INDEED 05 | Khianat

Romance Series 6216

"Indeed, he's the perfect creature ever."

KRIUKK.

Bunyi perut yang berkeriut lapar memecahkan tembok kesepian yang baru terbina beberapa minit lalu. Aku menyeringai malu bila dia merenungku dengan sengihan nakal.

"Jom makan." Ajaknya. Aku membuntutinya ke ruangan makan.

Terpanar aku melihat set meja makan untuk 11 orang padahal aku rasa dia cuma tinggal seorang. Aku melihat hidangan di atas meja makan dan mula berasa hampa.

Roti bakar dan jem.

"Sorry la. Aku tak makan makanan berat pagi-pagi. Kau makan je ni dulu, nanti aku suruh Mikael cari makanan lain untuk kau."

Dia mengambil tempat di atas salah sebuah kerusi dan aku mengambil tempat bertentangan dengannya.

Perutku berkeroncong lagi. Kali ini satu set dengan pulasan dalam perut.

Ah, roti pun roti la!

Sekeping roti Gardenia kucapai dan terus kusapu jem ke atasnya. Dia mengunjukkan toaster yang berada di atas meja dengan sebelah kening yang terangkat. Bagaikan sedang bertanya,

'Kenapa tak toast dulu?'

Aku menggeleng. Lapar. Takde masa nak bakar-bakar dulu.

Dia ketawa halus. Kunyahan rakusku tadi berhenti bila mendengar tawanya. Comel. Kenapa dia terlalu sempurna?

Kuperhatikan tangan sasanya yang bergerak mencapai sekeping roti bakar sebelum disapu jem ke atasnya. Penuh kelelakian.

"Oh, we're not having a proper intro yet kan?" Dia mengangkat wajah dan merenungku.

Aku ditangkap mencuri pandang ke arahnya!

Dia tersengih dan aku terus mengalihkan pandangan. Kusambung kunyahan yang terjeda lama tadi.

"Nama aku Fayyad Hakimi."

Aku terbatuk-batuk keras saat mendengar namanya. Jus oren yang terhidang kuteguk rakus. Bila dah berhenti batuk, baru kusedar jus oren tadi sebenarnya dah ada straw.

"Kau okey?" Soalnya sebaik batukku berhenti. Aku menjelingnya tajam.

"Kenapa? Sedap sangat eh nama aku sampai kau terbatuk-batuk ni?"

Ya Allah. Perasannya dia.

"Saya tak sangka nama awak..."

"Oh. Hm. Daddy aku Germany and dia kahwin dengan Malay, itu yang dapat aku muka Barat tapi nama Melayu."

Aku terangguk-angguk. Patutlah dia fasih berbahasa ibunda. Ibunya asal sini. Tak hairanlah!

"Kau tak perkenalkan lagi nama kau."

"Amira Nabila."

"I'll call you Bell." Putusnya. Ceish, selamba badak! Tapi aku tak kisah pun kalau dia nak memanggilku dengan panggilan itu. Sesuai dengan pelat Baratnya.

Namaku kedengaran seksi bila dia panggil Bell. Ahaks. Aish, jangan nak menggatal sangat!

"Aku nak keluar kejap lagi. Ada kerja. Kau duduk je dalam rumah ni, jangan pergi mana-mana. Jangan cuba lari pula!"

Mataku terkebil-kebil memandangnya. Lari? Oh ya, lari! Kenapa aku tak terfikir? Kenapa-aku-tak-terfikir-nak-lari-daripada-semalam?

Aku tak tak patut berasa macam ni. Aku tak patut rasa selesa selepas apa yang dia dah buat kepadaku tapi...

"Okey." balasku ringkas. Dasar mulut! Memang betul-betul mengkhianati tuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience