INDEED 11 | Sarapan

Romance Series 6216

"Indeed, he's the perfect creature ever."

   TUGASAN pertamaku bermula sejak pagi tadi. Aku harus memastikan perutnya terjaga, rumahnya bersih dan kemas, kemeja kerjanya bergosok dan sebagainya. Semuanya telah dibriefing oleh bodyguard Fayyad semalam, si Mikael.

Aku bangun awal pagi seperti biasa. Pukul 5 pagi, aku dah tercongok di dapur bagi menyediakan sarapan. Kabinet kayu itu kubuka satu persatu sambil mata meliar mencari bahan untuk dimasak.

Tiada apa.

Jangan kata spaghetti, beras pun takde! MashaAllah.

Ni konfem-konfem tak pernah makan di rumah. Kalau macam tu, bubur ayam yang diberi Fayyad tempoh hari pun mesti datangnya dari kedai. Cis! Patutlah sedap. Ada ajinomoto.

Kabinet yang agak tinggi kupandang. Tinggal pintu kabinet itu sahaja yang masih belum kubuka. Aku mencuba nasib, mana tahu si Fayyad sorokkan maggi di situ kan?

Kerusi kutarik dan diletakkan betul-betul dekat dengan kabinet sebelum kupanjatnya. Pintu kabinet kukuak perlahan. Disebabkan kedudukannya agak tinggi dan aku tak mampu melihat dengan jelas, aku mengunjukkan tangan meraba-raba ruang di situ.

Kosong.

Kupijak sedikit kabinet di bawah untuk mengunjukkan tangan lebih ke dalam. Tiba-tiba tapak kakiku terasa basah.

Aku mendecit perlahan. Macam mana boleh tak perasan ada air di atas kabinet yang kupijak ini? Geli!

Terus kuhalakan kaki ke kerusi untuk 'mendarat' semula. Entah di mana silapnya, aku tergelincir jatuh dari situ. Macam nangka busuk, aku tersungkur di atas lantai.

"Aduhh." Kuerang perlahan. Sakitnya dahiku. Pedih dia lain macam.

"Woi, kau buat apa sujud kat lantai dapur ni?" Fayyad yang baru masuk ke ruangan dapur menegur. Nak solehah pun beragak la! Ni sampai kat dapur nak sujud syukur.

"Ee, terjatuhlah! Sakit."

Fayyad tersengih lantas menghampiriku. Tangannya memapah aku dan didudukkan di island bar table.

"Sakit kat mana?" Soal Fayyad lantas menarik satu lagi kerusi berkaki tinggi dan dilabuhkan punggung di situ. Tubuhnya menghadapku.

"Sibuklah."

"Eish, buat jual mahal apa? Sini aku nak tengok!"

Dengan ganas, Fayyad mendongakkan kepalaku. Jari telunjuknya menunjal kasar dahiku dan aku mengerang kuat.

"Sakitlah! Ei, awak ni."

"Ha memang la sakit. Benjol."

"Lepastu awak tekan?"

"Bagi masuk sikit otak kau tu. Kau ni... Aku kata bodoh kang, marah. Kau nak panjat kabinet tu pun, agak-agaklah. Kerusi tu kerusi kaki tinggi. Memang kau sengaja nak mampus kan?" Fayyad berpeluk tubuh. Matanya mencerlung tajam ke wajahku.

Ee, takut.

"Nasib takde pisau ke apa. Kalau tak, buta dah kau."

Pandanganku terasa berbalam-balam. Sedar-sedar sudah ada air hangat yang menitis di pipi.

"Woi, menangis kenapa? Aku tegur je. Tak marah pun. Alah, kau ni. Cengeng la." Fayyad menepuk-nepuk perlahan belakang tubuhku. Tak perlahan pun sebenarnya. Rasa nak terkeluar juga jantungku dengan tepukannya.

"Janganlah tinggi suara dengan saya. Tsk."

Fayyad ternganga. Tinggi suara pun tak boleh?

"Okeylah, budak. Aku tak tinggi suara dengan kau lagi."

Bila bercakap dengan remaja berumur 20 tahun ini, dia perlu banyak beralah. Tak apalah. Kali ni je.

"Lain kali, nak ambil barang apa-apa yang letak tinggi-tinggi tu, panggil aku. Kalau aku takde, Mikael ada. Kau tak payah gatal-gatal nak ambil. Tinggi kau takat 155 cm pun tak sampai, takyah berangan."

Aku mencubit bahunya dengan kuat. Terjerit-jerit dia meminta dilepaskan namun aku buat tak hirau. Rasakan! Waktu bercakap, tak fikir hati orang ni memang nak kena dengan aku!

"Sakitlah, perempuan. Aduu." Fayyad mencebik. Shirt nipis berwarna putih yang dipakainya diselak sedikit di bahagian leher hingga mendedahkan bahu tegapnya.

Merah di situ kesan cubitan aku. Siap ada kesan kulit terkeluar. Auch.

"Kau bukan cubit ni... Ni kutir. Sakit bodoh."

Panas pula telingaku mendengar dia mencarut. Biasa tu!

"So-sorry. TERgeram sangat dengan awak."

"Geram dengan aku eh? Ei, aku pun geram je dengan kau!" Fayyad merangkul pinggangku, ganas.

Aku yang terkejut dengan rangkulan tiba-tibanya jatuh tersungkur di dadanya. Cepat-cepat aku cuba membetulkan duduk dengan wajah yang merah padam namun dia tahan.

Bibirnya hampir mendarat di wajahku tetapi terhalang dengan deheman seseorang. Mata kami beralih memandang ke arah punca deheman. Mikael di situ sambil berpeluk tubuh. Wajahnya tak beriak.

"Kalau macam nilah, memang tak masaklah si Bell."

Fayyad melepaskan tubuhku dan menjauh dari island bar table. Riak terkejut dan kecewa di wajahnya cuba dikawal. Tak mahulah kantoi lagi dengan Mikael.

"Err... Takde apa-apa kat dapur ni. Saya tak tahu nak masak apa."

"Oh, yelah! Memang takde apa-apalah. Si Fayyad ni bukan pernah makan kat rumah. Ha, takpe. Nanti saya belikan bahan-bahan." Mikael tersengih dan aku cuma mengangguk.

Pagi pertama sebagai seorang maid pun dah cukup memalukan aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience