INDEED 09 | Janji

Romance Series 6216

"Indeed, he's the perfect creature ever."

   LAGI sekali. Argh! Fayyad meramas-ramas kasar rambutnya. Sebal dengan diri sendiri yang begitu lemah untuk dikawal kali ini. Dia tak pernah kalah mengawal nafsu namun kali ini, dia benar-benar gagal.

Dia sendiri tak sedar bila dia 'mengerjakan' Bell buat kali kedua. Rayuan dan tangisan Bell yang berterusan memintanya berhenti tak lut dek telinga. Macam mana nak dengar kalau dia lebih mengutamakan keinginannya?

Pakaian disarung ke tubuh dan dia bergegas keluar dari bilik meninggalkan si gadis yang masih lena di atas katil. Gadis? Hell no.

Bell bukan gadis lagi.

Anak-anak tangga dituruninya pantas. Tiba-tiba bahunya terasa dirempuh. Kaki yang terasa goyah membuatkan dia lekas berpaut pada pemegang tangga.

"Bro, kau dah kenapa macam nampak hantu ni?" Mikael menegur.

Dia baru nak mencari si Fayyad yang menghilang tiba-tiba semalam. Alih-alih mereka terserempak di tangga. Tak perlulah Mikael teruskan memanjat ke tingkat dua. Dia pun malas.

"El, kau..." Fayyad menghela nafas kasar. Diredakan debaran yang menggila terlebih dahulu sebelum dia menyambung kata.

"Kau dah dapat ke maklumat yang aku minta?"

"Dah."

Cepat. Ini yang Fayyad kagum tentang Mikael. Mikael sangat cekap mengintip maklumat orang. Dasar penggodam!

"Nah." Mikael menghulurkan sebuah fail hitam berkulit keras kepadanya. Dia membuka fail itu.

Kad pengenalan Bell, lesen L dan sebagainya terselit di situ. Lengkap. Fayyad meneliti sijil beranak yang tertera nama penuh Bell.

"Perlis? Dia tinggal di Perlis ke?" Fayyad mengangkat wajah memandang Mikael yang masih berdiri di hadapannya.

"Hm. Dia datang sini sebab nak cari kerja. Eh, aku pergi dululah eh? Nak hantar adik aku ke universiti. Kau pun takde nak pergi mana kan?"

"Tak."

Dia cuma mahu tinggal di rumah untuk hari ini dan membelek satu persatu maklumat tentang Bell yang baru diterimanya. Itu goalnya untuk hari ini.

"Aku pinjam kereta kau okey?"

"Hm."

Mikael tersenyum nipis sebelum berjalan meninggalkan Fayyad yang masih berdiri di tengah-tengah anak tangga. Keluhan halus terluah. Kesal juga dia dengan sikap Fayyad. Sampai bilalah Fayyad mahu hidup dibelenggu dosa?

---

   KEPALA yang terasa berdenyut-denyut disentuh sambil mataku terkerdip-kerdip dibuka. Saat aku menggerakkan tubuh, anggotaku terasa sengal-sengal dan kesakitan yang tak terperi mencucuk-cucuk kawasan keperempuanan.

Aku teresak hiba. Sayu hati melihat keadaan sendiri. Fayyad melayanku bagai perempuan tiada maruah!

Aku cuba bangun dari katil namun kesakitan yang lebih pedih menyerang dan aku terduduk semula di birai katil. Fayyad memang betul-betul setan! Dajjal!

Terbayang wajah kedua-dua orang tuaku yang berat sekali nak melepaskan pemergianku beberapa hari lalu. Namun, selepas kupujuk, barulah mereka bersetuju untuk mengizinkanku berhijrah keluar dari kampung.

Kalaulah mereka tahu keadaan aku yang sebenarnya di sini, tentu mereka takkan mengaku aku anak lagi! Hina. Masa depanku hancur. Hidup aku sudah sampai penghujung.

Baik aku mati jelah.

Tuala dicapai dan dililit ke tubuh. Aku cuba bangun dari katil dengan perlahan-lahan. Kesakitan tadi aku pendamkan lantaran memikirkan aku perlu cepat-cepat membersihkan tubuh.

Hari dah nak senja dan Maghrib akan tiba. Aku tak mahu melengah-lengahkan masa.

---

   NAFAS dihela berat. Sudah hampir 10 minit dia berdiri di hadapan muka pintu bilik tidur ini. Dia tak mengetuk mahupun membukanya. Dia sendiri tak punya keyakinan dan keberanian untuk menatap sepasang anak mata bening yang mungkin masih berendam dalam air mata.

Fayyad pun tak tahu kenapa dengan dirinya. Dia bukan seorang yang cepat simpati. Tambahan pula, untuk simpati kepada perempuan yang dia tiduri.

Baginya, 'Aku dah puaskan kau then kita hidup macam biasa. Aku, aku. Kau, kau.'

Tapi prinsip itu terlalu berat untuk diterapkan ke dalam diri bila bersama Bell. Barangkali kerana dia tahu, dia cuma memuaskan hati sendiri.

Dia menghela nafas panjang sebelum tangannya bergerak memulas tombol. Pintu dikuak sedikit dan terus ditutup rapat. Siap dikunci.

"Encik nak apa datang sini?" Satu jeritan halus kedengaran menyapa telinga. Fayyad nampak Bell yang terperosok di sudut bilik dalam keadaan menekuk lutut rapat ke dada.

Sayu hatinya melihat keadaan Bell. Nampak trauma selepas dirogol kali kedua. Ah, ini memang salah Fayyad.

"Bell, kita cakap sikit." Ajaknya. Dia merapati Bell namun Bell masih tak berhenti meracau-racau sendiri.

Tangan halus itu naik menerawang ke udara; bagaikan sedang menghalau sesuatu yang tak nyata. Mata bening itu terpejam rapat dengan seulas bibir yang menyebut kata-kata yang tak jelas.

Bell trauma.

Rasa bersalah Fayyad datang bertimpa-timpa.

"Saya minta maaf kalau saya buat salah dengan awak... Jangan buat saya macam ni lagi dah. Saya sakit."

Hati kecil Fayyad tersentuh mendengar Bell mengogoi sayu. Dia merangkul tubuh kecil itu dan bertindak cuba menenangkan.

"Saya tak nak, encik. Sakit... Saya tak tahan."

"Girl, no. Aku takkan sakitkan kau lagi."

"Encik janji?" Soalku dalam sedu-sedan.

"Promise, hun. I won't hurt you anymore."

Aku menelan liur. Kubiarkan rangkulan hangatnya ke atas tubuhku. Air mata yang bersisa terasa disapu tangan kasarnya.

"Janji?"

"Janji, sayang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience