INDEED 08 | Milik

Romance Series 6216

"Indeed, he's the perfect creature ever."

   SEMANGKUK bubur ayam yang masih berasap tipis diangkat keluar dari dulang besi. Sudu yang tersedia dicapai dan dia mengacau-ngacau bubur panas itu. Kemudian, dia menyuakan sesuap bubur ke mulutku.

Aku mengalihkan wajah ke arah lain. Tak menghadap wajahnya dan aku tak makan langsung suapan tangannya.

"Girl." Seperti biasa, dia gemar memanggilku begitu.

"Saya nak balik." Ujarku tegas. Aku mengebalkan hati. Aku tak boleh 'cair' lagi dengan sikapnya.

'Dia dah rogol kau, Bell!'

"Lepaskan saya. Kenapa awak kurung saya dalam ni?" Aku menjerit kepadanya membuatkan dia tergamam. Sudu di tangan dilepaskan ke dalam mangkuk tadi dan Fayyad meletakkan semula mangkuk bubur itu ke atas meja lampu.

"No. Kau tak boleh pergi."

"Memang awak buat macam ni kepada semua perempuan yang awak pernah tidur ke?"

Dia menelan liur. Aku nampak halkumnya jatuh sedikit sebelum timbul kembali.

"Aku tinggalkan bubur tu dengan kau. Makan." Dia bangun dari birai katil dan menuju ke pintu.

Dia tak menjawab soalanku!

"Fayyad! Dah berapa banyak perempuan awak buat macam ni?" Soalanku menjedakan langkahnya. Namun dia tak berkalih malah dia tidak menjawab walaupun sepatah.

Dia keluar tanpa suara sebelum pintu bilik dihempaskan perlahan. Aku mendengus kencang.

---

   NOKIA model lama yang dipegangnya dimain-mainkan. Yang seronoknya telefon bimbit ini tetap boleh dibuka walaupun berkunci. Semuanya dia jelajahi. Peti mesej, log panggilan malah dia selamba bermain permainan yang terdapat dalam telefon bimbit itu.

Dia rasa Bell pasti tak ramai kawan berdasarkan penelitiannya terhadap log panggilan dan peti mesej tadi. Contacts pun hanya ada beberapa orang yang penting seperti keluarganya dan kawan-kawan.

Fayyad tersengih sinis.

Lifeless. Pathetic.

"El, aku nak kau cari semua maklumat tentang Bell. Takde yang tertinggal." Pesannya kepada Mikael yang merehatkan diri di sofa ruang tamu. Disebabkan mereka berkawan, hubungan antara mereka tak terlalu strict seperti hubungan antara majikan dan pekerja yang lain.

Dia pun tak kisah Mikael nak buat apa-apa pun asalkan Mikael ada untuk membuat suruhannya bila dia memerlukan.

"Hm." Mikael menggumam lantaran matanya fokus pada skrin iPhone di tangan, berbalas mesej dengan si buah hati.

"Bro." Fayyad memanggil temannya itu.

"Hm."

"Kau rasa... patut ke tak aku kahwin dengan perempuan tu?"

"Entah."

Fayyad mencebik sebaik mendengar balasan Mikael. Tak menyenangkan hatinya langsung. "Seriuslah bro."

"Seriuslah. Aku tak tahu. Kau rasa... kau nak kahwin dengan dia ke?"

Giliran Fayyad mula mendiamkan diri. Tak yakin dengan diri sendiri. Tak yakin dengan fikirannya.

"Kau tak rasa aku kena bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat pada dia?"

Ruang tamu yang sunyi sepi itu pecah dengan tawa kuat Mikael. Fayyad pula yang terasa hati dengan tawa Mikael. Terasa bagai dia diperli oleh lelaki muda itu.

"Kau... patut rasa macam tu dari awal. Dah ramai kan perempuan yang kau 'tebuk'."

"No!" Fayyad mengerutkan dahi dengan wajah yang memerah. Salah statement si Mikael itu!

"Perempuan-perempuan sebelum ni, diorang yang serahkan diri kepada aku. Lagipun diorang memang dah takde apa-apa. Acah je kononnya aku yang pertama padahal dah berapa ramai lelaki diorang lanyak tapi Bell..." Fayyad menggigit bibir.

Bell suci sebelum malam kejadian dan kerana itulah, fikirannya kerap terganggu. Dia risau kalau Bell akan mengandungkan anaknya.

Dia rasa bersalah dan rasa itu hadir disebabkan gadis kampung itu!

Argh, kusut.

Fayyad menggeleng-gelengkan kepalanya. Apa yang dia sedang fikir ini? Dia tak patut rasa bersalah!

Dia playboy. Kenapa nak kena rasa benda-benda remeh yang kuno itu? Heh.

"Lepastu kau kurung perempuan tu kenapa? Lepaskan je la."

Kurung? Lepaskan? Dia rasa berat untuk itu. Adakah ini petanda...

Hish! Dia mengerling jam tangan Rolex di pergelangan tangan. 1. 37 petang.

"Jom keluar makan." Ajaknya. Tak pernah lagi agaknya Fayyad makan makanan tengah hari di rumah. Sejak dia keluar dari villa keluarga, duitnya banyak dilaburkan di kedai-kedai makan.

"Memang patut dah kau cari bini, bro. Ada la juga orang boleh tolong masakkan untuk kau." Mikael mencebik.

---

   LAPAR tapi sanggup kumogok demi mempertahankan ego, tak mahu tunjuk lemah kepada Fayyad. Cis!

Mataku menjeling mangkuk bubur di atas meja lampu sebelah katil. Berkali-kali jugalah kujeling sampai naik juling mata. Haih.

"Ah, mogok tak mogok, lain kali. Makan tetap makan." Omelku seraya mencapai mangkuk bubur tadi.

Beberapa suap menjengah anak tekak. Walaupun kehangatannya sudah pun hilang namun keenakkannya masih terasa. Lengkap dengan rasa masin dan manis ayam.

"Tabik ah kalau si Fayyad yang masak." Aku tersengih sendiri.

Tapi macam mustahil je kalau si Fayyad nak memasak. Tahu ke dia masak? Hahah. Aku berani kerat kuku, dia tak pandai. Masak air boleh la kut.

"Hm, makan pun."

Aku mengangkat wajah dan terpandang Fayyad yang sedang bersandar di muka pintu. Hish, dia ni suka sergah macam hantu! Ada tiba-tiba dan hilang ikut rasa.

Wajah kutarik; masam mencuka. Acah protes yang masih tak sudah. Namun dia cuma buat tak endah dan berjalan masuk ke dalam bilik. Di tangan kirinya tersangkut sebungkus plastik makanan.

"Aku belikan kau nasi goreng."

Fayyad melabuhkan duduk di birai katil manakala aku berganjak menjauh. Boleh gemuk aku hari-hari macam ni! Berapa banyak kali dah perutku disumbat makanan.

"Aku tak tahu kau nak makan lauk apa so aku beli ni je. Senang. Kau makan kan?"

Aku membekukan pandangan pada tangannya yang menolak bungkusan makanan tadi ke hadapan mataku.

"Tak nak."

"Huh?"

"Saya tak nak nasi goreng ni! Saya nak balik! Saya nak keluar dari sini! Lepaskan saya!" Aku meradang. Apa lagi yang dia mahukan daripadaku?

"Kau kenapa ni?"

Aku teresak. Mangkuk bubur tadi sudah pun dialihnya ke atas meja lampu semula, bimbang tumpah ke atas cadar.

"Lepaskan saya. Kenapa awak kurung saya? Awak nak apa lagi? Awak dah dapat apa yang awak nak. Bebaskan saya."

Pedih hati saat teringat sentuhannya di tubuhku. Dia perampas. Dia perogol!

"Bell..."

"Saya tak nak kawan dengan awak! Saya tak kenal awak! Lepaskan saya!" Aku menjerit-jerit lagi sambil mengulang-ulang ayat yang sama. Lama-lama jeritanku bertukar menjadi rengekan.

Dia terdiam merenungku yang mengogoi sendirian. Tiada suara pun yang terbit dari bibirnya.

"Saya benci awak!" Aku menumbuk-numbuk dadanya, melepaskan amarah yang tersisa.

Semalam, aku dihenyak tanpa simpati. Aku diperlakukan sesuka hatinya. Walaupun aku tak sedar lantaran mabuk, aku tetap merasa hina.

Rengekanku terhenti saat bibirnya menyentuh bibirku. Dia mengucup lama seraya kedua-dua belah tangannya naik melingkari belakang tubuhku. Pinggangku dipeluknya erat.

"You're mine, Bell. Mine." Dia berbisik hangat di tepi telingaku yang beralaskan tudung bawal nipis. Rontaanku kian melemah dan akhirnya terhenti sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience