

Dia mengemam bibir, suka melihat rambut panjang si gadis yang mengurai hingga pinggang. Messy. Bed head hairstyle.

Damn.

"Err..." Aku kelu. Kalau aku pinjam baju dia, agak-agak dia marah tak?

"A-awak ada... telekung?" Soalku walaupun 98 peratus aku yakin dia akan menjawab tidak. Kepalaku hanya menunduk ke bawah, jijik nak menatapnya kerana setiap kali anak mataku jatuh pada wajahnya, aku jadi teringat memori hitam semalam. Pahit.

"Te-telekung?" Dia nampak tergamam sekejap sebelum satu jelingan tajam dia hadiahkan.

"Kau ingat aku perempuan nak pakai benda alah tu?"

Whoa! Not bad kalau dia tahu telekung tu apa.

"Kutlah... awak ada simpan... girlfriends awak punya..." Omelku, kuagak cukup untuk pendengaranku sahaja namun dahinya berkerut selepas itu.

"Apa? Kau ulang sekali lagi."

"Hah?"

Mataku terbeliak. Dasar telinga lintah! Hee, seram pula aku!

"Kejap."

Dia bergerak ke wardrobe besar itu dan laci paling bawah ditarik. Aku memandang sahaja tindakannya. Dia bagai sedang mencari-cari sesuatu.

Beberapa minit kemudian, dia mengeluarkan sebungkus plastik jernih yang isinya kain pelikat. Dicampakkan kepada aku yang mengambil jarak jauh 1 meter daripadanya.

"Pandai-pandailah kau pakai."

Aku memandang bungkusan plastik di tanganku. Idea mula tercetus.

"Ada satu lagi tak?"

"Kau nak buat apa banyak-banyak? Nak jadi lelaki?" Dia mendengus perlahan sebelum mencari lagi sebungkus kain pelikat. Diserahkan kepadaku.

Kedua-duanya masih berbalut plastik yakni masih belum dipakai. Mujur.

Mataku mengerlingnya sekilas. Dia masih di situ dan kebetulan saat itu, dia juga sedang merenung tepat ke arahku. Pandangan kami bertembung.

"Err... Awak nak duduk sini ke?" Aku bertanya kepadanya bila melihat dia tak berganjak keluar.

Aku nak menunaikan solat Subuh biarpun jam sudah pun menunjukkan pukul 8. 30 pagi. Tak pernah-pernah aku terlewat menunaikan tiang agama itu. Kesalku berbakul-bakul.

Bila dia tak berganjak keluar dari bilik ini, aku merasa tak selesa. Tambahan pula, dengan pakaianku yang jelas-jelas mendedahkan sebahagian tubuhku, aku rasa sumbang sangat berdiri di hadapannya sekarang.

Dia tersedar. "Nanti kau keluar makan." Pesannya sebelum menghilang keluar dari bilik.

---

   ANAK-anak tangga kuturuni satu persatu dengan berhati-hati. Design tangganya sahaja pun sudah unik. Berpusing dan berputar macam puting-beliung dengan materialnya kaca jernih. Aku pun naik takut nak memijak kaca tangga namun bila dimarahi si lelaki semalam, keberanianku sedikit bertambah.

Mataku meliar memandang keadaan sekeliling rumah agam ini sementara kakiku mengatur langkah ke ruang makan — sebenarnya aku sendiri tak tahu di mana ruang makan lantaran rumah ini terlalu besar dan mewah! Ruang tamunya sahaja seluas padang bola.
  
Tak terdapat banyak hiasan pun sepanjang jalan yang kulalui. Tiada potret keluarga mahupun sebingkai gambar si lelaki bersama kesayangannya. Yang ada cumalah beberapa potret lukisan gergasi yang aesthetic.

Langkahku terhenti pada satu bingkai besar yang tergantung di tengah-tengah ruang tamu. Bingkai itu berisi kanvas putih yang bersaiz gergasi. Anehnya, kanvas itu kosong tanpa sebarang calitan warna mahupun lakaran.

"Apa gantung potret kosong?" Aku mengomel sendiri. Memang gaya orang kaya aneh sebegini agaknya. Suka menghabiskan duit kepada perkara sia-sia.

Potret ringkas yang bersaiz kecil sahaja sudah mencecah ratusan ringgit malah ada yang mencapai ribuan ringgit. Inikan pula sebingkai potret gergasi tapi kosong.

"Dah puas tenung?" Satu suara menyapa halus deria pendengaran. Dia berdiri betul-betul di sebelahku, berpeluk tubuh dan mengarahkan pandangan yang sama pada arah mataku.

"It costs..."

Aku sabar menanti sambungan katanya namun dia cuma menggantung ayat.

"Berapa?"

"Terlalu banyak untuk disebut." Senyuman senget tersungging di bibir.

Cis, dia tak tahu senyumannya itu sangat memukau biarpun selalu kelihatan sinis dan memerli. Dia tak tahu suaranya berjaya mengetuk tangkai jantungku biarpun kata-katanya kadang-kadang penuh egoisme dan menyakitkan hati.

Aku tak tahu... kenapa aku boleh rasa senang dengannya biarpun pertemuan kami sangat singkat dan menyakitkan.

Aku tak tahu... kenapa aku tak boleh membencinya biarpun dia telah merampas 'mahkota' yang kusimpan untuk bakal suami sekian lamanya.

Aku tak tahu...

Kenapa dia terlalu istimewa di hatiku walaupun dia telah menaburkan luka kepadaku. Nyata, dia selayaknya dibenci,

Tapi aku tak mampu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience