INDEED 07 | Demam

Romance Series 6216

"Indeed, he's the perfect creature ever."

   BUNYI enjin kereta yang baru memasuki halaman rumah menyentakkanku. Terus aku bangkit dari katil dan mengemaskannya semula. Kain pelikat yang kusangkut pada ampaian kucapai dan dibelit ke kepala semula.

Selepas kecewa kerana tiada peluang untuk melarikan diri tadi, aku terpunduk di atas katil dan entah bila, aku terlena. Mujur telingaku cekap menangkap bunyi lantas membolehkan aku bersiap-siaga dengan kehadiran Fayyad Hakimi.

Nafasku rasa panas berbahang dengan wajah yang terasa sembap. Mata yang bundar terasa mengecil. Aku benar-benar lemah sebaik terjaga dari lena.

"Apa kena dengan aku ni?"

Bila pandangan jadi berbalam-balam, aku merebahkan semula tubuh di birai katil. Tenagaku lemah sekali sampai aku tak mampu duduk sekejap. Aku rasa mahu berbaring sepanjang hari. Aku nak tidur lena bagi memulihkan tenagaku.

Tubuhku menggigil perlahan. Suhu bilik ini tetap terasa menyejukkan tubuh biarpun bahang tengah hari dari luar menerjah masuk ke dalam.

Pintu tiba-tiba terkuak dan Fayyad muncul di situ sambil membimbit sebuah beg baju. Dia mengerling sekilas ke arah katil — tempatku berbaring.

"Ni baju untuk kau. Ada tudung sekali. Kau tak payahlah nak pakai kain pelikat tu lagi."

"Erm."

Dia mendekat. Tangannya selamba menyentuh dahiku dan selepas beberapa saat kekura tangannya di situ, diliarkan pula telapak tangannya ke dalam hoodie yang kupakai.

Aku terjerit kecil bila dia menyelukkan tangan ke dalam pakaianku tanpa rasa bersalah. Dia terlalu selamba!

"Tch."

Telingaku menangkap bunyi decitan kasarnya sebelum satu arahan terbit dari bibir merahnya.

"Mikael, kau call Amran suruh datang sini."

"Okey."

Aku menjeling ke muka pintu dan kulihat ada seorang lelaki muda berdiri di situ. Lelaki muda itulah yang memandu kereta semalam!

Oh, itulah Mikael.

Lagi sekali jeritan kecilku terluah bila terasa tubuhku melayang sedikit ke udara. Fayyad mengangkat tubuhku dan dibaringkan di tengah katil. Selimut ditarik dan dibentangkan ke atas tubuhku, menutup hingga paras leher.

Tindakannya itu membuatkan tubuhku yang kedinginan tadi terasa sedikit selesa dengan haba yang terperangkap dalam selimut.

"Aku belikan kau mi. Kau makan mi tak?"

Aku mengangguk lemah. Tak sangka dia tepati juga kata-katanya sewaktu sarapan tadi. Aku fikir itu cuma ayat untuk menenangkanku tapi dia betul-betul membelikanku makanan berat.

"Nanti aku bawa naik atas. Kau rehatlah dulu."

Bam.

Pintu tertutup perlahan dan Fayyad sudah pun menghilang keluar.

---

   AKU tersedar daripada lena bila deriaku merasa ada sentuhan halus di tubuh. Bila aku buka mata, wajah seorang lelaki berkaca mata menghiasi pandangan. Nafasku mula deras — terkejut dengan kehadiran lelaki yang tak kukenali.

"He's my friend, Amran. Dia nak check health kau je." Fayyad bersuara menenangkan. Punggungnya dilabuhkan di sisiku sambil tangannya membelai lembut kepalaku.

"Saya Doktor Amran. Boleh saya periksa cik?"

"Err..."

Mula-mula aku teragak-agak tapi bila melihatkan jelingan mata Fayyad, aku mengangguk setuju.

Tangan Doktor Amran melekapkan stetoskop di dada dan belakang tubuhku. Suaranya lembut menyuruh aku menarik dan menghela nafas untuk memudahkannya memeriksa aliran pernafasan.

Seketika kemudian, dia mengeluarkan sejenis pen digital. Diminta izinku terlebih dahulu sebelum dia menyelukkan pen itu masuk ke dalam kain pelikat yang melindungi kepalaku. Disumbat beberapa minit ke dalam telingaku.

Tit tit.

"Hm, dia demam biasa." Putus Doktor Amran sebaik melihat nombor yang tertera pada skrin pen digital tadi.

"Nanti saya akan bagi ubat untuk kebahkan demam cik ya? Err... Bro, kau ikut aku jap. Kita cakap kat luar."

Fayyad bangun dari katil dan mengekori langkah Doktor Amran. Aku tak mahu tahu apa yang mereka mahu sembangkan, aku mahu menyambung lena yang terganggu.

---

   SEBAIK sahaja pintu bilik ditutup rapat, Amran menumbuk perlahan bahu Fayyad. Berkerut dahi Fayyad.

"Kau buat apa kat dia, setan?" Amran berbisik perlahan. Takut didengari oleh Bell dari dalam bilik.

"Aku buat apa?"

"Hei, kau ingat aku tak tahu perangai buruk kau tu? Kau 'sentuh' dia kan?"

Fayyad senyap. Dia berdehem sedikit seraya tangannya naik memeluk tubuh. Matanya memandang ke arah lain.

"Mana ada."

"Eih, kau! Dia demam tu... Macam demam perempuan yang baru first time merasa first night sia."

Fayyad mengerutkan dahi. Macam tu pula?

"Kau jumpa dia kat mana?" Amran menyoal lagi, mengalih arah perbualan.

"Adalah."

"Eleh. Nak berahsia dengan aku konon. Aku kenal kau bukan baru harini tau." Amran mengingatkan Fayyad.

Perangai mata keranjang Fayyad itu dia sudah hadam. Muka-muka wanita yang pernah dimainkan oleh Fayyad juga dia ingat. Sampaikan dia boleh menghafal beberapa nama wanita yang pernah menerima perkhidmatannya tapi kali ini 'jerat' Fayyad istimewa.

Seorang gadis dan gadis itu gadis kampung!

"Cakaplah dekat aku mana kau dapat perempuan kampung tu?"

Fayyad memutarkan bebola mata seraya keluhan kecil dihempaskan.

"Club."

"What? Club? Perempuan tu masuk kelab malam? Kau biar betul, Yad?" Mata Amran membulat tak percaya.

Wajah si gadis yang tersangatlah polos itu masuk ke kelab malam? Dia tak percaya. Memang tak percaya!

"Ish, takdelah masuk. Dia terlanggar aku time aku baru keluar dari kelab. Aku pun apa lagi... nampak blur-blur macam tu, aku 'angkat' la!"

"Bengap la kau! Ni kalau tengok gaya dia... aku tak rasa dia tahu yang dia boleh mengandung atas apa yang kau buat tahu?"

"Hish, takkanlah tak tahu! Dia bukannya tak belajar Sains dulu."

"Memanglah dia belajar! Tapi kau tengok gaya dia. Kau rasa dia nak buat ke abortion bagai kalau betul dia mengandung?"

Fayyad tersenyap. Yelah. Kalau dia tengok pun, dia sendiri tak yakin Bell akan menggugurkan kandungan kalau itu betul-betul terjadi. Secara tak langsung, itu telah menempa bala untuknya.

"Kau kahwin jelah dengan dia." Amran melangkah ingin pergi.

"Apa pula?"

Langkahan Amran terjeda. Mereka kembali bertemu pandang.

"Dahtu kau nak biar je dia macam tu? Ei, kau ni fikir sikit boleh tak? Nak 'jerat' pun, pucuk muda yang kau cari. Kesianlah kat dia!"

"Lepastu kau tak kesian aku kena kahwin dengan dia?"

Mata Amran bergerak-gerak meneliti wajah Fayyad. Sekilas dia tersenyum senget.

"Tak."

"Kau—"

"Kahwin jelah. Buang perangai buruk kau tu. Kau pun dah 30 tahun, bukan muda lagi tu." Pesan Amran sebelum bergegas pergi.

Fayyad mencebik. Eleh.

Eh, tapi...

Kahwin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience