BAB 13

Romance Series 11241

Aswan masih tidak henti ketawa.Daniel hanya diam memikirkan sesuatu.

"Kau dah lama kenal Akira kan ?."tanya Daniel.

Aswan mengangguk.

"Aku tahu kau nak tanya apa.Dia ada teakwando."kata Aswan.Diam terkedu Daniel.

'Mak aii teakwando ? patut lah semacam je kasar dia'

"Asal ? Takut ke ?."usik Aswan.

"Eh,tak lah."

Lama juga mereka melepak selepas hantar Datuk Jalal ke hospital.Orang tua biasa lah.Sakit belakang terus lepas kena tendang.Itu yang buat Aswan gelak terbahak.Kalau dia tak beradab dah lama terhambur gelaknya saat Datuk Jalal jatuh tadi.

**************************************************************

BANGLO TDI,

Akira sibuk berperang di dapur.Langsung tidak sedar akan Daniel yang memerhatinya dari tadi.Selepas selesai minum bersama Aswan.Daniel terus pulang.

Sepatutnya Salina berjumpa dengannya,tapi tidak ada pula perempuan itu datang.

"Jika aku...tak lagi engkau merindu..."

Terpegun Daniel dengan suara Akira.Sedap.

"Siapa yang kau rindu tu ?."sapa Daniel.

"Mak aii meletop ! Aduh !."terkejut Akira lagi pula tangannya terkena minyak panas.Daniel pantas menghampiri.Tangan itu dibawa ke bawah pancuran air singki.

Akira terpegun dengan wajah Daniel yang bersih,tanpa sedar senyuman terbit dibibir.Daniel melihat dari ekor mata saja.

"Kau ni ada saja nak kena kan,bila aku tegur.Nak manja dengan aku ke apa ?."

"Nak."spontan Akira menjawab.

'Angau dah ke budak ni'

"Apa ?."sengaja Daniel meninggikan suara.

"Ha ? Apa ?."

Daniel terlepas tawanya.Saat melihat kelakuan si isteri yang gelabah.

'Kuat berangan minah ni'

"Ish ! Gelak lah,gelak lagi."

"Tengah gelak lah ni.Tak nampak ? Dah aku nak naik mandi.Nanti dah siap masak panggil aku tahu.Takut aku lupa nak turun.Tadi kata nak manja-manjakan."kata Daniel serta perli.Sengaja buat Akira tertanya tanya.

'Manja?'

"Okey."

Lantak dia lah nak cakap apa.Akira tersenyum gembira.

'Akhirnya dapat juga tengok lesung pipit dia.Kalau tak lesung batu saja setiap hari yang aku tengok'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sudah pukul tiga namun Daniel masih tidak turun.Akira mula melangkah menaikki tangga tiba-tiba loceng rumah berbunyi.

"Yes,cari siapa ?."tanya Akira.

'Siapa perempuan ni ? Ini ke isteri Daniel ? Cantik daripada aku ke ? No tak mungkin !'

"Daniel ada ?."

'Cari Daniel ? Siapa pula perempuan ni.Suami aku tu'

"Ada kenapa ye ?."

"Dia ajak I datang sini makan.So I datang lah.Opps lupa,I girlfriend dia and you ni pembantu rumah ke ?."kata Salina dengan gaya berlagak.

'Ya allah,tak kan tak tahu Daniel dah kahwin.Apa nak jadi orang sekarang ni.Girlfriend ? Patut layan aku dingin je,rupanya ada scandle'

"Saya pembantu rumah,jemput lah masuk."pelawa Akira dengan senyuman plastik.

"You duduk dengan Daniel berdua ? Mana isteri Daniel ?."tanya Salina lagi.

"Isteri Tuan Daniel balik kampung."

"Oh,orang kampung lah ni.Huh ! Tak setaraf betul dengan Daniel.Apa punya class lah Daniel ni pilih."omel Salina.

Panas hati Akira saat ini.Kau kutuk aku.Kau tak kenal aku siapa perempuan.

"Nak minum tak ?."

"Boleh.Jus oren."

"Okey."

Akira terus menghilangkan diri disebalik dapur.

"Kau ingat aku bibik ke nak buat air kau.Aku bagi air tandas ni baru tahu.Belagak nak mampus !."merungut Akira.

"Boleh pula si Daniel ajak perempuan tu makan dekat sini."marah Akira.

Daniel menuruni tangga,terkejut saat Salina ada di ruang tamu.

"Salina !."

"You, I miss you sayang."manja sekali suara wanita itu.

Akira disebalik dinding hanya diam,mendengar.

"You buat apa dekat sini ? Suka hati saja masuk rumah I.Siapa yang izinkan ?."

"Bibik you yang jemput.So I masuk lah."kata Salina.

'Bibik ? sejak bila aku ada bibik'

Akira cepat keluar dari persembunyian.Takut kalau Daniel membuka mulut lain pula jadi.

"Eh,Encik Daniel ni girlfriend Encik Daniel datang.Saya jemput lah dia masuk."kata Akira yang sedang menatang dua gelas jus oren.

Berkerut dahi Daniel.

'Kenapa dia ni mengaku diri tu bibik'

Mata mereka sempat bertentang,namun cepat Akira berlalu pergi.

'Kau tak jealous ke Kira?'

"Sayang,come.Mesti sedap air yang bibik you buat."

Daniel hanya akur.Tapi dia pelik kenapa Akira sanggup tipu dirinya sebagai bibik sedangkan dia isteri aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akira termenung di luar rumah.Teringat kejadian petang tadi.

'Kenapa aku dapat suami macam ni.Kenapa aku jatuh cinta dengan dia ? Sedangkan sakit yang aku dapat.Tidak ada perempuan yang sanggup hadap semua ini'

Keluhan kesal dilepaskan.

"Sorry."

Satu suara dari arah belakang menyapa dengan kata maaf.Akira berpaling dengan linangan air mata membuatkan Daniel terkedu.

"Kenapa kau menangis ?."

"Tak ada apa apa.Saya naik tidur dulu."kata Akira membuka langkah namun dihalang Daniel.

"Sorry pasal Salina tu.Aku dengan dia tak ada apa apa pun."kata Daniel.

"Tak perlu terangkan dekat saya pun.Saya tak nak ambil tahu dan tak berminat nak tahu."sinis Akira berlalu pergi.

Daniel melepaskan keluhan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Morning sayang."terhenti tingkah laku Akira.

'sayang ? aku tak pekak kan'

"Waalaikumusalam,pagi."balas Akira.

'Mak aii nak sentapkan orang ke apa'

"Awak pergi kerja tak hari ini ?."tanya Daniel.

"Pergi.Kenapa ?."

"Kalau tak payah pergi boleh tak ?."

Akira memandang ke arah Daniel dengan wajah tegang.

"Sorry tak boleh.Saya ada meeting penting hari ini."kata Akira.

Daniel mengangguk faham.Akira menghulur tangannya.

"Nak apa ?."

"Nak salam lah.Saya dah lambat ni.Make sure jaga diri okey bye assalamualaikum."

Akira terus berlalu meninggalkan suami yang berada di luar ruangan dapur.Daniel melepas keluhan pasti wanita itu simpan rasa hati.

**************************************************************

BIMA HOLDING,

Anita melangkah menghampiri bosnya yang jauh termenung entah mengingatkan apa.

"Puan,puan menungkan apa tu ?."tegur Anita.

"Tak ada apa lah. Saya cuma lihat pemandangan saja."balas Akira lembut.

"Puan ada tetamu. Dia ingin berjumpa dengan puan."kata Anita.

"Suruh sajalah dia masuk."tanpa memandang wajah Anita.

Anita akur lalu menjemput si tuan empu badan untuk masuk.

'untung bos ada suami sweet macam tu'

Akira melepaskan keluhan berat.Saat mata memandang kehadapan ia terkedu.

"Dah kenapa awak dekat sini ?."tanya Akira pada Daniel.

"Saja nak melawat isteri,nak tengok juga dia kerja ke tak.Rasanya pagi tadi ada meeting sangat sampai tak sempat nak sarapan sama."kata Daniel senada.

"Masalah sekarang,ada orang nak jumpa saya. Tolong keluar."

Daniel ketawa lucu.Dah kenapa mamat ni ?

"Aku lah yang nak jumpa kau tu,sebab itu aku ada dalam ini."

"Awak ikut saya ?."

"Tak ada masa lah aku nak ikut kau. Ambil bunga ni,tak payah nak marah sangat dekat aku fasal Salina tu.Aku dengan dia memang tak ada apa-apa hubungan."tiba-tiba tanpa dipinta Daniel membuka bicara.

"Siapa nak tahu. Awak cerita dekat saya buat apa."

"Sebab tak nak kau cemburu."

"Hello,aku cemburu ? Lambat... lagi."

"Iyeke tak cemburu.Dah tu kenapa masam je muka dari semalam sampai pagi tadi. Hurm sayang,kenapa ?."

"Diamlah !."

Daniel ketawa terbahak bahak melihat wajah Akira.Suka lah tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience