INDEED 03 | Noda

Romance Series 6216

"Indeed, he's the perfect creature ever."

   TUBUH kecilku ditolaknya kasar hingga jatuh tersungkur di atas katil bersaiz king di tengah-tengah bilik. Aku meringis sakit sambil sepasang mataku tetap berjaga-jaga dengan gerakan tubuhnya.

Klik.

Dia mengunci pintu bilik yang bermaterialkan kayu tebal itu. Ni kalau jerit, konfem tak lepas suara sampai ke luar! Kedap bunyi.

Kuliarkan sekejap mata memandang sekeliling bilik tidur yang luasnya tak terkata. Siap boleh muatkan set theatre mini di satu sudut.

Pasti lelaki ini bukan calang-calang orang. Melihatkan kekayaannya, aku yakin dia mungkin pengasas untuk apa-apa produk tetapi satu soalan berlegar-legar dalam kepalaku sedari tadi dan aku betul-betul mahukan jawapannya.

"Encik." Aku memanggilnya yang berdiri di sisi katil, dekat dengan meja lampu. Tangannya memegang sebiji gelas berkaki tinggi dan sebiji lagi botol yang gelap kacanya.

Dia berkalih memandangku. Anak mata birunya memanah sepasang mataku membuatkan aku terkelu beberapa saat sampailah dia menegur.

"What?"

"Encik... memang tinggal sini ke?"

Dia tersenyum senget sebelum merapatiku di katil dengan segelas minuman yang baru dituang tadi. Dadaku berdebar melihat setiap langkahan tegapnya lantas aku mengalihkan tubuh membelakangkannya dan berganjak menjauh namun gerakanku tersekat bila tangan sasanya memaut pinggang rampingku.

Dia menjatuhkan dagu di atas bahuku dan dibiarkan hembusan nafas panasnya membelai-belai pipi mulusku. Aku tak rasa istimewa. Apa yang aku rasa, aku cuma mahu lari daripadanya. Dia gila!

"Ya. Aku tinggal sini."

Tanganku cuba meleraikan pautannya. Malangnya pautan itu bertambah erat dan berubah menjadi satu rangkulan hangat. Kepalaku terhenyak pada dada bidangnya, terbelai dengan elusan tangannya di wajahku. Debaran di dada semakin menggila.

Aku selesa tapi aku rasa berdosa.

"Drink." Gelas yang dipegangnya sedari tadi dihulurkan kepadaku namun aku biarkan tak bersambut.

Lama mataku menganalisa jenis cecair yang berada dalam gelas itu. Warnanya keperang-perangan dan agak pekat. Baunya juga agak tengik, sama seperti bau yang terbit dari mulut si lelaki.

"Drink, honey." Dia memaksa bila melihat tindak balasku.

"Tak nak."

"Serius ni?" Suaranya mengendur sekaligus melegakan jantungku yang terasa mahu meletup melayan setiap kerenahnya dari tadi.

"Hm."

"Okey..." Dia meletakkan gelas tadi di meja lampu dan lampu dipadamkan.

Aku terjerit bila keadaan bilik mula berubah suram. Sepatutnya keadaan bilik ini menjadi romantis dengan suluhan nakal lampu neon yang datang dari balkoni bilik namun tak terjentik langsung di hatiku bila takut lebih mendominasi diri.

Sedar-sedar, sekujur tubuhku sudah terlentang di tengah katil dek tolakan tangannya dan sepantas kilat, dia sudah naik menindihku. Kedua-dua belah tanganku ditahannya di kepala katil.

"En... Encik?"

"Shhh, hun. Kau yang pilih ni."

"Tapi saya pilih tak nak minum tadi bukannya apa yang encik cuba buat sekarang." Suaraku bergetar jelas. Siapa tak takut bila tahu diri akan diperkosa?

Aku takut.

"Berseronok dengan aku dalam keadaan mabuk atau sedar and you chose sedar."

Aku tergamam. Lelaki ni...

"Kenapa saya kena ikut apa encik kata? Saya tak kenal encik!" Suaraku naik seoktaf melawan katanya.

Memang aku tak kenal dia ini siapa! Malah aku tak tahu langsung apa namanya. Kenapa aku harus berkorban untuknya? Kenapa aku yang jadi mangsa?

Aku datang ke negeri ini untuk cari kerja tapi ini yang aku dapat pada permulaan cerita?

Nasibku memang malang sedari mula dan aku menyesal dihidupkan sebagai Amira Nabila. Aku betul-betul kesal dengan takdirku.

"Hey, why are you crying? I'm not start anything yet. Save your tears, hun."

Aku memejamkan mata. Esakan kecil terbit dari bibirku, mengisi keheningan ruangan luas ini. Hujung jemariku menyentuh sikit lengannya yang menongkat tubuh di atas katil; menghalang tubuhnya daripada menghempap terus tubuhku.

"Encik... bagi saya minum tadi." Aku membuat keputusan baru.

Kalau tiada lagi ruang untuk aku melarikan diri daripadanya, aku berserah. Namun aku tak mampu menghadapinya dalam keadaan sedar maka biarlah aku mabuk.

Dia tersenyum suka. Gelas tadi dicapainya dan dihulurkan kepadaku. Matanya tak henti daripada mengawasiku. Lama aku pandang cecair tengik itu sebelum mata kupejam dan kuteguknya sekali nafas.

'Mak, abah... kakak minta maaf.'

---

   DENGUSAN kasar terbit dari bibirnya lantas dia membuka kelopak mata. Bunyi esakan yang lama membuatkan dia terkeluar dari mimpi indah dan punat amarahnya terasa dicucuh. Siapa yang memekak awal-awal pagi ni?

Sebaik sahaja kelopak mata terangkat, wajah basah seorang gadis menyapa pandangan. Dia merenung lama gadis yang teresak-esak di sisinya. Pandangannya jatuh pada wajah si gadis; dari sepasang anak mata bening yang mengalirkan cecair jernih itu hinggalah pada seulas bibir merah merekah yang sudah pucat warnanya.

Entah kenapa, hatinya menjentik-jentik satu rasa yang tak terurai rupanya. Simpatikah dia?

"Girl." Dia cuba menyentuh bahu yang terdedah itu namun si gadis lekas mengelak.

"Ja-jangan dekatt..."

Saat dia cuba merapat, gadis itu mengundur jauh hingga si gadis terjelopok di atas lantai dalam keadaan tak sedar dirinya tak berbalut apa-apa lagi.

Dia mengeluh perlahan. Rambutnya diramas-ramas kasar. Sesudah menyarungkan seluar pendek, dia menyelak selimut dan mencapai sehelai tuala dari ampaian.

Gadis tadi yang masih terjelopok di atas lantai didekati. Jeritan histeria si gadis dia buat tak endah. Tuala di tangannya dililit pada tubuh kecil itu dan dengan sekali angkat, dia sudah pun berjaya memikul tubuh si gadis di atas bahunya.

"Lepaskan akulah! Lepaskan aku, perogol!"

Pintu bilik air ditolak dan dia meletakkan tubuh kecil itu di dalam tab mandi. Tindakannya penuh kelembutan; kontra dengan sentuhan rakusnya semalam. Si gadis terpinga-pinga sekejap.

Anak mata birunya merenung tepat ke arah sepasang anak mata bening itu. Jemarinya mengusap-ngusap wajah si gadis yang tiba-tiba tersenyap; tiada lagi rontaan, tiada lagi jeritan.

"Get your bath." Pesannya sebelum melangkah keluar dari bilik air. Tinggallah si gadis sendirian di dalam tab mandi dengan kebingungan yang semakin nyata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience