INDEED 10 | Tawaran

Romance Series 6216

"Indeed, he's the perfect creature ever."

"NAK ke tak nak?" Fayyad menyoal sekali lagi, meminta keputusanku tentang tawarannya.

Aku mendiamkan diri sambil fikiranku ligat memikirkan tentang tawarannya. Bekerja sebagai maid di rumah ini dan mendapat RM3 000 seminggu. Seminggu! Bukannya sebulan. Gelap sekejap mataku memikirkan habuan dunia tetapi bila teringat aku harus berada 24 jam dekat dengannya, aku nekad.

"Tak. Saya tak nak." Tolakku.

Aku takut kalau dia ada niat lain malah aku takut kalau dia akan mengapa-apakanku lagi. Tambahan pula, aku akan bekerja 24 jam dekat dengannya, potensi untuk dia 'menyerangku' lebih tinggi.

Fayyad menghembuskan keluhan berat. Rambutnya diraup ke belakang. Sebenarnya dia bukan sedang membuat tawaran tapi ini satu desakan. Kalau Bell tak boleh bersetuju dengan mudah, dia akan memaksa. Dia akan memastikan Bell terima tawarannya dan bekerja di sisinya.

"Well, Bell... Kau tahu kan apa akibatnya kalau kedua-dua orang tua kau tahu apa yang dah terjadi sebenarnya? Diorang izinkan kau datang sini sebab kau kata kau nak bekerja. Nak cari duit sara dua orang lagi adik kau.

Hm, apa namanya? Oh ya! Azim Najhan dan Afrina Nasuha. Kan?"

Aku terkedu saat mendengar dia menyebut nama adik-adikku. Tepat! Fakta-fakta yang disebutkan juga benar. Tiada yang menyeleweng. Mana dia dapat maklumat tentangku?

"Kalaulah diorang tahu... Kau dah tak-"

"Encik Fayyad!"

Pandangan kami bertembung sekejap. Fayyad menayang senyuman sinis. Bangga agaknya dapat menyelongkar hal peribadiku.

"So aku rasa better kau terima je tawaran ni. Kau boleh kirim duit pada family kau. Besides, kau boleh masuk belajar semula."

"Tak nak!"

Fayyad mengetap bibir. Apa kedegilnya perempuan ni? Orang ajak kerja sekali pun, tak mahu!

"Kau ingat dengan sijil diploma engineering kau tu laku nak bekerja? Sekarang ni orang tak pandang diploma lagi dah! Orang nak paling kurang pun degree." Fayyad mendengus.

Aku terpempan sesaat dua. Ya ke tak laku? Lepastu sia-sialah aku datang dari Perlis ke negeri jelapang padi ini kalau betul sijil diploma aku tak laku. Bibir kugigit perlahan.

"Betul ke?"

Fayyad terdiam. Perempuan ni percaya? Ya, memanglah rata-rata sekarang syarikat lebih mencari seorang pekerja yang mempunyai kelulusan degree tapi kalau melihatkan sijil diploma si Bell, Bell memang layak diterima bekerja.

Engineering, sebuah bidang TVET yang memerlukan tenaga pekerja bukan ilmu semata-mata. Kalau Bell tak mampu jadi bos, sekurang-kurangnya kerja sebagai kuli sudah cukup memadai untuk Bell sara keluarganya.

Tapi Bell ialah seorang perempuan kampung yang polos!

Kalau dengan lelaki lain, Fayyad berani jamin Bell takkan selamat. Senang sangat diperdaya dan digunakan!

"Kalau macam tu..."

Fayyad menunggu jawapan Bell. Setuju? Tak setuju?

Hahah. Sekurang-kurangnya dengan kenyataan palsu tadi berjaya membuatkan Bell berubah fikiran.

"Biar saya fikir dulu."

Cighit.

Fayyad belum boleh bertenang.

---

MATAKU membulat luas sebaik ternampak Nokia model lama milikku ada di atas meja lampu. Kalut-kalut aku mendekat dan mencapai benda alah itu sebelum punggung kulabuhkan di birai katil.

Kurapatkan Nokia ke dadaku dengan mata yang terpejam suka. Konon-konon itulah harta paling bernilai yang aku ada tapi memang ya pun!

"Kia, mana awak pergi? Saya cari awak merata-rata. Reti pun awak nak balik." Aku mengomel sendiri.

Selepas beberapa saat kemudian, aku tersengih mengenangkan sikap sendiri. Mujur tiada sesiapa di dalam bilik ini untuk menyaksikan kebodohan yang baru berlangsung tadi.

Tak, aku bukan bodoh. Cuma dumb sikit je. Ehek.

Keypad diunclock dan jemariku terus menari-nari di atas papan kekunci bagi mencari nombor mak. Hanya mak yang ada telefon bimbit. Abah tak gemar memakainya kerana katanya renyah. Payah.

Tut. Tut.

Tak menunggu lama, panggilan telah pun bersambung. Aku menjerit ceria.

"Assalamualaikum mak!"

"Waalaikumussalam. Kau sihat?"

"Sihat alhamdulillah. Mak? Abah? Adik-adik macam mana?"

Walaupun baru tiga hari aku tidak berhubung dengan mereka, rasa rinduku sudah mencanak tinggi. Rindu betul untuk pulang ke kampung. Tunggu.

Tunggu semua ini selesai, aku akan pulang ke kampung. Cari kerja di kampung sahajalah kalau dengan sijil diplomaku, aku tak mampu diterima bekerja di kilang Sime Darby yang aku mahu.

"Alhamdulillah sihat semuanya. Semalam pun dah buat janji temu untuk abah."

"Janji temu untuk apa?"

"Pembedahan katarak abah kau la! Doktor kata katarak abah makin teruk. Abah pun dah tak boleh guna sebelah mata. Itu yang buat janji temu cepat-cepat."

Aku mendiamkan diri. Pembedahan? Pembedahan memerlukan kos yang tinggi. Haih.

"Pasal adik-adik kau pun, yuran dah dibayar habis sampai hujung tahun. Cikgu-cikgu pun takdelah nak bising-bising lagi macam sebelum ni." Mak ketawa di hujung ayatnya.

Yuran dibayar habis sampai ke hujung tahun? Mana puncanya duit?

"Mak—"

"Terima kasihlah Am, kirimkan duit banyak-banyak tu pada kami. Kalau takde duit Am tu, tak tahulah sampai sekarang macam mana keadaan kami di sini."

Aku terpempan. Bagaikan dihambat kejutan, aku bingung sendiri. Sejak bila aku kirimkan duit kepada mereka di kampung? Kerja pun aku tak dapat lagi!

"M-mak dapat berapa?"

"RM10 000. Kenapa kau tanya? Kaulah yang mesej mak kata kau dah masukkan duit!"

"Am mesej mak? Pakai nombor ni ke?"

"Iyelah! Kau ni dah kenapa, Amira?"

Aku menggigit bibir. Hatiku mula mengesyaki ada sesuatu yang aneh berlaku.

"Amira?"

"Arr... Ya, mak. Ha iyelah. Am terlupa. Hehe."

"Herm, macam-macamlah kau ni. Kau kerja apa tu?"

"K-kerja a-apa?" Perutku rasa memulas bila mendengar soalan serkap jarang mak. Apa aku nak 'goreng' ni?

"Ya, mak tanya kau kerja apa? Amira, kau kerja elok kan? Bukan jadi pelacur di kelab malam kan?" Mak menduga. Risau dan sangsi bila anaknya itu bagai terkedu daripada tadi.

"Aih, mak ni! Am kerja elok la. Takkanlah nak kerja di kelab malam. Am pun tahu halal haram la." Aku ketawa kecil bagi menutup rasa sumbang yang bertandang. Namun tawaku kedengaran sangat sumbang, sesumbang rasa menipu mak sekarang.

Memanglah aku tak bekerja sebagai pelacur di kelab malam tapi keadaanku ini sama sahaja seperti pelacur. Malah pelacur lebih baik keadaannya daripadaku. Sekurang-kurangnya mereka bekerja dapat wang. Aku?

Entahlah.

"Hm, baguslah. Lega mak dengar. Kerja apa kau buat tu sampai dapat beribu-ribu?"

"Am kerja... jadi... err... maid. Ah, ya! Am jadi maid di rumah orang kaya ni. Keluarganya orang Inggeris tapi dah lama tinggal di sini. Lagipun dia tahu keadaan keluarga kita lepas belek resume yang Am bagi, itu yang dia bagi gaji pertama lebih sikit tu."

"Oh. Jadi maid. Hm, hati-hatilah ye? Dunia sekarang ni ramai orang jahat. Takut-takut dia cuma nak ambil kesempatan."

"Ya, mak. Hm, okeylah. Am nak sambung kerja. Kirim salam pada yang lain."

"Kau pun kirim salam pada bos kau. Berterima kasih banyak-banyak sebab bermurah hati nak bagi gaji pertama banyak-banyak macam tu."

"Ya, mak. Hee."

Tut.

Aku memutuskan talian. Ada benda yang tak settle sekarang ni!

---

   DIA cuma menayangkan muka toya sedari awal hinggalah sekarang. Bagaikan tak terkesan langsung dengan soalanku. Bagaikan tak bersalah dan tak tahu apa-apa.

Aku tertawa sinis sambil menepuk-nepuk tangan; mengejek.

"Encik memang pandai berlakon."

"I'm not pretending. Kau tu yang berlakon. Hipokrit. Depan family kata lain, depan aku kata lain." Dia mencebik sebelum Espresso panas buatannya dicicip berhati-hati. Matanya masih melekat pada kaca tv, menonton filem Inggeris yang entah apa-apa.

Mataku terbeliak luas. Dia curi-curi mendengar perbualanku dengan mak tadi?

"So kau memang setuju la kan nak kerja dengan aku?"

"Saya tak bagi apa-apa keputusan lagi!"

"Tapi kau dah cakap pada mak kau, kau kerja as maid."

"Encik Fayyad Hakimi, dengar dan hadam apa yang saya nak cakap ni." Aku menderam halus sekaligus telah berjaya menarik perhatiannya.

Dia meletakkan Espresso di atas meja kaca di hadapannya. Kemudian dia membetulkan duduk dan memandang tepat ke wajahku.

Pipiku merona sebaik bertemu pandang dengannya. Bagaikan terbayang memori di mana aku merayu-rayu kepadanya dan dia cuma senyap dan terus merenungku dengan pandangan nafsu.

Damn.

Geli.

Aku mengalihkan anak mata, berpura-pura meneliti buatan cawan bertangkai yang berisi Espresso.

"Saya tak nak kerja dengan awak. Tak kisahlah jadi maid ke mermaid ke, saya tak nak."

"Wau, mermaid. Bagus juga cadangan kau." Dia tersengih miang. Ish! Dasar otak kuning!

"Pasal duit RM10 000 tu, saya akan cari cara untuk bayar balik. Anggap je tu hutang saya dengan awak."

Fayyad diam namun bibirnya tak henti melorek senyuman nipis. He's look very attractive in that smile!

"Sekarang ni, kita takde apa-apa lagi dah. Saya maafkan apa yang awak dah buat. Kalau betul saya mengandung, saya takkan cari awak dan saya takkan susahkan awak. Awak tak perlu risau pasal saya dan kandungan."

Fayyad terangguk-angguk faham.

"So, boleh izinkan saya pergi?" Aku memandang pintu rumah.

"No."

Mataku terkerdip-kerdip tak percaya sebaik mendengar jawapan ringkasnya. Biarpun ringkas tapi sangat menyakitkan hati!

"Awak tak faham ke apa yang saya dah terang panjang berjela tadi? Nak saya ulang?"

Dia ketawa geli hati. "Bell, kau nampak comel gila bila marah-marah macam ni."

Dia puji aku? Hah? Dia puji aku kan tadi? No, Bell. Don't melting again.

"Okey. Kalau tu keputusan kau, aku mengalah. Tapi—"

Matanya merenung tajam ke anak mataku. Dia tersenyum senget. Dasar psikopat! Dadaku berdebar-debar menunggu sambungan ayatnya dan ia sangat mengejutkanku bila Fayyad telah pun menuturkannya.

"Aku akan bagitahu mak dan abah kau pasal apa yang dah berlaku antara kita."

Wait. No! Mak dan abah tak boleh tahu rahsia gelap itu. Tak boleh.

Air mataku mula menitis-nitis membasahi wajah. Aku melutut di kakinya. Kedua-dua telapak tanganku disatukan dan dirapatkan ke dada. Mataku memandang wajah toyanya.

"Encik, jangan. Diorang tak boleh tahu apa yang kita dah buat. Saya janji... saya kerja dengan encik. Asalkan encik tak buka rahsia tu pada diorang."

Fayyad menyembunyikan tawa jahatnya. Akhirnya, dia berjaya juga membuatkan perempuan kampung ini tunduk pada kuasanya walaupun dia terpaksa menggunakan cara kotor.

"Are you saying that you are accepting my offer?"

"Y-ya, saya terima."

Fayyad, 1. Bell, 0.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience