INDEED 06 | Curi baju

Romance Series 6216

"Indeed, he's the perfect creature ever."

   SEBAIK sahaja kereta mewah yang berwarna hitam berkilat itu menderum pergi dari porch rumah agam ini, aku berjalan ke tengah ruang tamu. Mataku meliar mencari lubang yang membolehkan aku lari.

Pintu pagar rumah dikunci cermat oleh Fayyad tadi. Pintu gelangsar juga tidak dibiarkan terbuka. Tahu agaknya yang aku bakal memikirkan cara untuk lari.

Puas aku melilau ke serata ceruk rumah namun aku tetap tak berjumpa cara untuk melepaskan diri. Akhirnya aku jatuh terpunduk di atas katil, bilik semalam. Hanya bilik ini yang dibiarkan tak berkunci maka hanya bilik ini yang boleh kumasuki.

Call!

Aku boleh menelefon sesiapa menggunakan telefon bimbit Nokia cikaiku. Eh, tapi di mana telefon bimbitku itu?

Baju kurung yang terlonggok di dalam bakul baju kucapai dan poketnya kuseluk. Tiada. Di mana aku letak? Aku terlupa.

Ya Allah.

---

   "HAI, mimpi apa ni sampai datang rumah mummy?" Tegur Puan Sri Zalia sebaik melihat anak lelakinya melangkah masuk ke dalam villa. Tak sempat memeluk ciumnya bahkan untuk bersalam pun, Fayyad sudah pun menghilang ke tingkat atas.

Puan Sri Zalia menggeleng-geleng perlahan. Lelah melayan kerenah si anak bongsunya. Mujur dia cuma ada dua orang anak lelaki. Fayyad dengan perangainya. Si abang pula dengan sikapnya yang kontra dengan sikap si adik.

Dia mengerling muka pintu dan ternampak seorang lelaki muda bersut hitam sedang menunggu di situ. Senyuman saling berbalas.

"Masuklah El. Duduk dulu sementara tunggu Yad." Pelawanya kepada lelaki muda yang sudah hampir 10 tahun menjadi 'hamba abdi' si Fayyad.

Mikael itu teman sepermainan Fayyad. Bila sudah dewasa, masing-masing tak mahu berpisah. Mikael sanggup 'mendaftarkan diri' sebagai bodyguard Fayyad asalkan mereka tak berjauhan.

"Err..." Mikael serba-salah.

"Nak tunggu Yad tu lama lagi agaknya. Dia datang tu mesti nak mencari barang. Duduklah dulu. Aunty buatkan air kejap."

"Eh, aunty tak payahlah buatkan air bagai. Susah-susah je."

"Takde susahnyalah. Lagipun ada lebih sarapan pagi tadi, kamu makanlah. Kejap."

Puan Sri Zalia berlalu ke dapur meninggalkan Mikael terkulat-kulat di ruang tamu.

---

   BEBERAPA pasang baju kurung lama milik Puan Sri Zalia dirembatnya dan terus disumbatkan ke dalam beg baju kecil. Beberapa helai tudung bawal mummynya juga dibelek-belek.

"Mummy tak pakai dah agaknya." Dia mengomel sendiri.

Semuanya dimasukkan ke dalam beg dan dizip kemas. Sesudah itu dia keluar dari bilik tidur utama senyap-senyap. Dia masuk ke sini pun senyap-senyap tadi. Maklumlah, nak 'mencuri' baju-baju lama Puan Sri Zalia.
  
Sanggup dia ke sini semata-mata untuk mendapatkan beberapa helai pakaian untuk diberikan kepada Bell. Walaupun begitu, dia tetap perlu membawa Bell ke pusat beli-belah bagi membeli keperluan lain.

Saat dia turun ke ruang tamu, matanya terlihat Mikael yang sedang rancak bersembang dengan Puan Sri Zalia sambil menjamu hidangan ringkas — beberapa biji donut gula dan secawan teh panas.

"El, jom."

Mikael yang sedang menyuakan mulut cawan ke bibirnya tersentak. Air teh itu terpercik sedikit dengan lonjakan tubuhnya lantas membuatkan Mikael mengerang perlahan. Bibirnya terasa melecur disapa cecair panas itu.

"El, okey ke tu? Hish, Yad pun! El baru nak breakfast, kamu dah terkejutkan dia."

Fayyad mencebik. Bahu Mikael ditepuk-tepuk. "Dah-dah, bangun! Nanti kita breakfast lain."

"Kamu kalut-kalut ni kenapa?" Bingung Puan Sri Zalia melihat sikap si anak bongsu.

Pulangnya ke villa ini sangatlah jarang. Dalam tiga bulan, sekali dua sampailah Fayyad di sini. Itu pun untuk mengambil barang-barang keperluannya. Kalau tak, memang Fayyad tak menjejakkan kaki langsung di villa mewah ini.

"Yad ada kerjalah." Fayyad berhelah. Yang sebenarnya, dia merisaukan Bell di rumah. Dia betul-betul takut kalau Bell mampu melarikan diri biarpun dia sudah memastikan tiada sedikit ruang pun untuk Bell melepaskan diri daripadanya.

"Kalau ada kerja pun, tenanglah dulu. Minum dulu, makan dulu."

"Be-betul, Yad. Makanlah dulu." Mikael bersuara memujuk teman merangkap bosnya itu.

Dia baru menjamah secebis donut, Fayyad sudah pun turun ke tingkat bawah dengan sebuah beg baju. Dia lapar, huhu.

"Nantilah! Aku nak balik ni. Cepat!"

"El kena pergi dulu, aunty. Thanks for the treat." Mikael pasrah. Apalah nasib.

"Hm. Drive elok-elok." Puan Sri Zalia pun terpaksa mengalah.

Kalau Fayyad kata A, keputusannya mestilah tetap A. Biarpun cadangan jawapannya ialah A+ ataupun A-, Fayyad tetap takkan menerima.

He's really a strict person.

Janganlah cuba melawannya. Kau takkan menang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience