INDEED 02 | Culik

Romance Series 6216

"Indeed, he's the perfect creature ever."

LIUR kelat kutelan paksa. Mataku masih membulat memandang satu wajah yang terpampang di hadapan mataku sementara kedua-dua belah tanganku menekup mulut.

Dia mengerutkan dahi sambil mata bundarnya meliar di tubuhku; menganalisa penampilan aku dalam diam. Seminit kemudian, tangannya naik memeluk tubuh dan tanpa sedar, otot-otot bicepsnya terserlah dari balik lengan T-shirt Polo hitam yang dipakainya.

"I'm... sorry, sir." Kutundukkan sedikit tubuhku, rasa bersalah dengan silapku.

Aku baru keluar dari bilik air dan tanpa sedar, aku merempuhnya yang baru keluar dari sebuah pusat bersebelahan bilik air. Mataku melirik papan tanda punca arah si lelaki tadi.

Pusat hiburan.

Kelab malam.

Gulp.

Lagi sekali aku tertelan liur sendiri. Wajahku yang sudah sedia pucat bertambah-tambah pucat.

"Where do you come from?" Suara itu menyoal lembut. Aku yang mendengar jadi terbuai sekejap.

Maskulinnya suara. Sesuai dengan wajah kacaknya. Suara garau yang sangat dalam bunyinya dan tuturnya fasih sekali. Tanpa sedar aku telah memadankan seraut wajah Baratnya dengan butir katanya.

Barangkali dia berasal dari negara Barat dan datangnya ke sini untuk melancong.

"Girl." Dia memetikkan jari di hadapan wajahku. Aku tersedar. Mataku kembali membulat memandangnya.

Dia mengeluh perlahan.

"Follow me." Sepantas kilat tangan kanannya mencengkam lenganku yang berlapikkan baju kurung dan diheret agar mengekori langkahnya. Aku mula cuak.

"Sir! Let me go!" Aku menjerit minta dilepaskan. Siapa dia ni? Aku tak kenal dan kenapa tiba-tiba aku dipaksa mengekorinya?

"If you still wanna live, keep quiet and do follow me." Bisiknya di telingaku.

Aku menggeliat geli bila nafasnya terasa menembusi tudung yang kupakai. Lengan yang masih dicengkamnya cuba kurentap namun usahaku hanyalah sia-sia.

Aku tetap berada dalam genggamannya.

"Tolong! Dia nak culik aku!" Aku menjerit sekuat-kuat hati, berharap ada bantuan dari langit.

Ketawa halus kedengaran dan bersama itu, nafasnya menampar halus pipi mulusku. Ketawanya kedengaran sangat sinis dan menjengkelkan.

"Kau nak jerit apa kat sini? Ni level night club. Semua orang mabuk. Takde siapa nak tolong kau." Dia mendesis sinis. Kenapa la perempuan ni cerdik sangat naik ke tingkat teratas semata-mata mahu mencari bilik air? Macam dah takde bilik air di tingkat bawah!

Dasar perempuan kampung!

Mataku terbuntang bila mendengar dia berbicara dalam bahasa ibunda. Fasih pula tu! Dia ni manusia apa?

Muka Barat tapi fasih cakap Melayu!

Tapi tak dinafikan slang Melayunya agak buruk. Terselit pelat Barat di situ.

"Lepaslah, gila!"

"Kau dah buat salah dengan aku, kau ikut aku! Kau menjerit, aku bunuh kau!" Dia memberi amaran. Serentak itu tubuhku ditolaknya supaya berdiri membelakangkannya.

Satu objek keras yang panjang dan tumpul kurasa mendarat di pinggangku. Diacu rapat di situ.

"Kau melawan, kau mati. Faham tak?"

Dadaku berombak kencang dengan ketakutan yang menggila. Lelaki ni memang gila! Argh, apa yang aku dah buat ni? Macam mana aku boleh terjebak?

"Janganlah buat saya macam ni... Saya baru sampai sini, encik." Aku bersuara lirih, mencuba nasib untuk meraih simpatinya namun apa yang kudengar cumalah tawa sinis.

"Do I need to care kau baru sampai sini ke tak?"

Cighit.

Mengaku kalah sahajalah. Aku pun takdelah mati katak.

---

   "MASUK!" arahnya kasar. Tubuhku ditolak secara paksa supaya memasuki perut kereta mewahnya namun aku mengeraskan tubuh.

Jangan ingat keding-keding aku tak berisi!

"Encik ni nak apa? Kenapa saya kena ikut encik? Kalau saya ikut, encik bunuh saya tak?" Senafas aku bertanya kepadaku.

Dia nampak tergamam sebaik mendengar semua soalanku. Hah, amek kau!

Namun sesaat kemudian, segaris senyuman senget tersungging di bibir merahnya. Aku pula jadi kaget melihatnya.

"Nice. I like you."

"Arghh!" Sedar-sedar punggungku sudah pun mendarat di atas kusyen kulit kereta yang berwarna hitam pekat itu dengan sekali tolakan kasarnya. Kemudian dia melabuhkan punggung di sebelahku.

Bam!

Pintu ditutup oleh seorang lagi lelaki muda. Lelaki Barat ini cuba untuk menculikku!

Mataku melirik memandang pintu kiri. Masih belum berkunci. Perlahan-lahan aku mengesot ke sisi sana.

Sikit lagi nak sampai.

Klik!

Pintu sudah pun terkunci.

"Encik! Lepaskan saya la!" Aku menghentak-hentakkan kaki, protes.

"Boleh tak kau diam?"

Tunjuk perasaanku sirna bila dia menjerkahku. Betul-betul menyentak tangkai jantungku. Terus aku menikus takut.

"Jalan!" Arahnya kepada lelaki muda tadi. Kereta bergerak perlahan-lahan keluar dari tempat parkir pusat beli-belah ini.

"Encik..."

Dia menjelingku tajam. "A word more, I'll kill you without any hesitation."

Aku buntu. Dahiku berpeluh teruk. Bermacam-macam bayangan buruk mula terlayar dalam fikiranku.

Dirogol. Dibunuh. Dibakar.

Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience